Aksi Neymar ketika membantu Paris Saint-Germain menewaskan Bayern Munich membuktikan beliau pemain yang sempurna dan sepatutnya diberikan hadiah Nobel jika ada untuk pemain bola sepak.
Beberapa hari lalu Neymar telah menghiburkan dunia bola sepak dengan aksi pergaduhan dengan pemain Lille dari tepi padang yang bersambung di dalam terowong menuju bilik persalinan.
Disebabkan itu, Neymar telah dilayangkan kad merah. Neymar pemain yang penuh warna namun tidak pernah melupakan tugas hakikinya sebagai pemain bola sepak.
Nama Kylian Mbappe menjadi sebutan ramai ketika PSG menewaskan Bayern Munich kerana menjaringkan dua gol yang berharga dan berguna untuk suku akhir kedua.
Dalang disebalik gol kemenangan PSG adalah Neymar, yang menjadi arkitek dalam merencanakan gol yang terhasil walaupun berkemapuan menjadi mesin gol.
Neymar Jr vs. Bayernhttps://t.co/JpPwZ47KiL
— ً (@LSComps) April 7, 2021
Gol pertama terhasil disebabkan larian solo yang begitu memikat sehingga hampir kesemua pemain Bayern Munich mengejar Neymar dan membiarkan Kylian Mbappe tidak dikawal.
Gol kedua juga menyaksikan Neymar memainkan peranan dengan menghantar bola yang beraras tinggi dan mampu menghidu bahawa Marquinhos akan membuat larian.
Gol ketiga pula, larian ke tengah Neymar membuat hanya Jerome Boateng melayan Mbappe ketika Lucas Hernandez mahu menghalang Mbappe beliau sedar Neymar ada dibelakang beliau.
Perlawanan ini juga merupakan antara aksi terbaik Neymar sejak tiba daripada Barcelona sebagai pemain paling mahal di dunia.
Highlight Bayern Munich 2-3 PSG
Jika semalam finalis Champions League 2018 bertemu dan perlawanan pagi buta ini menemukan dua finalis Champions League musim lalu, Bayern Munich sang juara bertahan menentang Paris Saint Germain.
Bayern Munich turun tanpa penyerang berbisa Eropah ketika ini, Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan dan tugas ini digalas oleh Eric Maxim Choupo-Moting yang merupakan bekas pemain PSG.
Perlawanan antara Bayern Munich dan PSG menyaksikan salji turun dengan lebat dan telah memutihkan padang serta menghadkan jarak penglihatan.
149 – Kylian Mbappé's opener after just 149 seconds is the earliest that Bayern Munich have conceded a goal from the start of a UEFA Champions League knockout stage match since March 2010, when Wayne Rooney scored past them after 63 seconds. Lightning. pic.twitter.com/B14LbJnji3
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2021
PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan yang berlangsung di Allianz Arena seawal minit ketiga perlawanan menerusi Kylian Mbappe hasil bantuan gol Neymar.
Larian Neymar dari tengah padang telah dikejar oleh 3-4 orang pemain Bayern Munich dan tiada seorang yang mengawal Kylian Mbappe di kanan.
Tolakan dibuat Neymar kepada Kylian Mbappe yang melepaskan satu rembatan deras menyebabkan Manuel Neuer bertelur.
10 – Since their first season together in 2017-18, Neymar and Kylian Mbappé have assisted one another for 10 UEFA Champions League goals; this is at least three more than any other pair in the competition in this period. Dynamic. pic.twitter.com/yJxGhzQpWz
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2021
Bermula dari sepakan penjuru pendek Angel Di Maria maka terhasillah gol kedua PSG yang sangat aman damai di mana semua pemain hanya mampu melihat.
David Alaba berjaya mengeluarkan bola dan semua pemain cuba kembali ke posisi masing-masing, bola sampai kepada Neymar yang membuat satu hantaran.
Marquinhos bijak menghidu dan membuat larian dari belakang lalu terlepas dari perangkap offside, Marquinhos mudah menewaskan Manuel Neuer yang terkesima.
25 – Since making his competition debut in the 2013-14 campaign, Neymar has assisted 25 goals in the UEFA Champions League, the most of any player in this time. Source. pic.twitter.com/UXmqKB8vKr
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2021
Marquinhos terus dikeluarkan selepas jaringan kedua PSG kerana mengalami kecederaan dan bekas pemain Manchester United, Ander Herrera di masukkan.
Eric Maxim Choupo-Moting mengecilkan kembali jurang gol selepas menyundul masuk hantaran sesedap rasa Benjamin Pavard.
Bayern Munich juga melakukan dua pertukaran awal mengeluarkan Leon Goretzka dan Niklas Suele digantikan dengan Alphonso Davies dan Jerome Boateng.
Bayern in the first half against PSG:
◎ Clearances: 2
◎ Blocks: 0
◎ Goals: 1Marquinhos in 28 minutes against Bayern:
◉ Clearances: 7 (most)
◉ Blocks: 4 (most)
◉ Goals: 1He was a man on a mission. 😫 pic.twitter.com/oH7A7MUTAW
— Squawka Football (@Squawka) April 7, 2021
Bayern Munich menguasai perlawanan namun PSG lebih tajam menjaringkan dua gol dengan hanya dua percubaan tepat sehaja sepanjang tempoh 45 minit pertama.
Bersambung babak kedua menyaksikan Bayern Munich bermula dengan sangat garang dan lain macam untuk mencari gol penyamaan dengan serangan bertali arus.
Selepas 15 minit akhirnya Bayern Munich menemui gol penyamaan hasil sundulan Thomas Muller yang sememangnya tiada obat berpunca dari sepakan percuma Joshua Kimmich.
No player has provided more Champions League assists since the start of last season than Joshua Kimmich (8).
German engineering. #UCL pic.twitter.com/BtRIw4adtP
— Squawka Football (@Squawka) April 7, 2021
Semangat membara dari Thomas Muller sehingga beliau tidak menyedari kepalanya sudah berdarah lecer sehinggalah ditegur pengadil supaya mendapatkan rawatan.
Seperti tandukan Thomas Muller yang tiada obat, serangan balas PSG juga sama dengan kelicikan dan kepantasan Kylian Mabppe menjaringkan gol ketiga.
Mendapat bola dari Neymar, Mbappe secara solo membawa bola ke hadapan lalu membuat acahan kepada Jerome Boateng yang mudah dijinakkan Mbappe.
⚽️⚽️⚽️ vs Barcelona
⚽️⚽️ vs BayernKylian Mbappé has scored five goals in his last two Champions League away games. 😤#UCL pic.twitter.com/DXAJoCQHA4
— Squawka Football (@Squawka) April 7, 2021
Terkemut-kemut dan terhangguk-hangguk kepada Boateng di acah Mbappe sebelum rembatan dilepaskan menewaskan Manuel Neuer buat kali ketiga.
Kylian Mbappe telah menjaringkan 5 gol dalam dua perlawanan terakhir Champions League di tempat lawan. Bukan kaleng-kaleng score lawan Barcelona dan Bayern Munich.
Serangan bertali arus Bayern Munich diteruskan bagi mengurangkan kelebihan yang ada pada PSG dan sesekali PSG melakukan serangan balas.
10 – Joshua Kimmich created 10 chances against PSG, the most by a player in a single UEFA Champions League match at the quarter-final stage or later since Mesut Özil for Real Madrid v Tottenham in April 2011 (12). Supply. pic.twitter.com/FfDlGg6O4k
— OptaJoe (@OptaJoe) April 7, 2021
Bayern Munich melakukan 15 percubaan tepat dan hanya dua gol terhasil, ketiadaan Robert Lewandowski jelas sangat dirindui.
Tugas berat menanti Bayern Munich apabila bertandang ke Le Parc des Princes untuk perlawanan kedua dengan PSG membawa kelebihan 3 gol tempat lawan.
Bayern Munich (4-2-3-1) Neuer; Pavard, Sule, Alaba, Hernandez; Kimmich, Goretzka; Sane, Muller, Coman; Choupo-Moting.
Substitutes: Nubel, Martinez, Boateng, Davies, Sarr, Nianzou, Musiala.
Paris Saint-Germain (4-2-3-1) Navas; Dagba, Marquinhos, Kimpembe, Diallo; Gueye, Danilo; Di Maria, Neymar, Draxler; Mbappe.
Substitutes: Rico, Lettelier, Kehrer, Rafinha, Kean, Sarabia, Herrera, Bakker, Pembele, Gharbi, Nagera, Kamara.
Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).