Raphinha Bengang Dengan Tindakan Penyokong Leeds Yang Melempar Bola Kertas Ke Arahnya

Penyokong Leeds United mengejutkan ramai pihak selepas mereka dengan tiba-tiba melempar bola kertas ke arah Raphinha ketika aksi bertemu Manchester City semalam.

Ia sememangnya satu hal yang sangat janggal untuk dilihat kerana Raphinha jelas sekali antara pemain yang paling disayangi oleh peminat sebelum ini.

​Pada aksi babak kedua permainan, para penyokong Leeds United melempar bola kertas ke arah Jack Grealish dan entah mengapa dengan tiba-tiba mengarahkan sasaran mereka ke arah pemain sendiri.

​Pemain sayap kebangsaan Brazil itu dilihat sedang bersedia untuk mengambil sepakan penjuru namun beliau telah diganggu oleh penyokong Leeds United sendiri yang melempar bola kertas ke arahnya.

Raphinha jelas sekali tak gembira dengan hal tersebut dengan beliau dilihat turut mengatakan sesuatu kepada para penyokong Leeds.

Beliau juga dilihat menyepak semua sampah sarap yang dilempar oleh penyokong Leeds itu keluar dari kawasan permainan.

Reaksi Raphinha terhadap tindakan penyokong Leeds melempar bola kertas ke arahnya itu mencuri perhatian peminat.

“Saya rasa penyokong Leeds telah melakukan tindakan yang sangat memalukan hari ini.”

“Mereka lempar ke arah Raphinha? Sudah tentu dia marah, penyokong sendiri tak ada adab. Memalukan! Sangat memalukan.”

“Situasi yang mencerminkan keadaan kelab sekarang, sememangnya sangat memalukan. Melempar bola kertas ke arah pemain lawan pun sudah dianggap keterlaluan apa lagi kepada pemain sendiri.”

“Apa yang ada dalam fikiran mereka sebenarnya? Kenapa mereka boleh melakukan hal seperti itu? Kalah lawan Manchester City itu bukan benda yang memalukan.”

“Leeds United sudah bermain dengan baik, tapi kenapa penyokong mereka bersikap seperti itu? Mereka juga tidak berada di zon penyingkiran, apa masalah mereka?”

Leeds United sememangnya beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dan mereka juga hampir saja beri kejutan kepada Manchester City.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja pada aksi babak pertama permainan dengan Leeds jelas sekali tidak didominasi seperti kebiasaannya.

Walau bagaimanapun, Manchester City berjaya menemui rentak persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua permainan dengan mereka berjaya meledak tiga lagi gol untuk mencatatkan kemenangan 4-0.

Manchester City walau berdepan cabaran yang luar biasa dari Leeds United namun mereka tetap berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Jelas sekali kemenangan ini sangat bermakna untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu dengan mereka kini semakin hampir pasti untuk menjulang gelaran liga.

Liverpool pada ketika ini satu mata di belakang Man City di puncak saingan liga, dan skuad The Citizens hanya perlu konsisten mencatatkan kemenangan hingga perlawanan terakhir untuk mereka sah bergelar Juara.

Manchester City juga pada ketika ini selangkah ke perlawanan akhir saingan Champions League dengan mereka sudah berjaya menewaskan Real Madrid 4-3 ketika aksi leg pertama di Etihad.

Jelas sekali mereka bakal melakukan yang terbaik untuk menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabeu nanti, seterusnya melayakkan diri ke aksi perlawanan akhir.

Satu hal yang menarik, seandainya Man City berjaya layak ke perlawanan akhir, mereka sebenarnya berpotensi untuk bertemu Liverpool yang kini turut sudah selangkah ke perlawanan akhir saingan Champions League.

Jelas sekali mereka merupakan dua kelab terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan Liverpool dan Manchester City bukan hanya berseteru dalam saingan liga, namun mereka juga bersaing hebat di pentas Eropah.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsenal Makin Bernafsu, Semakin Hampir Tandantangan Raphinha