Wenger Dedahkan Punca Sebenar Beliau Lepaskan Giroud Ke Chelsea

Penyerang antarbangsa Peracis, Olivier Giroud menyertai Chelsea dari Arsenal pada hari terakhir tirai perpindahan Januari dengan yuran perpindahan berjumlah £18juta.

Pada hari yang sama, Arsenal turut mengumumkan pembelian pemain Borussia Dortmund, Pierre Emerick-Aubameyang dengan rekod kelab dianggarkan berjumlah £60juta.

Giroud turun menjalani latihan buat pertama kali sejak bergelar pemain Chelsea

BBC melaporkan perpindahan Aubameyang berjaya berlaku kerana Arsenal sanggup menjual Giroud kepada Chelsea, seterusnya Dortmund berjaya meminjam penyerang Chelsea, Michy Batshuayi sehingga tamat musim ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Giroud adalah seorang pemain yang sangat popular dan disegani di Arsenal, tetapi mereka terpaksa membuka pintu untuk Giroud berhijrah kerana pemain ini mahu lebih kerap beraksi bagi memastikan tempatnya ke Piala Dunia musim panas nanti.

Giroud menyertai Arsenal dari Montpellier pada musim panas 2012 dan telah menjaringkan 105 gol dari 253 penampilan sepanjang bersama kelab tersebut.

Dibawa masuk untuk memperbaiki barisan depan Chelsea yang agak mandul

Ketika bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Everton malam esok, Wenger terpaksa melepaskan Giroud pergi kerana pemain ini mahu bermain lebih kerap bagi memastikan tempat beliau dalam pasukan Perancis tidak terancam.

“Kami betul-betul terhutang budi dengan Giroud. Perpindahan Giroud berkait rapat dengan Aubameyang dan beliau baru sahaja menyambut kedatangan anak ketiganya, jadi amat sukar buat Giroud untuk meninggalkan London buat masa ini. Kami juga berdepan situasi yang sukar untuk menolak tawaran Chelsea kerana mereka adalah lawan kami.”

“Giroud merupakan seorang pemain yang sangat popular dalam bilik persalinan. Saya sedih melihat melihat pemain-pemain yang meninggalkan Arsenal, tetapi dalam kes Giroud beliau mahu peluang bermain yang lebih kerap kerana mahu beraksi dalam Piala Dunia. Sebab itulah saya membuka pintu buat Giroud untuk berpindah.”

Suka benor dapat masuk team no.6

Arsene Wenger turut menegaskan perjanjian Aubameyang ke Arsenal mengambil masa yang agak lama kerana ia mellibatkan banyak pihak dan Dortmund mahu pengganti ditandatangani terlebih dahulu sebelum melepaskan Aubameyang.

“Perjanjian tersebut sangat sukar kerana Dortmund mahu menandantangani pengganti terlebih dahulu. Pertamanya, kami harus mencapai kata sepakat terlebih dahulu dengan Dormtund dan kemudiannya, kami perlu menunggu Dortmund mencari seorang pemain untuk menggantikan tempat Aubameyang.”

“Perjanjian ini agak memeningkan kepala kerana Giroud berpindah ke Chelsea dan Batshuayi pergi ke Dortmund. Sebab itulah kami kesuntukan masa dan melalui saat genting sehingga jendela perpindahan ditutup.”

BACA:  Wenger Yang 'Keliru' Mahu Berehat Seketika Sebelum Buat Keputusan Mengenai Masa Depannya