Reaksi Dasyat Gerrard Ketika Seluruh Old Trafford Mencemuhnya

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard memberi response yang cukup sempurna selepas beliau teruk kena boo di Old Trafford awal pagi tadi.

Gerrard bersama anak-anak buahnya berkunjung ke Old Trafford untuk bertemu Manchester United dalam aksi saingan FA Cup.

Bekas ketua pasukan Liverpool itu teruk kena boo oleh para penyokong setan merah ketika beliau berjalan keluar dari terowong untuk ke tempatnya.

Dek kerana memiliki sifat tak pernah gentar dan tak peduli dengan kritikan, Gerrard dengan tenang dan santai berjalan seolah tiada apa-apa yang berlaku.

Beliau bahkan siap berpaling dan jalan mengundur sambil melihat penyokong United yang tidak henti-henti mencemuhnya.

Beliau jalan mengundur beberapa langkah dan tenang sahaja berhadapan dengan situasi seperti itu di Old Trafford.

Ini merupakan kali pertama beliau ke Old Trafford untuk bertemu musuh tradisi beliau Manchester United sebagai seorang pengurus.

Beliau sudah tentu sangat berharap agar anak-anak buahnya akan terlebih dahulu merobek gawang gol United untuk menutup mulut para penyokong.

Walau bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku dengan Manchester United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Scott McTominay pada minit ke-8 permainan.

Scott McTominay tenang menanduk padu bola hantaran cantik dari Fred untuk meletakkan setan merah di hadapan.

Villa tidak dinafikan sememangnya mendominasi kebanyakkan aksi dalam perlawanan ini, namun malang untuk mereka kerana dua gol mereka dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver.

Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Aston Villa, dengan mereka selepas ini bakal melayan kunjungan Middlesbrough di Old Trafford untuk aksi pusingan keempat saingan FA Cup.

Gerrard sememangnya tidak berselindung tentang rasa menyampah beliau terhadap setan merah, terutama kerana beliau merupakan legenda sejati Liverpool.

β€œSaya memang diajar untuk membenci Manchester United.”

Tulis Gerrard dalam autobiography miliknya.

β€œIa sudah ditanam dalam fikiran kami, sudah disemai dalam hati kami dan ia sudah sebati dengan jiwa kami sebagai penyokong Liverpool.”

β€œIa ditattoo dalam fikiran setiap penyokong Liverpool. Kami tak pernah saling suka sebagai kelab atau bandar, dan permusuhan itu berlanjutan.”

β€œLiverpool dominan dalam tempoh yang sangat panjang, kemudian, United mengambil alih ketika era Sir Alex Ferguson.”

β€œUntuk tempoh lebih dari 26 tahun, saya sentiasa rasa terdorong untuk menunjukkan sesuatu kepada mereka, mereka memang musuh saya.”

β€œJersi mereka merupakan satu-satunya jersi yang saya tak akan benarkan ada dalam rumah saya. Saya ada banyak koleksi jersi yang saya tukar dengan pemain lain, tapi tidak ada satu pun jersi Man Utd.”

Gerrard selepas ini akan sekali lagi bertemu Manchester United dengan kali ini ia akan dilangsungkan di Villa Park pada minggu hadapan, dalam aksi saingan Premier League.

Sudah tentu Gerrard bersama anak-anak buahnya akan melakukan semampu mereka untuk menewaskan Man Utd, seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.

Mereka dalam perlawanan hari ini sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan, dan jika bukan kerana dua gol mereka dibatalkan, sudah tentu Aston Villa akan pulang dengan kemenangan.

Aksi pertembungan mereka selepas ini sudah tentu akan lebih menarik memandangkan Gerrard dan skuadnya bakal menuntut bela atas kekalahan mereka pada hari ini.

Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga, selepas mengumpul 31 mata dari 19 perlawanan.

Aston Villa sementara itu pula berada di kedudukan ke-13 dalam carta saingan liga, selepas mengumpul 22 mata dari 19 perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Szoboszlai Pilih Jersi Ikonik No.8 Liverpool Kerana Miliki Tattoo Steven Gerrard