Rio Ferdinand: Gareth Southgate Tak Perlu Bawa Harry Maguire

Bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand telah mengkritik keputusan Gareth Southgate yang disenaraikan untuk skuad 26 pemain England untuk kejohanan Euro 2020.

Kecederaan yang dialami Harry Maguire di penghujung musim menyaksikan beliau terlepas perlawanan akhir Europa League dan Manchester United tewas kepada Villareal.

Status terkini Harry Maguire menyaksikan beliau masih belum cergas dan itu tidak menjadi penghalang untuk Southgate membawa Maguire bersama skuad England.

Tidak dapat disangkal lagi Harry Maguire telah bermain sejak Ogos 2019 selepas menyertai Manchester United tanpa terlepas walaupun satu minit perlawanan Premier League.

Namun akhirnya Harry Maguire tersontot jua apabila mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Aston Villa dan terlepas baki 5 perlawanan liga serta final Europa League.

Walaupun masih tidak cergas, Harry Maguire menjadi salah seorang daripada empat Centre back yang disenaraikan oleh Gareth Southgate.

Rio Ferdinand yang merupakan salah seorang pemain dalam generasi emas England yang tak keman sudah kerap melihat pemain yang cedera dibawa bersama.

Dan pada pandangan beliau ini bukan merupakan satu keputusan yang tepat, lalu kritikan dilemparkan kepada Southgate:

“England memerlukan centre back yang lain, kau tak cergas, kau tak akan sempat cergas. Ini tidak masuk akal. Skuad ini memberitahu aku bahawa Southgate akan bermain menggunakan tiga pemain dibelakang.”

“Aku pernah berada dalam pasukan dengan pemain yang tidak cergas dan mereka tidak akan dapat mempamerkan aksi seperti biasa bila mereka tidak menjadi diri sendiri.”

Rio Ferdinand juga memetik nama David Beckham dan Wayne Rooney yang mengalami kecederaan dan disenaraikan bersama skuad Englang walaupun tidak cergas.

“Perkara ini terjadi dengan Becks [David Beckham] dan Wazza [Wayne Rooney]. Sebagus mana pun Maguire, dia bukan Becks atau seorang Wazza.”

“Aku rasa kau tak patut bawa seseorang yang tidak 100 peratus cergas. Amat sukar sekali untuk kembali cergas dan mendapatkan rentak permainan.”

Pemilihan Harry Maguire ini bagi Ferdinand bukan sesuatu yang bagus di mana pasti perkara ini akan menjadi bualan media dan fokus pasukan England terganggu.

“Cerita ini akhirnya akan mengambil alih pasukan dan menjadi perbualan dan akan terjadilah gangguan kepada pasukan.”

“Adakah kami perlukan gangguan seperti ini? Aku rasa tiada guna satu sen pun. Harapnya beliau buktikan aku salah, aku sangat suka jika dia lakukannya.”

Kritikan Ferdinand bukan berbentuk hentaman namun kerisauan berdasarkan pengalaman beliau melihat pemain tidak cergas dibawa bersama pasukan untuk kejohanan besar.

Malah beliau juga sangat gembira jika Harry Maguire dan Gareth Southgate dapat membuktikan bahawa apa yang diperkatakan Ferdinand ini tidak benar.

Jika tidak ditimpa kecederaan dan cergas sepenuhnya, maka Harry Maguire merupakan pilihan utama di centre back untuk bergandingan dengan John Stones. Kalau cergas la kan.

Seorang lagi bekas pemain pertahanan England, Gary Neville pada April lalu menyifatkan Harry Maguire merupakan pemain penting England dan beliau lebih sukar untuk digantikan berbanding Harry Kane.

Tanpa Harry Maguire, Gareth Southgate mempunyai Tyrone Mings dan Conor Coady sebagai pilihan di mana kedua-dua pemain ini biasa bermain dengan bek bertiga.

Manakala Kyle Walker dan Reece James selalu bermain dikanan bek bertiga untuk kelab dan juga negara, maka mungkin benarlah telahan Ferdinand, Southgate akan bermain dengan tiga pertahanan.

Maguire bukanlah satu-satu pemain tidak cergas yang dibawa oleh Southgate, Jordan Henderson yang lebih lama tidak cergas turut dibawa yang juga menimbulkan persoalan dan menjadi bawanangan yang dirasakan tidak perlu oleh Ferdinand.

Gareth Southgate mengakui bahawa membawa Harry Maguire dan Jordan Henderson yang cedera sejak bulan Februari satu risiko namum mempertahankan keputusan beliau.

“”Maguire ada banyak perkara yang harus dilakuka sama seperti Jordan Henderson untuk bersedia beraksi. Tetapi kami merasakan kemungkinan mereka dapat memainkan peranan mereka dan hakikatnya bahawa mereka mempunyai perwatakan yang hebat untuk pasukan.”

“Henda mempunyai kepemimpinan dan kehadirannya sahaja sudah memberi kesan kepada orang lain, bukan sahaja kepada pemain yang lebih muda dalam pasukan, tetapi semua yang lain juga.”

“Memandangkan kami dapat memilih 26 pemain, kami menggunakan kesempatan untuk membawa mereka berdua bersama dengan kami adalah sangat mudah.”

BACA:  Inter Mahu Dapatkan Maguire Ketika Jendela Hampir Ditutup