Patrice Evra telah mengumumkan secara rasmi yang beliau bakal melakukan debutnya dalam dunia sukan tinju untuk bertemu YouTuber dari Amerika Syarikat, Adam Saleh.
Kedua-dua mereka akan menumpang di acara yang menemukan Martyn Ford bertemu ‘Iranian Hulk’ (main card).
Bekas pemain pertahanan Manchester United dan skuad kebangsaan Perancis itu telah menikmati pelbagai kejayaan yang menakjubkan di pentas dunia bola sepak.
My boy Adam is boxing soccer Legend Patrice Evra IN LONDON next month! They tried counting us out many times and now watch my brother shine April 30 inshallah pic.twitter.com/TfmG5ec7ib
— Slim Albaher (@SlimmySlim94) March 17, 2022
Antara kejayaan paling gemilang beliau sebagai pemain bola sepak adalah beliau pernah memenangi lima kali gelaran Premier League dan turut pernah menjulang gelaran Champions League.
Walau bagaimanapun, Evra sebelum ini belum pernah bertarung secara rasmi, dan perlawanan bertemu Adam Saleh bakal menjadi pertarungan pertamanya.
Beliau akan melakukan debutnya itu dalam salah satu card di acara perlawanan antara Sajad Gharibi (Iranian Hulk) bertemu Ford (The scariest man on the planet).
Ford yang mempunyai ketinggian 6 kaki 8 merupakan antara pelakon terkenal British, ahli bina badan dan jurulatih peribadi kepada hampir tiga juta pengikutnya di laman instagram.
Sementara Gharibi pula beliau merupakan salah bintang media sosial yang mempunyai ramai pengikut di platform media sosial dan beliau juga merupakan atlet angkat berat.
Patrice Evra will face Adam Saleh in a Boxing Match on April 30th pic.twitter.com/BpjefdiuIu
— TheBreadBatch (@TheBreadBatch) March 17, 2022
Acara tersebut sepatutnya dijadualkan pada 2 April nanti namun kini ia sudah ditangguhkan kepada 30 April dan akan dilangsungkan di London 02 Arena.
Evra sememangnya sudah lama menjalani latihan tinju dengan beliau pernah memuat naik video dirinya sedang menumbuk pads tidak lama selepas beliau bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2019.
Beliau kini sudah bersedia untuk menguji kemampuannya dengan memilih Saleh sebagai lawan pertamanya.
Adam Saleh pernah tiga kali terlibat dengan pertarungan bersama Youtuber dengan beliau berjaya menang dua perlawanan dan seri satu perlawanan.
Evra mengesahkan tentang perlawanan tersebut di laman instagram miliknya menerusi satu video pada malam Khamis lalu, dengan beliau menjanjikan yang perlawanan tersebut akan menjadi sangat epik.
“Perlawanan ini akan dilangsungkan pada 30 April di The 02 Arena di London jadi saya sangat memerlukan semua keluarga saya di UK untuk datang dan tunjukkan kasih sayang mereka, bukan hanya dari London tapi dari seluruh UK saya sangat memerlukan kamu semua kerana ia akan menjadi sangat gila.”
Jelas Evra dalam satu muat naik beliau di laman instagram.
Adam Saleh will be fighting former Manchester United footballer Patrice Evra in his next boxing match😳 – 2022 is wild.. pic.twitter.com/vW47T86d59
— BDZ (@BDZBoxing) March 17, 2022
Saleh sebelum ini pernah dikatakan hampir untuk bertarung dengan Youtuber terkenal, KSI namun dek kerana masalah perbezaan berat yang terlalu ketara, mara pertarungan itu tak dapat diteruskan.
KSI kemudiannya memilih untuk bertarung dengan Logan Paul dalam satu perlawanan amatur yang mana pertarungan tersebut berakhir dengan keputusan seri.
Kedua-dua mereka kemudiannya sekali lagi bertarung dalam satu perlawanan profesional, dengan KSI berjaya menewaskan Youtuber bermasalah itu.
Evra bukanlah satu-satunya bekas pemain bola sepak yang akan bertarung di acara tersebut, dengan bekas pemain midfield Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara turut akan turun bertemu pakar penurunan berat badan, Kris Boyson.
Bekas peserta Love Island, Theo Campbell, Jack Fincham dan AJ Bunker juga dikatakan akan membuat kemunculan di acara tersebut.
Evra sememangnya meminati sukan tinju dengan beliau ketika kariernya sebagai pemain bola turut pernah hampir mengajak Luis Suarez bertumbuk.
Bahkan beliau turut pernah membatalkan niatnya untuk memukul Luis Suarez kerana memikirkan anak dan isteri bintang Uruguay itu.
Patrice Evra is stepping in to the Boxing Ring on April 30th pic.twitter.com/6kKJhGQfLk
— TheBreadBatch (@TheBreadBatch) March 13, 2022
Evra pernah batalkan niat mahu merembat Suarez
Patrice Evra telah berkongsi kisah bagaimana beliau menahan keinginan untuk hayun penumbuk ke muka Luis Suarez di Manchester.
Kembali pada tahun 2011 yang lalu, bekas bintang Liverpool itu telah dihukum kerana menggunakan perkataan berunsur perkauman ke atas Evra.
Hal itu telah berlaku ketika aksi Manchester United bertemu Liverpool di Anfield dengan Suarez memanggil Evra dengan gelaran huruf N.
Patrice Evra makes Luis Suarez admission and explains what stopped him 'attacking' Liverpool man #lfc https://t.co/CnIBT48GP0
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 8, 2021
Bintang Uruguay itu kemudiannya telah didenda dengan denda bernilai £40,000 dan turut dikenakan hukuman penggantungan sebanyak lapan perlawanan.
Walau Suarez terbukti bersalah kerana bersikap perkauman, Liverpool tetap menunjukkan sokongan mereka terhadap penyerang utama kelab itu.
Ketika aksi dalam saingan Premier League bertemu Wigan, para pemain Liverpool memakai T-shirt yang menunjukkan gambar Suarez di bahagian hadapan dan nombor beliau di bahagian belakang.
Pihak kelab turut mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka terkejut dan bengang dengan keputusan pihak FA kerana menghukum Suarez.
Patrice Evra reveals he was ready to attack Luis Suarez on the street until he saw Liverpool rival with wife and child
https://t.co/zcugy5vPLq— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 8, 2021
Sejak berlakunya insiden tersebut, bekas pemain pertahanan kiri Manchester United, Evra telah mendedahkan yang beliau sangat sakit ketika melihat pemain Liverpool memanaskan badan dengan memakai baju yang menyokong Suarez itu.
Dan baru-baru ini, bekas bintang Perancis itu telah mendedahkan secara lebih terperinci tentang Suarez dalam satu temu bualnya.
Bekas pemain yang kini berusia 40 tahun itu bercakap tentang bagaimana beliau melihat Suarez berjalan di jalan utama Manchester, dan beliau sudah bersedia untuk ajak bintang Uruguay itu bertumbuk.
Namun Evra membatalkan hasratnya itu kerana beliau melihat isteri dan anak-anak Suarez yang ketika itu turut ada di tempat kejadian.
Patrice Evra reveals how he was ready to ATTACK Luis Suarez in a central Manchester street – but held back when he saw his wife and kidshttps://t.co/SMrirXqz8K
— MailOnline Sport (@MailSport) November 8, 2021
“Satu hari saya sedang berjalan-jalan di Manchester di Deansgate dan adik saya kata, ‘oh ada Luis Suarez di sana’. Saya ketika itu bersama dua orang adik saya.”
Jelas Evra kepada CEO podcast.
“Saya lihat dia dan saya rasa macam, ‘inilah dia, inilah detiknya.”
“Dan dia berjalan, dan di belakang dia saya nampak ada anak dan isteri dia. Dan saya terus berpaling. Saya macam, ‘Jika saya lakukan sesuatu kepada dia, saya tak boleh lakukannya di hadapan keluarga dia.”
“Jadi saya tak menyesal tentang itu kerana saya tahu ia bakal mengeruhkan lagi keadaan. Saya tak buat apa-apa waktu itu.”
Patrice Evra was 'ready to attack' Luis Suarez in Manchester street after racism stormhttps://t.co/vFjVAnVhTL pic.twitter.com/22T8yX2KWW
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) November 8, 2021
Berkait insiden di Anfield pada tahun 2011, Evra turut mendedahkan bagaimana beliau mengawal dirinya dari menyerang Luis Suarez di atas padang.
“Saya sangat berbangga dengan diri saya kerana saya bercakap dengan diri sendiri, ‘Adakah patut saya tumbuk dia? Tapi sabar, ini pertembungan Liverpool vs Manchester, semua budak-budak menonton perlawanan ini, orang tak akan faham.”
“Babak kedua, ia juga proses untuk saya tenangkan diri saya, dengan saya bercakap pada diri sendiri, ‘jangan lakukan’.”
“Kamu tahu ketika ada suara setan dan bidadari berbisik kepada kamu, ‘jangan lakukan, lakukan saja, jangan lakukan, lakukan saja.”
Patrice Evra’s current view on Luis Suarez after racism clash ten years ago https://t.co/LX1o6GCtLM
— Sportnews (@sportnewsblogd1) November 9, 2021
Sepanjang perlawanan, saya tidak benar-benar berada di sana.
“Selepas tamat perlawanan, saya duduk dan Ferguson nampak saya dan dia ketika itu, ‘Patrice, ada masalah apa? Kamu bermain dengan baik’.”
“David de Gea kemudian kata, ‘Suarez panggil dia N***o.”
Tambah Evra lagi.
“Bahkan ketika di atas padang, saya bercakap kepada pengadil, ‘adakah kamu dengar apa dia kata, dia panggil saya dengan huruf N’. Namun pengadil itu menjawab main, main, main, kita akan uruskan itu selepas ini nanti.
Evra kemudiannya turut mendedahkan yang beliau pernah bersama dengan Suarez pada tahun 2015 yang lalu, ketika menonton perlawanan antara Barcelona bertemu Juventus.
Evra reveals he was ready to ATTACK Suarez in street until he saw wife & child https://t.co/8yWppqgZAG
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) November 8, 2021
“Saya sedang bercakap dengan Neymar, dia (Suarez) berjalan melepasi saya, dia datang dan salam saya, dia kata, ‘adakah kamu ok?’. Dan saya jawab, ‘saya ok.”
“Jadi tak ada dendam, tapi sudah tentu kami tak akan pernah pergi bercuti bersama.”
Bekas bintang United itu turut menyatakan yang beliau sudah memaafkan Suarez, dan menganggap bintang Uruguay itu hanya tidak diajar sahaja, kerana tak ada manusia yang dilahirkan untuk jadi racist dalam dunia ini.
Sumber: SPORTbible