Varane Pemain Pertama Beri Reaksi Kepada Kontroversi Ronaldo

varane ronaldo

Raphael Varane telah menjadi pemain Manchester United pertama yang memberi reaksi dan pendapat kepada kontroversi yang telah dicetuskan oleh Cristiano Ronaldo pada hari terakhir liga sebelum rehat.

Pemain pertahanan Perancis ini mempunyai sejarah panjang dengan Ronaldo kembali ke zaman mereka bermain bersama di Real Madrid, telah diminta memberikan pandangannya mengenai dakwaan Ronaldo.

Tanpa berselindung Varane menyatakan sudah pasti pasukan akan terkesan dengan kenyataan Ronaldo dan semua orang tahu namun sebolehnya cuba mengelakkan untuk turut terlibat.

Dia memberitahu stesen radio Perancis Europe 1:

“Jelas sekali ia memberi kesan kepada kami. Kami mengikuti apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan.”

“Kami cuba menenangkan keadaan dengan cara kami sendiri, kami cuba untuk tidak terlalu terlibat dengannya.”

Pemain pertahanan itu, yang berharap untuk kembali cergas tepat pada masanya untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia Perancis menentang Australia Rabu depan, juga berkata dia akan menyokong apa sahaja keputusan yang diambil oleh kelab tentang perkara itu.

Varane berkata:

“Apa yang berlaku di peringkat media di kelab-kelab besar akan menghasilkan momentum yang kuat.”

“Apabila ia adalah bintang seperti Cristiano Ronaldo, lebih-lebih lagi, jadi kami cuba untuk memerhati jarak jauh.”

“Itu bermakna kami tidak cuba mengubah keadaan sahaja, kami adalah sebahagian daripada pasukan.”

“Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk pasukan saya walau apa pun keputusannya, sebagai pemain, kami akan menerimanya dan memberikan yang terbaik dari diri kami sendiri.”

Varane menerima sebarang keputusan kelab dengan redha dan pasrah selagi mana keputusan itu baik untuk pasukan.

Menurut Mirror, rakan sepasukan Ronaldo tidak mahu kembali menjalani latihan di United selepas Piala Dunia di Qatar.

‘Majoriti’ skuad itu dilaporkan telah memihak kepada Ten Hag dan mereka percaya perdamaian antara pengurus dan pemain itu tiada dalam pilihan.

Rakan sepasukan Ronaldo juga sudah muak dengan ‘rengekan’ Ronaldo diatas layanan dirasakan tidak adil di kelab.

ESPN melaporkan pemain Manchester United ‘berang’ dan kecewa dengan serangan yang dilakukan Ronaldo yang tidak kena pada masanya sekaligus menghilangkan kegembiraan mereka selepas menang ke atas Fulham.

Manchester United memperoleh kemenangan dramatik ke atas Fulham, di mana pemain remaja Alejandro Garnacho mencuri perhatian utama dengan gol kemenangannya pada masa kecederaan.

Ronaldo kini bersama pasukan Portugal, di mana dia berlatih bersama rakan sepasukan United, Diogo Dalot dan Bruno Fernandes.

Varane kini berusia 29 tahun namun di ketika usia 25 tahun Varane telah meraih pelbagai gelaran diperingkat kelab dan juga antarbangsa.

Dan inilah kejayaan diraih Varane di usia 25 tahun mendakap Piala Dunia 2018 bersama Perancis dan pelbagai kejayaan bersama Real Madrid.

Real Madrid

La Liga: 2011–12, 2016–17
Copa del Rey: 2013–14
Supercopa de España: 2012, 2017
UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18
UEFA Super Cup: 2014, 2016, 2017
FIFA Club World Cup: 2014, 2016, 2017
Individu

FIFPro World XI 3rd team: 2015, 2017
FIFPro World XI 4th team: 2016
FIFPro World XI 5th team: 2014
UEFA Champions League Squad of the Season: 2017–18

Walaupun tidak cergas dan dijangka cergas menjelang perlawanan pertama, Varane masih lagi menjadi piliha Deschamp ke Piala Dunia untuk mempertahankan gelaran tersebut.

Penjaga Gol:

Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)

Pertahanan:

Lucas Hernardez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)
Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Jules Kounde (Barcelona)
Benjamin Pavard (Bayern Munich)
William Saliba (Arsenal)
Dayot Upamencano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)

Tengah:

Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchouameni (Real Madrid)
Jordan Veretout (Marseille)

Penyerang:

Karim Benzema (Real Madrid)
Kinglsey Coman (Bayern Munich)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)

BACA:  Ronaldo Buka Jersi Raikan Gol Kemenangan, Namun Gol Itu Dibatalkan