Rating Membabi Buta Malaysia vs Vietnam

Kebodohan FAM menyenaraikan hanya 24 pemain mula memberikan kesan kepada pasukan negara. Beberapa pemain penting dijangkiti Covid19 telah mengurangkan lagi pemain sedia ada.

Dengan menyenaraikan pemain pertahanan yang tidak cukup minit bermain. Vietnam melondehkan kelemahan skuad Harimau Malaya pada malam ini.

Tidak guna mempunyai badan gagah seperti Harimau tetapi mempunyai otak dan akal fikiran seperti lembu *baca (FAM)

**Rating ini dibuat berdasarkan kepada pemerhatian penulis sepanjang perlawanan mengikut emosi semata-mata tidak berdasarkan statistik atau akal, jika anda tidak bersetuju tidak mengapa, bincangkan di ruangan komen.

Khairul Fahmi Che Mat (2)

Hanya menadah serangan bertali arus dari pasukan Vietnam. Kedunguan barisan pertahanan menyebabkan beliau tidak mampu berbuat apa.

Muhammad Syahmi Safari (2)

Bermain bukan diposisi sebenarnya ini bolehlah diibaratkan bagai lembu disuruh lumba lari 100 meter.

Mohd Rizal Mohd Ghazali (2)

Terdedah dengan serangan sayap Vietnam. Bocor macam bocornya poket dan dompet korang.

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (0)

Cedera. Terus dikeluarkan. Tapi apa-apa pun. Nombor 7 tetap dia punya.

Shahrul Mohd Saad (2)

Gagal mengawal barisan pertahanan. Mudah ditewaskan satu lawan satu oleh penyerang Vietnam.

Baddrol Bakhtiar (2)

Kesilapan beliau menyepak bola mengikut arah kemaluan menyebabkan pasukan negara dihukum untuk gol pertama. Gagal mengawal tempo perlawanan.

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (2)

Pemain muda ini diberikan dengan tugasan yang agak berat. Gagal membentuk persefahaman dengan Badrul.

SMuhammad Safawi Rasid (2)

Hilang. Selepas melakukan hatrik. Kelibat beliau terus hilang di dalam padang.

Arif Aiman Mohd Hanapi (3)

Pemain seperti Aiman ini memerlukan beliau dengan bola. Jika tiada bola. Maka terasing la beliau.

Muhammad Syafiq Ahmad (4)

Jika diberi pilihan. Syafiq Ahmad memang akan sentiasa dipilih untuk skuad negara. Bermain demi lencana. Keras dan semangat.

Luqman Hakim Shamsudin (2)

Satu peluang besar yang diperoleh. Namun gagal menyempurnakan peluang. Jarang mendapat bola dek kerana barisan tengah sibuk membantu barisan tengah. Digantikan dengan De Paula pada masa separuh kedua.

Pemain Gantian

Dominic Tan (2)

Mengantikan Aidil. Gagal menghalang gol kedua Vietnam. Separuh masa kedua berjaya menyerap sedikit tekanan. Namun gagal juga menghalang gol ketiga Vietnam berlaku.

Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj (2)

Dimasukan untuk mengubah corak permainan. Diletakkan di posisi tengah. Walaupun hakikatnya beliau merupakan seorang pemain penyerang. Salah satu perkara bangang yang dibuat oleh FAM. Membawa terlalu ramai pemain pertahanan.

Guilherme De Paula Lucrecio (1)

Masuk menggantikan Luqman pada separuh masa kedua. Terus hilang.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (1)

Sama-sama hilang dengan De Paula.

Muhammad Ariff Farhan Md Isa (1)

Masuk untuk memberikan sedikit tenaga kepada barisan pertahanan. Namun tiada apa yang boleh beliau lakukan.

Kesimpulan

Vietnam sememangnya berada di kelas tersendiri. Inilah hakikat yang perlu diterima. Persatuan Bola Sepak Vietnam melakukan kerja dengan baik. Merangka pelan pembangunan bola sepak dengan baik dan melaksanakannya dengan sempurna sekali.

Hasilnya. Pasukan mereka berada jauh di kedudukan 99 dunia. Jadi apabila bertemu pasukan yang berada di ranking 154. Jawapannya mudah.

Malaysia 0-3 Vietnam

Piala AFF Suzuki 2020: Vietnam 3-0 Malaysia

Malaysia turun dengan kesebelasan yang sama ketika menumpaskan Laos tempoh hari dengan Khairul Fahmi Che Mat masih mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang, dengan dibantu oleh empat pertahan, Rizal Ghazali di sebelah kanan, Syahmi Safari di sebelah kiri serta juga Aidil Zafuan dan Shahrul Saad di bahagian tengah.

Bermain di posisi pemain tengah bertahan adalah bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Pemain muda Mukhairi Ajmal bergandingan dengan Syafiq Ahmad sebagai sumber kreatif pasukan.

Safawi Rasid kekal di bahagian sayap kanan manakala Ariff Aiman pula bermain di bahagian sayap kiri, bagi memberikan sokongan kepada penyrang utama negara, Luqman Hakim.

Sebaik sepak mula, Vietnam jelas menguasai perlawanan menerusi gerakan-gerakan pantas di kalangan pemain mereka. Tambahan pula, anak buah Park Hang –Seo bagaikan baru berguru dengan Ralf Rangnick di mana mereka kerap melakukan pressing awal setiap kali pemain Malaysia mendapat bola.

Malaysia pula bermain dengan sangat berhati-hati di mana anak buah Tan Cheng Hoe lebih banyak menunggu bola di dalam kawasan sendiri, menantikan kedatangan bola bersama pemain Vietnam sambil melakukan serangan balas jika ada kesempatan.

Malang buat Malaysia pada awal perlawanan apabila kapten, Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan digantikan oleh Dominic Tan.

Pada minit ke-20, Vietnam nyaris medapat gol pertama apabila pemain bernombor 20, Nguyễn Công Phượng, langsung tidak dikawal ketika menerima hantaran lintang dari sebelah kanan. Mungkin silau, Chong Phuong sekadar menanduk angin dan bola singgah tidak tepat di kepalanya.

Selepas menerima asakan bertali arus tanpa belas, akhirnya gawang Malaysia bolos juga. Pemain Vietnam memulakan gerakan di sebelah kiri sebelum melakukan cutback kepada Nguyen Quang Hai yang melakukan larian breakthrough tanpa dikawal mana-mana pemain Malaysia.

Quang Hai kemudiannya melepaskan rembatan lencong ke sebelah kanan Khairul Fahmi Che Mat yang hanya mampu tergamam dan terkesima melihat bola meluru laju ke dalam gol.

Selang seminit kemudian, Malaysia berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila tandukan ke belakang oleh pemain tengah Vietnam, gagal diagak oleh pemain Vietnam yang sorang lagi tu.

Luqman Hakim berjaya mendapatkan bola dan ketika dia hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, sepakan kaki kirinya sekadar terkeceper ke sebelah kiri gol Vietnam dan bola bergolek sampai terkena papan iklan Oppo A95.

Pada minit ke-36, gol Malaysia bolos lagi dan kali ini menerusi Chong Phuong. Pemain berjersi nombor 10 ini menerima bola menerusi satu flick cantik daripada rakan sepasukannya, dan berjaya menewaskan dua pertahanan Malaysia sebelum melepaskan satu rembatan menewaskan Khairul Fahmi.

Nguyen Cong Phuong mempamerkan kemahirannya menggelecek pemain Harimau Malaya mencari ruang dan melepaskan rembatan terkena tiang dan masuk ke gawang.

Pada penghujung babak pertama, Syafiq Ahmad hampir menjaringkan gol pertama buat negara selepas menerima hantaran yang cantik daripada Baddrol Bakhtiar. Walaubagaimanapun, cubaannya berjaya ditangkis oleh penjaga gol Vietnam.

Kepenghujung separuh masa pertama Malaysia terus bergelut untuk bersaing dengan Vietnam yang teramat solid permainan mereka dengan penuh berdisiplin.

Hanya dua sahaja percubaan Harimau Malaya tanpa sebarang percubaan tepat serta tanpa sebarang sepakan penjuru, membuktikan betapa Vietnam mendominasi perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe mengeluarkan Mukhairi Ajmal dan memasukkan Kogileswaran. Guilherme De Paula juga dimasukkan.

Malaysia bermula positif apabila mula mengasak dan berjaya mendapatkan sepakan penjuru pertama dan kedua dalam perlawanan ini.

Kecederaan terus membelenggu pertahanan tengah Malaysia, selepas Aidil Zaquan mengalami kecederaan, Shahrul Saad pula terpaksa dikeluarkan.

Malaysia kini tiada pemain tengah semulajadi kecuali Dominic Tan yang tersisa. Berbaki dua minit permainan segala tidak menjadi buat Malaysia.

Aksi longlai terus dipamerkan hanya bertahan menyerap asakan demi asakan dari Vietnam yang terus berdisiplin.

Pada minit ke-82, Ariff Aiman melakukan percubaan terbaik Malaysia dengan rembatan dari sudut sempit sebelum disusuli satu lagi percubaan jarak jauh.

Dipenghujung perlawanan Nguyen Hoang Duc menjaringkan gol ketiga melalui satu gerakan solo yang mudah memperkotak-katikkan tiga pertahanan Harimau Malaya.

Rembatan dilepaskan dicelahan pemain sekali lagi membuatkan Khairul Fahmi Che Mat meratap tanah melihat bola menujuk ke bucu gawang.

Malaysia akan berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir dan kemenangan satu-satunya pilihan Malaysia untuk mara ke separuh akhir.

Ternyata Vietnam berada ditahap lain dan tersendiri jika dibandingkan dengan pasukan Asia Tenggara yang lain.

BACA:  5 Pasukan Dengan Nilai Tertinggi di Piala AFF Suzuki