Ribery : Ronaldo Rampas Impian Ballon d’Or Saya

Pemain tengah Bayern Munich, Frank Ribery mendakwa trofi Ballon d’Or 2013 telah ‘dicuri’ dari dakapan beliau.

Bekas pemain antarabangsa Perancis ini juga mendakwa salah satu faktor beliau gagal meraih trofi itu pada tahun tersebut adalah sokongan rendah yang diterimanya dari negara beliau sendiri.

Dasar maling !

Anugerah Ballon d’Or pada tahun 2013 disifatkan Ribery sebagai tidak adil kerana beliau tidak memenanginya walaupun telah memenangi segalanya bersama Bayern Munich sebelum itu.

Ribery tidak dapat memahami rasional disebalik kemenangan Cristiano Ronaldo pada musim tersebut kerana beliau berjaya memenangi semua pertandingan yang disertainya bersama Bayern Munich ketika itu.

Pemain sayap berasal dari Perancis ini berjaya membantu Bayern memenangi kejuaraan Bundesliga disamping menewaskan seteru utama, Borussia Dortmund 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Wembley.  Bayern menang selepas Arjen Robben menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Hanya di tempat ke-3. Sob sob sob

Kemenangan Liga Juara-Juara kebiasaannya akan diiringi dengan pemain dari kelab tersebut memenangi Ballon d’Or tetapi pencapaian Ribery telah dipandang sepi dengan Ronaldo berjaya mengutip anugerah individu tertinggi bolasepak pada tahun tersebut.

Lebih memeranjatkan adalah Ribery bukan berada di kedudukan ke-2, tetapi diundi berada di kedudukan ke-3, dengan bintang Barcelona, Lionel Messi berada di hadapan beliau.

Ribery dalam satu temuramah bersama Canal Football Club berkata anugerah tersebut telah dicuri daripadanya dan beliau tidak tahu mengapa beliau gagal memenanginya walaupun berjaya memenangi semua pertandingan.

Gol Robben kecewakan ramai Yellow Army baru nak up ketika itu

“Anugerah Ballon d’Or tahun tersebut seperti telah ‘dicuri’ daripada saya. Saya tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Saya menang semua piala dan tiada apa lagi yang mampu saya lakukan ketika itu. Ianya memang tidak adil.”

“Saya tidak mendapat sokongan rakyat Perancis di belakang saya. Saya melihat dengan mata sendiri rakyat Perancis berkata Cristiano Ronaldo berhak menang. Adakah rakyat Portugal akan berkata Ribery atau Messi patut menang ? Sudah tentu tidak.”

Ribery turut memberitahu beliau telah dijadikan kambing hitam oleh pihak media berikutan kegagalan Perancis pada kempen Piala Dunia 2010, dimana skuad kendalian Raymond Domenech terkeluar dari pertandingan seawal peringkat kumpulan. Pemain Perancis juga dilaporkan membuat protes terhadap Domenech apabila tidak mahu keluar dari bas pasukan.

“Pada tahun 2010, pihak media mencari seseorang untuk dipersalahkan. Semua orang di Perancis percaya saya lah punca masalah tersebut, termasuk ibubapa saya sendiri.”

“Saya tidak dapat lupaka tindakan beberapa pihak media Perancis. Ianya menjadi luka kepada saya dan sangat keterlaluan.”

BACA:  Van Der Sar Dedahkan Rahsia Kenapa Ronaldo Pemain Yang Lebih Baik Berbanding Rooney