Rakaman Aksi Meyakinkan Van De Beek vs Aston Villa

Donny van de Beek telah mempamerkan aksi yang begitu memberangsangkan lagi meyakinkan dalam perlawanan pertamanya bersama Manchester United ketika menentang Aston Villa.

Walaupun Setan Merah tewas dalam perlawanan itu namun aksi Donny Van De Berk di padang nyata telah mencuri perhatian dan memberi sinar.

Pemain tengah Belanda itu telah dilamar oleh Manchester United dengan ikatan kontrak selama 5 tahun dengan pilihan untuk sambungan kontrak di tahun mendatang.

Donny Van De Beek yang kini sudah berusia 23 tahun merupakan ubi berkualiti tinggi, gred premium dari baka bermutu hasil tuaian daripada sistem penanaman pemain muda Ajax Armsterdam.

Dalam perlawanan menentang Aston Villa van de Beek telah mempamerkan permainan yang penuh berseni dan telah mencipta beberapa peluang menarik.

Ko tengok la sendiri video kat bawah ni.

Donny Van de Beek disifatkan sebagai seorang pemain tengah box-to-box klasik. Namun demikian, pemain ini seperti didatangkan dengan nilai tambah tersendiri.

Dianggap sebagai seorang pemain tengah serba boleh/versatile, bermakna Van de Beek boleh memainkan peranan di bahagian serangan dan pertahanan tengah – di mana kepentingan Van de Beek dilihat amat penting untuk menonjolkan kreativit Fernandes dan Pogba.

Van de Beek juga dilihat sebagai pemain yang memiliki larian ‘off the ball movement’ yang menarik, terutama ketika pasukan sedang melakukan gerakan serangan.

Antara detik menarik adalah ketika Van De Beek telah melakukan satu hantaran backheel kepada Daniel James namun tidak disudahkan dengan baik dan jauh dari kesempurnaan.

Kempen hambar Manchester United musim lalu telah berubah dengan kemasukan Bruno Fernandes pada bulan januari dan kembalinya Paul Pogba menambah lagi kekuatan jentera tengah.

Pembelian Van De Beek menyebabkan persoalan tercetus, perlukah seorang pemain tengah? Sedangkan posisi lain lebih kritikal iaitu bahagian pertahanan.

Perjalanan Karier Donny Van De Beek

Donny Van De Beek merupakan ubi muda berusia 23 tahun ini telah membuat debut senior bersama Ajax pada 2015 di usia 17 tahun dan mempunyai pengalaman bermain di kejohanan Eropah.

Van De Beek telah memainkan peranan besar membawa Ajax ke separuh akhir Champions League pada musim 2019/20 dan bermain menentang Setan Merah di perlawanan akhir Europa League 2017.

Pemain antarabangsa Belanda ini telah menjaringkan 10 gol dan 11 assist dalam 37 perlawanan terakhir di Eredivisi sebelum menutup tirai.

Usai pengumuman rasmi dibuat, Donny Van De Beek telah diberikan jersi bernombor 34 dan jersi Van De Beek boleh terus dibeli secara atas talian di laman sesawang Setan Merah.

Donny Van De Beek dilaporkan menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan bernilai €40 juta.

Van De Beek turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun kerana tiada tawaran yang dilakukan oleh gergasi Catalan itu, Setan merah masih mendahului perebutan untuk mendapatkan khidmatnya.

Secara keseluruhan Donny Van De Beek telah merekodkan 159 penampilan bersama Ajax dengan 40 gol dan 43 assist serta memegang 10 cap bersama Belanda.

Bersama Ajax, Van De Beek telah memenangi Eredivisi pada musim 2018/19, KNVB Cup 2018/19 dan Johan Cryuff Shield bagi tahun 2019.

Nama: Donny Van De Beek

Tarikh Lahir: 18 April 1997

Asal: Belanda

Posisi: Midfielder

Caps: 10

BACA:  Barcelona Tawarkan Pertukaran Pemain Dengan United Untuk Dapatkan Van De Beek