Legenda Liverpool, Steven Gerrard berkongsi rasa gembira selepas bekas pasukannya berjaya menjulang kejuaraan premier league pertama mereka.
Dalam kegembiraan beliau untuk Liverpool, Gerrard turut memberikan kata-kata pujian kepada pengurus the reds, Jurgen Klopp.
Pasukan dari Merseyside itu disahkan menjadi Juara pada awal pagi tadi tanpa mereka turun menendang bola atau bermain dengan emosi seperti mana dilakukan oleh Manchester City yang tewas 2-1 kepada Chelsea.
Nobody deserves a title more than this man. Carried a very poor Liverpool side for a long time and still managed to win silverware. There is no ‘05 Champions League or ‘06 FA Cup without Steven Gerrard. Deserved multiple Premier League winners medals pic.twitter.com/sg8O5mShFH
— casep6 ⚒ (@casep6_2) June 26, 2020
Tidak lama selepas tamat perlawanan, ada beberapa peminat dan bekas pemain meraikan kejuaraan mereka bersama dengan bekas ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard di laman Instagram dengan menyampaikan kata-kata yang meruntun jiwa.
Dalam muat turun status dari bekas ketua pasukan kebangsaan England itu, beliau menyatakan:
“Tahniah kepada semua @liverpoolfc atas kemenangan menjuarai saingan liga perdana. Pencapaian yang luar biasa dari sebuah pasukan yang dibarisi para pemain yang mengagumkan, diketuai pula oleh pengurus bertaraf dunia dan tenaga kejurulatihan yang hebat, tidak lupa juga kepada sokongan dari FSG. Dan akhir sekali serta paling penting kepada peminat yang sudah menunggu selama 30 tahun. Ayuh perayaan bermula.”
Gerrard bermain untuk Liverpool untuk tempoh masa selama 17 tahun dan telah menjadi ketua pasukan sejak beliau berusia 23 tahun lagi.
Beliau memenangi banyak kejuaraan bersama pasukan kesayangannya tetapi hanya premier league sahaja yang belum pernah dimenanginya, dan beliau begitu berbangga dengan apa yang dicapai oleh Liverpool pada hari ini.
Tidak dapat disembunyikan bahawa pengurus berusia 40 tahun itu merupakan peminat kepada Jurgen Klopp dan Gerrard baru-baru ini meminta supaya tugu peringatan untuk pengurus dari Jerman itu harus diletakkan dihadapan Anfield.
King Kenny ignored Bob Paisley's advice as he celebrated #LFC's title win 😂🍾https://t.co/A4qzwiOYD5
— talkSPORT (@talkSPORT) June 26, 2020
“Mengenali Jurgen, dia tidak mungkin mahu untuk diletakkan di satu tempat seperti itu.”
Jelas pengurus Rangers itu kelada The Athletic.
“Saya tahu dia orang yang macam mana, dia merendah diri dan menghormati orang. Ketika kamu melihat hasil kerja yang telah beliau lakukan, sudah tentu dia berhak untuk disebut sebagai salah seorang pengurus terhebat pernah ada.”
“Apa yang perlu kamu ambil untuk dititik beratkan adalah ketika Jurgen mengambil alih Liverpool, mereka tidak sedikit pon ada tanda-tanda untuk menjadi pasukan terbaik dalam liga, bahkan mereka tidak termasuk dalam empat terbaik liga ketika itu.”
“Untuk hadir ke Liverpool selepas apa yang dia lakukan, dengan segala kejayaan yang dia bawa, menjuarai saingan liga Juara-juara keenam dan terbaru menjuarai saingan liga pertama selepas 30 tahun….”
“Bagi saya, seseorang seperti Jurgen harus dihargai sesuatu sekarang. Sepertinya dalam dunia bola sepak sekarang, orang hanya akan menunggu seseorang itu menjadi benar-benar tua sebelum segala usaha mereka dihargai.”
“Tetapi saya yakin pemilik Liverpool tidak akan membiarkan perkara seperti itu terjadi. Ketika Jurgen memberikan sesuatu seperti menjuarai Liga, dia sepatutnya sudah mula mengarahkan orang-orangnya untuk membina tugu Klopp di hadapan Anfield.”
‘Let the party begin’ – Steven Gerrard celebrates Liverpool’s Premier League title winhttps://t.co/cZhqUwPMcX #LFC
— Indy Football (@IndyFootball) June 26, 2020
Kejuaraan Liverpool kali ini juga membantu Gerrard untuk melupakan peristiwa slip yang terjadi keatasnya ketika bertemu Chelsea pada tahun 2014.
Peminat Liverpool di seluruh dunia pastinya sedang menikmati kegembiraan teramat sekarang selepas kelab tercinta mereka menjuarai saingan liga yang pertama dalam tempoh 30 tahun ini.