Premier League 2021/22: Liverpool 6-0 Leeds United

Skuad kendalian Marcelo Bielsa berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League.

Leeds United minggu lalu dibelasah 4-2 oleh Manchester United di Elland Road, dengan mereka berjaya comeback dari ketinggalan 2-0 menjadi 2-2 sebelum United menambah dua lagi gol sebelum wisel penamat dibunyikan.

Liverpool sementara itu sebelum ini mereka berjaya menewaskan Norwich City 3-1 untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan kedua di belakang Manchester City.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini sudah berjaya merekodkan lapan kemenangan secara berturut-turut dalam semua pertandingan.

Perlawanan ini mereka bertekad mahu mencuri tiga mata penuh seterusnya mengesahkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Sementara Leeds United pula dari lima perlawanan terakhir, mereka hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Lima minit pertama perlawanan nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun pasukan tuan rumah lebih kerap melancarkan serangan bahaya.

Liverpool sangat dominan dalam perlawanan ini dengan mereka menguasai hampir 70% penguasaan bola.

Pada minit ke-6 hasil kesilapan dungu Alisson Becker, gawang Liverpool hampir saja dibolosi oleh Leeds selepas beliau tersungkur ketika mahu menyepak bola di hadapan Dan James.

Alisson cuba mengawal bola, dan ketika mahu mengeluarkan bola beliau tidak sedar yang James sudah berada di hadapannya.

Ketika mahu menyepak bola tersebut, beliau rebah bersama Daniel James dan bola perlahan-lahan bergerak ke belakang menuju ke gawang golnya.

Mujur saja beliau mampu mengawal keadaan semula dan tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

10 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan masih mempamerkan aksi serang menyerang namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.

Minit ke-15 Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas bola hantaran Andy Robertson terkena tangan Stuart Dallas.

Mohamed Salah tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan beliau cemerlang menewaskan Illan Meslier untuk Liverpool mendahului perlawanan 1-0.

20 minit perlawanan berlangsung Liverpool masih dominan dengan Leeds United nampak bergelut untuk melepasi barisan pertahanan The Reds.

Pada minit ke-27 Leeds United berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Raphinha, namun gol tersebut dibatalkan kerana beliau berada di kedudukan offside.

Pada minit ke-30 Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Joel Matip yang tenang menyempurnakan bola hantaran Mohamed Salah.

Matip bermain hantaran satu dua dengan Salah sambil beliau bergerak masuk ke kotak penalti, dan melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Meslier.

Minit ke-34 Liverpool sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas Luke Ayling menjatuhkan Sadio Mane di dalam kotak penalti.

Mohamed Salah sekali lagi tampil untuk mengambil sepakan penalti dan beliau sekali lagi berjaya menewaskan Meslier untuk Liverpool mendahului permainan 3-0.

Masuk minit ke-40 Liverpool masih terus dominan dan kerap melancarkan serangan menguji gawang gol Leeds United.

Leeds sementara itu gagal untuk mengawal permainan dan mereka sangat bergelut untuk melepasi barisan pertahanan Liverpool.

Masa kecederaan sebelum tamat aksi babak pertama Mohamed Salah hampir saja melengkapkan hat-trick beliau dalam perlawanan ini, sayangnya bola chip beliau menewaskan Meslier berjaya dikeluarkan oleh Junior Firpo.

Aksi babak pertama berakhir dengan Liverpool mendahului Leeds United dengan keputusan 3-0 dan mereka juga turut mendominasi sepenuhnya aksi 45 minit pertama permainan.

Aksi babak kedua bermula dengan Liverpool terus dominan dan kerap melancarkan serangan namun tiada serangan merbahaya yang berjaya mereka lakukan.

55 minit perlawanan berlangsung Leeds United masih gagal mencipta peluang dengan mereka bergelut untuk menewaskan barisan pertahanan Liverpool.

65 minit perlawanan berlangsung Leeds masih gagal untuk melepasi barisan pertahanan Liverpool dengan pasukan tuan rumah terus menerus melancarkan serangan.

75 minit permainan berlangsung Liverpool kekal dominan sementara Leeds United masih gagal untuk menguji gawang gol The Reds.

Minit ke-79 Liverpool berjaya memperoleh gol keempat mereka menerusi Sadio Mane hasil hantaran cantik dari Jordan Henderson.

Mohamed Salah melorongkan bola cantik mencari Henderson yang kemudiannya menghantar bola terus mencari Sadio Mane di dalam kotak penalti Leeds.

Mane kemudiannya tenang merembat bola menewaskan Meslier untuk bantu Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 4-0.

85 minit perlawanan berlangsung, Leeds United kekal buntu dan terlalu sukar untuk melepasi barisan pertahanan Liverpool dengan serangan mereka kerap dipatahkan di tengah padang.

Minit ke-89 Sadio Mane berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini, secara tak langsung membantu Liverpool untuk mendahului 5-0.

Mane memanfaatkan kesempatan bola muntah percubaan dari Divock Origi dengan beliau tenang melepaskan rembatan ke arah gawang gol yang sudah terhidang untuknya.

Virgil Van Dijk berjaya menjaringkan gol keenam untuk Liverpool pada minit-minit akhir permainan untuk mengesahkan kemenangan 6-0 The Reds menewaskan Leeds United.

Andy Robertson mengambil sepakan penjuru untuk The Reds dengan bola hantaran beliau berjaya menemui kepala Virgil Van Dijk.

Bintang Belanda itu kemudiannya menanduk padu bola tersebut untuk menewaskan Meslier seterusnya mengesahkan gol keenam untuk Liverpool.

Kemenangan ini membantu Liverpool untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan Premier League musim ini.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari Manchester City dan jelas sekali persaingan untuk merebut gelaran liga sangat terbuka untuk kedua-dua pasukan ini.

Leeds United sementara itu berada di kedudukan ke-15 dalam carta saingan liga, dengan mereka hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran.

Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3):Β Allison (GK) β€” Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Robertson β€” Fabinho, Thiago, Jones β€” Salah, Diaz, Mane.

Kesebelasan utama Leeds United (4-2-3-1):Β Meslier (GK) β€” Firpo, Ayling, Struijk, Dallas β€” Forshaw, Klich β€” James, Raphinha, Harrison β€” Rodrigo.

BACA:Β  Teknik Latihan Bola Golf Yang Jadikan Bintang Baharu Liverpool Pemain Genius