Selepas Serangan Virus Perancis Mungkin Kehilangan Giroud dan Varane

ozil giroud

Selepas berdepan dengan serangan virus di kem kebangsaan Perancis sejak peringkat separuh akhir, kurang 24 jam menjelang final, Les Blues mungkin kehilangan khidmat Olivier Giroud dan Raphael Varane.

Kesangsian mengenai tahap kecergasan kedua-dua pemain itu hadir selepas Olivier Giroud dan Raphael Varane tiada dalam sesi latihan tertutup pasukan Perancis.

Berita tidak enak ini hadir dalam persiapan terakhir Didier Deschamps menentang pasukan Lionel Scaloni untuk merebut makhota kejuaraan.

Raphael Varane dan Dayot Ibrahima Konate merupakan pemain terbaru terkena serangan virus selepas Dayot Upamecano dan Andrien Rabiot terlepas aksi separuh akhir atas sebab yang sama.

Serangan virus itu telah membuatkan pemain Perancis yang terkena akan berasa sakit kepala dan perut.

Menurut laporan L’Equipe Dayot Upamaceno sudah kembali berlatih dan Varane dijangka sempat pulih kini berdepan dengan masalah kecergasan pula.

Marcus Thuram dilihat sebagai pengganti Olivier Giroud yang merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman pasukan kebangsaan Perancis.

Jika pasangan itu tidak dapat bermain pada hari Ahad, ketiadaan mereka amat dirasai terutama Giroud kerana kehadiran Giroud adalah kunci untuk mendapatkan yang terbaik daripada Mbappe, dan perubahan pertahanan pada malam sebelum pertempuran menentang Messi adalah jauh dari ideal.

Ada kemungkinan kedua-duanya hanya terlepas latihan sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi ia masih meletakkan Perancis dalam kedudukan sukar menjelang final Piala Dunia kedua berturut-turut mereka.

Kemenangan pada hari Ahad akan menjadi bersejarah buat anak buah Didier Deschamps. Ia akan menjadikannya pengurus pertama yang memenangi Piala Dunia berturut-turut sejak 1938, dan Kylian Mbappe yang paling muda memenangi dua kejohanan sebagai pemain sejak Pele.

Berdiri di jalan Perancis sebagai penghalang adalah Lionel Messi, pemain yang berhasrat untuk memenangi satu trofi yang tidak pernah diemenanginya, dan menjadi satu pemisah dalam perbandingan antara dia dan Diego Maradona

Perancis mencatatkan mencatatkan statistik semua menang dalam 9 perlawanan Piala Dunia apabila Griezmann, Giroud, Varane dan Lloris bermula dari kesebelasan utama.

Ini membuktikan kenapa kehadiran Raphael Varene dan Olivier Giroud sangat penting untuk Les Blues terutamanya dalam perlawanan akhir.

Namun ini semua mungkin hanya permainan psikologi dari Perancis untuk tidak mendedahkan siapa pemain pertahanan yang akan mereka turunkan dan ketiadaan Giroud pasti akan menambah keyakinan Argentina yang boleh bertukar menjadi over konfiden.

BACA:  MU Pernah Umum Kontrak Sampai 2025, Realitinya Varane Boleh Pergi Secara Percuma Akhir Musim Ini