Raphinha Bengang Penyokong Leeds Buang Masa Ketika Mereka Sedang Ketinggalan

Penyokong Leeds United menolak untuk memberikan semula kepada Chelsea untuk lontaran ke dalam, dan hal itu sama sekali tidak disenangi oleh Raphinha.

Pemain sayap Leeds United itu terpaksa campur tangan kerana bengang melihat penyokong tersebut membuang masa dan tak mahu memberikan semula bola kepada pemain Chelsea.

Insiden tersebut berlaku ketika aksi kekalahan 3-0 Leeds United di tangan Chelsea di Elland Road dalam saingan Premier League awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jesse Marsch kekal berada di zon penyingkiran dalam carta saingan Premier League dengan mereka kini hanya berbaki dua perlawanan sahaja untuk mengubah kedudukan.

Mason Mount terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Chelsea mendahului perlawanan pada minit ke-4 permainan.

Leeds kemudiannya dilihat cuba untuk beri saingan namun kad merah yang diterima oleh Dan James ada minit ke-20 permainan seolah-olah mengakhiri usaha mereka dalam perlawanan ini.

Christian Pulisic dan Romelu Lukaku turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini pada aksi babak kedua permainan.

Para penyokong Leeds United yang berada di stadium kemudiannya cuba untuk bermain permainan minda dengan pemain Chelsea walaupun skuad mereka yang sedang ketinggalan pada ketika itu.

Terdapat satu rakaman yang tular di media sosial yang mana seorang wanita dilihat memegang bola yang baru sahaja keluar dari kawasan permainan dan mendakwa bola tersebut sudah menjadi miliknya.

Marcos Alonso dilihat sekadar berdiri di tepi padang sambil tersenyum riang melihat insiden itu kerana beliau sedar tiga mata sudah sah menjadi milik mereka.

Raphinha kemudiannya tampil untuk berdepan dengan penyokong tersebut kerana beliau sedar harapan Leeds United untuk kekal dalam saingan Premier League semakin terkubur pada setiap minit yang disia-siakan.

Peluang untuk Leeds melakukan comeback jelas sekali sangat sukar namun adalah sangat penting untuk setiap pemain berada di landasan yang sama dalam usaha mereka mahu mengelak berada di zon penyingkiran.

Penyokong di media sosial juga turut sependapat dengan Raphinha dan mereka tampil menghentam wanita tersebut.

“Sudah berada di zon penyingkiran dan masih ada harapan untuk selamat, tapi penyokong bertindak seolah-olah mereka bersedia untuk tersingkir.”

“Nampak sangat Raphinha seorang sahaja yang berminat mahu Leeds United kekal dalam saingan Premier League.”

“Muka Alonso sudah cukup untuk menjelaskan tentang bagaimana satu dunia sedang ketawakan Leeds United pada ketika ini, mereka ketinggalan tapi berlagak seolah-olah sedang mendahului.”

“Tuhan ku, penyokong itu lebih memilih untuk dapat saguhati (bola) berbanding mahu Leeds United bawa pulang tiga mata.”

“Apa yang ada dalam fikiran dia? Kenapa dia berkeras tak mahu bagi bola tu semula? Dia penyokong yang bermasalah.”

Dalam perlawanan ini juga telah berlaku insiden yang mana Dan James dilayangkan kad merah selepas beliau melakukan terjahan ngeri ke atas Kovacic.

Dan James dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan ngeri ke atas Kovacic

Pemain sayap Leeds United, Dan James telah dilayangkan kad merah selepas beliau melakukan terjahan ngeri ke atas Mateo Kovacic.

Bekas bintang Manchester United itu melakukan kekasaran yang sungguh mengerikan dan tindakan beliau itu mengundang kecaman dari para peminat.

Insiden tersebut telah berlaku ketika aksi pertemuan antara Chelsea bertemu Leeds United di Elland Road dalam saingan Premier League awal pagi tadi.

Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 dalam perlawanan tersebut dan ketika mereka mendahului 1-0 hasil jaringan Mason Mount, telah berlaku satu insiden panas yang melibatkan Dan James.

Bekas bintang Man Utd itu telah melakukan terjahan yang sangat keras dan mengerikan ke atas Kovacic.

Walaupun beliau berjaya memenangi bola terlebih dahulu, namun harus diakui yang terjahan dari Dan James itu sangat keras dan boleh mematahkan kaki Kovacic.

Para peminat di media sosial jelas sekali tidak gembira melihat insiden tersebut dan menganggap James sebenarnya melakukan tindakan kurang bijak dengan melakukan kekasaran seperti itu.

“Dia boleh patahkan kaki Kovacic dan dia tak sepatutnya melakukan hal itu, kad merah sahaja tidak cukup untuk menghukum dia.”

“Kekasaran itu sangat bahaya, dia tak sepatutnya lakukan terjahan seperti itu, cara dia salah dan membahayakan pemain lawan.”

“Dia tahu Leeds perlu menang dan dia tahu Leeds tak boleh hilang pemain, tapi kenapa dia boleh terfikir untuk melakukan terjahan seperti itu?”

“Keji dan menjijikkan. Dia boleh menyebabkan Kovacic bersara awal, tindakan kurang bijak.”

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor dengan segera mengeluarkan kad merah dan melayangkannya kepada Dan James.

Hal itu jelas sekali membuatkan pengurus Leeds, Jesse Marsch dan para penyokong Leeds United tak gembira melihat Dan James dibuang padang.

Mereka mungkin merasakan Dan James sudah memenangi bola terlebih dahulu maka kad merah itu tak sepatutnya dilayangkan.

Namun melihat kepada insiden tersebut, jelas sekali keputusan Anthony Taylor tepat dan James selayaknya dilayangkan kad merah.

Kovacic kemudiannya terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Ruben Loftus-cheek kerana beliau bergelut menahan kesakitan.

Ketika beliau berjalan keluar padang, para penyokong Leeds United tak henti-henti mencemuh beliau dan hal itu jelas sekali tidak disenangi oleh bekas bintang Real Madrid itu.

Ia jelas satu lagi bukti yang menunjukkan Leeds United sengaja merosakkan skuad sendiri selepas mereka menerima kad merah kedua dalam tempoh beberapa hari ini sahaja yang menyebabkan mereka kehilangan tiga mata.

Luke Ayling telah dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Arsenal dengan mereka mencatatkan kekalahan 2-1 di Emirates pada ketika itu.

Untuk menambah kedukaan skuad Leeds United lagi, mereka turut kehilangan Jack Harrison yang terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Dua kekalahan itu menyebabkan Leeds United kini berada di zon penyingkiran dan mereka perlu mencatat kemenangan dalam baki perlawanan yang ada untuk kekal dalam saingan Premier League.

Leeds United pada ketika ini sedang mengumpul 34 mata dengan mereka selepas ini akan turun berdepan Brighton seterusnya mengakhiri musim ini dengan melayan kunjungan Brentford pada hari terakhir saingan liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 6-0 Leeds United