Simon Thomas dengan tenang, yakin dan bersahaja telah melakukan satu kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang penyampai profesional.
Beliau telah tersilap memanggil Edouard Mendy sebagai ‘Benjamin Mendy’ ketika bercakap dalam siaran langsung yang disiarkan di kaca TV.
Ia tersangatlah tidak wajar dek kerana isu ini sudah sering kali disebut dan diperkatakan dengan Mendy sendiri turut meminta agar pihak media tidak tertukar Mendy lagi.
Patrice Evra looks shellshocked as Simon Thomas accidentally mentions Benjamin Mendy https://t.co/cNqPCwgxaF pic.twitter.com/Q87RNlYC7I
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) December 2, 2021
Reaksi Evra ketika mendengar Simon Thomas memanggil Edouard Mendy sebagai ‘Benjamin Mendy’ menunjukkan yang beliau sendiri sedang kebingungan.
Menjelang aksi sepak mula perlawanan antara Manchester United bertemu Arsenal, Simon Thomas telah memberikan pujian yang menggunung kepada Aaron Ramsdale.
Beliau membandingkan penjaga gol Arsenal itu dengan penjaga gol Chelsea Edouard Mendy berdasarkan persembahan semasa kedua-dua mereka pada ketika ini.
Pengulas The Amazon Prime itu menjelaskan tentang rekod cemerlang yang dicatatkan oleh Aaron Ramsdale, sebelum beliau kemudiannya menyatakan yang hanya Mendy sahaja yang mempunyai rekod lebih baik dari itu.
Did this fool just say “Benjamin Mendy” 🙃 …. Evra’s reaction is willing me 🤣🤣🤣 #MUNARS pic.twitter.com/DH3LdQgAiH
— Jay Official®️ (@JayJson) December 2, 2021
Walau bagaimanapun, Mendy yang beliau sebut itu adalah Benjamin Mendy, pemain Manchester City yang kini sedang menikmati kehidupan baru di penjara, dan bukanlah penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.
Reaksi Evra ketika mendengar kesilapan fatal itu jelas sekali nampak beliau kebingungan dengan para peminat tertarik melihat reaksi spontan yang beliau tunjukkan.
Benjamin Mendy😳 #MUNARS pic.twitter.com/IafMXT1BwK
— Elvinho 🇦🇱 (@Elvis17__) December 2, 2021
Evra sambil-sambil membuat muka pelik, beliau juga turut memandang rakan pundit yang lain untuk mengesahkan apa yang beliau dengar dari Simon Thomas.
Evra sebelum ini turut pernah bercakap tentang penjaga gol Chelsea itu, dengan beliau percaya Mendy lebih berhak untuk memenangi Yashin trophy berbanding Donnarumma.
Beliau turut menganggap kejayaan Mendy memenangi anugerah tersebut dirompak atas dasar isu perkauman.
Bercakap di laman instagram miliknya, bekas bintang Manchester United itu menyatakan bahawa:
“Penjaga gol…. Macam mana dengan Edouard Mendy?”
Evra’s face when he realises he mentioned Benjamin Mendy 🤣 #MUNARS pic.twitter.com/YstpEIll6k
— Andy (@andros3001) December 2, 2021
“Tapi sudah tentu, African Cup, kami adalah monyet, jadi tidak ada sesiapa akan hormati pertandingan ini.”
“Pertandingan ini merupakan satu-satunya pertandingan yang kamu kena tinggalkan kelab kamu, cuti dari kelab selama tiga minggu dan bermain dalam pertandingan itu, kerana di Afrika kami selalu ada ruang yang sempit.”
Bercakap tentang Piala negara Afrika, Jurgen Klopp sendiri sebelum ini turut diminta untuk meminta maaf kerana komen beliau menyinggung perasaan warga Afrika.
Jurgen Klopp diminta untuk meminta maaf
Jurgen Klopp telah diminta untuk meminta maaf atas komen yang beliau buat berkait Piala Benua Afrika oleh seorang wartawan yang dilihat sangat beremosi.
Wartawan tersebut dalam keadaan terasa hati meminta Klopp untuk meminta maaf atas komen beliau yang menganggap Piala Benua Afrika sebagai kejohanan kecil.
Jika ditanya tentang AFCON, individu yang paling tahu dan terkesan dengan pertandingan itu tentunya Jurgen Klopp yang akan kehilangan ramai pemain utama yang menyertai pertandingan tersebut.
Klopp defends calling African Cup of Nations a 'little tournament'
https://t.co/tZqPDMlFN4— Shrewsbury Lions Aston Villa Supporter’s Club (@LionsShrewsbury) November 25, 2021
Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita akan menyertai pertandingan tersebut pada tahun hadapan, dan kesemua mereka merupakan nadi utama dalam sistem kendalian Jurgen Klopp.
Minggu lalu, pengurus Liverpool itu tampil bercakap tentang tiadanya rehat antarabangsa lagi sehingga Mac nanti, selepas berakhirnya aksi antarabangsa pada November ini.
Beliau kemudian teringat tentang pertandingan Piala Benua Afrika yang akan dilangsungkan di Cameroon pada tahun hadapan.
Secara sinis, pengurus Liverpool itu menggambarkan pertandingan tersebut sebagai pertandingan kecil, namun ungkapan yang beliau gunakan tidak disenangi oleh salah seorang wartawan dari Afrika.
Liverpool's manager Jurgen Klopp on the 2021 Africa Cup of Nations
"In January there's a little tournament in Africa"
Sarcasm or not, that statement is derogatory.
That's Africa's pinnacle nations event with 24 teams being referred to as "little tournament"@BeanymanSports pic.twitter.com/LjbMNe2lLA
— Njie Enow: Mr Razzmatazz (@NjieEnow) November 22, 2021
Wartawan yang terkesan dan beremosi itu tampil dalam sidang media selepas aksi bertemu Porto hari ini, untuk meminta Jurgen Klopp meminta maaf atas komen yang beliau lakukan.
Walau bagaimanapun, pengurus berusia 54 tahun itu telah menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan yang wartawan tersebut salah faham dengan maksud beliau.
Jurgen Klopp menegaskan yang beliau tiada maksud untuk menghina, menyakiti atau melukai hati mana-mana pihak dari benua Afrika berkait komen beliau sebelum ini.
🗣 "I said there's a little tournament in January, I didn't mean a little tournament, it's ironic."
Things got heated between Jurgen Klopp and reporter who demanded an apology from the manager after he called AFCON a "little tournament" pic.twitter.com/jLhe5jBx4u
— Football Daily (@footballdaily) November 25, 2021
“Hi Jurgen, ketika sidang media lepas perlawanan sebelum ini, kamu dengan sengaja menyebut yang Piala Benua Afrika merupakan pertandingan kecil.”
Jelas salah seorang wartawan dari Paris, Ojora Babatunde ketika mempersoalkan tentang hal tersebut kepada Klopp.
“Saya rasa ia satu hinaan untuk pemain, hinaan untuk penyokong, hinaan untuk masyarakat di benua itu dan saya rasa kamu berhutang permohonan maaf.”
Selepas Jurgen Klopp menegaskan yang beliau tidak bermaksud seperti itu, Babatunde sekali lagi menegaskan yang komen pengurus Liverpool itu berunsur hinaan.
“You owe the continent of Africa an apology!”
Jurgen Klopp’s full, heated row with an African reporter after he called the AFCON ‘a little tournament’ 🤯
🔗 https://t.co/rqwwJw9TO5 pic.twitter.com/kFGeNLbJ1b
— Hayters TV (@HaytersTV) November 24, 2021
“Itulah apa yang kamu katakan, saya dengar sidang media itu dan kamu kata pertandingan benua Afrika pertandingan kecil, itulah apa yang kamu katakan.”
Bekas pengurus Borussia Dortmund itu akhirnya diberi kesempatan untuk membela diri dan menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan:
“Saya tidak bermaksud begitu, come on.”
“Jadi saya langsung tidak bermaksud ke situ, apa yang ada dalam fikiran saya adalah saya bukan mahu bercakap tentang Piala Benua Afrika sebagai pertandingan kecil atau Afrika benua yang kecil, bukan sama sekali.”
“Apa yang saya maksudkan adalah, jika kamu lihat temu bual itu secara keseluruhannya mungkin kamu akan faham dengan cara yang betul jika kamu mahu, kerana saya kata di sana tidak ada rehat antarabangsa sehingga Mac.”
🗣️"It's ironic, there's still a tournament. Big one. We lose our best players."
Jurgen Klopp clashes with a reporter who claims he owes the continent of Africa an apology 👀 #LFC pic.twitter.com/VQb7E6ibIB
— Empire of the Kop (@empireofthekop) November 24, 2021
“Kemudian saya kata, ‘oh ada satu pertandingan pada Januari’ dan saya tak maksudkan pertandingan itu kecil, saya mahu katakan yang itu tetap satu pertandingan, ia ironik. Ia masih tetap pertandingan, pertandingan besar. Kami hilang pemain terbaik kami untuk pertandingan itu.”
Pertandingan yang dimaksudkan itu sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu, dan ia telah ditunda pada Januari nanti dan akan berlangsung selama hampir sebulan.
Seandainya pasukan mereka berjaya layak sehingga aksi perlawanan akhir, maka Salah dan Mane akan terlepas tiga aksi dalam saingan Premier League dan berkemungkinan terlepas aksi pusingan kedua Piala FA.
Dengan Liverpool dilihat berpotensi untuk mencabar kejuaraan liga musim ini, kehilangan pemain penting sebenarnya memberi impak yang besar kepada skuad The Reds.
”A little tournament in Africa”… Jurgen Klopp feels his comment was taken out of context. pic.twitter.com/6zDKuVJx0P
— Eric Njiru (@EricNjiiru) November 25, 2021
Ia sepertinya akan menjejaskan aksi Liverpool dalam usaha mereka untuk terus bersaing dengan Chelsea dan Manchester City dalam merebut kejuaraan Premier League musim ini.
Klopp jelas sekali sedar akan hal tersebut dan sindiran yang beliau maksudkan adalah kerana FIFA tidak memberikan rehat ketika pertandingan itu berlangsung.
'I didn't mean it like that'
Jurgen Klopp insists he was being 'ironic' when he called the Africa Cup of Nations a 'little tournament' https://t.co/thGdoLB2Mz pic.twitter.com/kr7g4PCP0e
— MailOnline Sport (@MailSport) November 25, 2021
Beliau akan kehilangan pemain penting yang bakal menyertai pertandingan itu, namun tiada rehat dan menyebabkan beliau tidak dapat menggunakan khidmat bintang-bintang utamanya itu.
Babatunde kemudian sedar yang Jurgen Klopp tidak bermaksud seperti itu dengan beliau terus mendiamkan diri tanda berpuas hati dengan jawapan yang beliau terima.
Sumber: SPORTbible