Pada Piala Dunia 2002 yang berlangsung di dua buah negara Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun pemain sensasi Brazil, Ronaldo telah mengejutkan dunia dengan gaya potongan rambut yang luar biasa dan agak kelakar.
Gaya potongan rambut Ronaldo itu telah menjadi bualan dan menjadi salah satu diantara detik-detik menarik yang terjadi pada kejohanan paling agung Piala Dunia tahun 2002 Korea dan Jepun itu.
Ronaldo original akhirnya telah mendedahkan rahsia dan sebab kenapa beliau membuat potongan rambut yang sejemput ala-ala si Pekan dalam cerita batu belah batu bertangkup telan lah aku makan lah aku di kejohanan Piala Dunia 2002, Korea/Jepun.
Sehingga kini potongan rambut yang dicukur hampir keseluruhan kepala dan hanya ditinggalkan sejemput di bahagian depan itu kekal menjadi antara potongan rambut yang teruk dalam sejarah bola sepak dunia.
Rahsia Di Sebalik Rambut Ronaldo
Pada tahun 2017. selepas 15 tahun Piala Dunia Korea/Jepun berlalu Ronaldo tampil untuk membicarakan dan menceritakan sebab beliau melakukan potongan rambut sedemikian yang tak semengah mana pun.
Rahsia disebalik gaya rambut Ronaldo itu sangat ringkas tujuannya dan agak diluar kotak. Ringkas tapi berjaya dan memberikan hasil yang diinginkan Ronaldo.
Bila ditanya kenapa cukur rambut macam pekan sehari Temerloh?
“Koi bukan mende. Malam ter koi nutuh dahan mutan. Bole pulok dia jatuh ke peha koi. Pemberita pulok sibuk nanye. Bila nok sihat peha aok ter? Boleh main ke dok? Giler aok dekat seminggu nanyer koi gitu. Koi ngaku koi cergas cuma 60%.”
—-
“Sebenarnya ketika itu aku mengalami kecederaan peha dan pemberita pula sibuk bertanya mengenai kecederaan itu. Boleh main ke tidak. Hampir seminggu soalan itu ditanya. Aku jawab la, aku cergas pada tahap 60%.”
Serabut dengan soalan yang sama secara bertubi-tubi dari wartawan maka, Ronaldo telah membuat satu tindakan bijak untuk mengalihkan bukan sahaja perhatian wartawan tetapi satu dunia.
“Esoknye koi cukur la macam pekan. Terus orang dok nanyer peha koi dah. Sibuk ke rambut pulok. Power betei koi nipu pemberita.”
—-
“Esoknya aku cukur la rambut tinggal sejemput kat depan. Terus wartawan tidak bertanya tentang situasi peha aku. Mereka sibuk ke rambut pula.”
Satu tindakan bijak daripada Ronaldo untuk memberi fokus yang lebih kepada kejohanan Piala Dunia yang berlangsung daripada diganggu dengan persoalan yang menyerabutkan.
Legend kalau cerita tak perlu panjang-panjang. Senang cerita Ronaldo cukur rambut sebab nak alih perhatian orang supaya tak bercakap mengenai kecederaan beliau dan tindakan kurang popular Ronaldo itu berjaya.
Hasilnya Brazil mengalahkan Jerman di final untuk Brazil mendakap trofi kelima Piala Dunia. Ronaldo penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan menjaringkan kedua-dua gol di perlawanan akhir.
Ronaldo telah berjaya menebus kekecewaan di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis apabila Brazil tunduk di kaki Perancis pada perlawanan akhir dan ketika itu Ronaldo juga diselubungi misteri.