Pemain penyerang prolifik pasukan gergasi Jerman, Robert Lewandowski akhirnya telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah (UEFA Menβs Player of the Year) bagi musim 2019/20.
Tiada kesangsian lagi kenapa Robert Lewandowski menang kerana saban musim tidak pernah gagal menjaringkan gol yang begitu banyak namun kerap kali namanya tercicir daripada senarai anugerah.
Musim 2019/20 menyaksikan Bayern Munich telah mempamerkan antara prestasi terhebat mereka dalam sejarah 120 tahun kewujudan mereka samada di peringkat domestik dan Eropah.
π UEFA Men's Player of the Year π
π πππͺππ‘ππ’πͺπ¦ππ π΄#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/rUoVxPtSXq
β UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Dalam musim terhebat Bayern Munich ini tiada pemain yang memberi sumbangan yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Robert Lewandowski.
Pemain penyerang Poland ini telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dalam perjalan Bayern Munich ke final Champions League yang berlangsung di Lisbon.
Walaupun sibuk dan aktif bermain Tik Tok di luar sana, di dalam padang Champions League, Lewandowski telah menjaringkan 15 gol dan 6 assist.
β¨ #UCL Forward of the Season β¨
π₯ πππͺππ‘ππ’πͺπ¦ππ π΄#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/G1LlrSwIgC
β UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Di Bundesliga juga Lewandowski telah menjaringkan 34 gol dalam 31 perlawanan liga dan mencetak 6 gol dalam 5 perlawanan di German Cup.
Pencapaian Robert Lewandowski musim 2019/20:
1. Juara UEFA Champions League
2. Juara Bundesliga
3. Juara German Cup
4. Penjaring terbanyak UEFA Champions League β 15 gol
5. Pemain tahunan squad UEFA Champions League
6. Penjaring terbanyak Bundesliga β 34 gol
7. Pemain terbaik Bundesliga
β THE BEST β
Congratulations, @lewy_official! pic.twitter.com/mM7BWo3oaW
β Bundesliga English (@Bundesliga_EN) October 1, 2020
UEFA Champions League
Penampilan : 10
Gol : 15 gol
Assists : 6
Bundesliga
Penampilan s: 31
Goal: 34 gol
Assists: 4
Senarai 10 Pemain Terbaik Eropah 2019/20
Robert Lewandowsi memungut 477 mata tertinggi sekaligus di pilih sebagai pemain terbaik Eropah musim 2019/20 jauh meninggalkan pemain kreatif Manchester City, Kevin De Bruyne yang mengutip 90 mata.
Juri yang mengundi untuk anugerah pemain terbaik Eropah ini terdiri daripada 80 orang jurulatih yang bertanding di peringkat kumpulan Champions League(32 orang) dan Europad League(48 orang).
Selain itu 55 orang wartawan telah dipilih oleh the European Sports Media (ESM) di mana setiap yang dipilih merupakan ahli gabungan EUFA.
π UEFA Men's Player of the Year π
2016: Ronaldo
2017: Ronaldo
2018: ModriΔ
2019: Van Dijk#UCLdraw | #UEFAawards pic.twitter.com/3jA3JmTozIβ UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Setiap juri dialntik akan memilih 3 pemain terbaik dengan pemain pilihan pertama mendapat 5 mata, pilihan kedua 3 mata dan pilihan ketiga 1 mata dan jurulatih tidak dibenarkan memilih pemain pasukan sendiri.
Nampaknya para juri sebulat suara telah memilih Lewandowski dan jika mata pemain dikedudukan kedua hingga 10 dicampur masih belum cukup untuk menumbangkan mata dipungut Lewandowski.
Bayern Munich telah muncul juara Champions League musim lalu dan melayakkan 5 pemain pasukan Jerman ini berada dalam kedudukan 10 teratas, Manuel Neuer, Thomas Muller, Thiago Alcantara, Joshua Kimmich dan sudah pasti Robert Lewandowski.
Robert Lewandowski had more points than the rest of the top 10 combined π pic.twitter.com/852YSIJRsW
β ESPN FC (@ESPNFC) October 1, 2020
Pemain Barcelona yang dibelasah Bayern Munich 8-2 berada dikedudukan ke-4 berkongsi 53 mata bersama bekas rakan sepasukannya yang kini bersama Paris Saint-Germain, Neymar.
Cristiano Ronaldo yang hanya mengutip 25 mata hanya berada di tangga ke-10 jauh ditinggalkan Lewandowski.
Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik Eropah 2019/20 berdasarkan mata yang dikutip:
1. Robert Lewandowski (Bayern Munich) β 477 mata
2. Kevin De Bruyne (Manchester City) β 90 mata
3. Manuel Neuer (Bayern Munich) β 66 mata
4. Lionel Messi (Barcelona) 53 mata
= Neymar (Paris Saint-Germain) 53 mata
6. Thomas MΓΌller (Bayern Munich) 41 mata
7. Kylian MbappΓ© (Paris Saint-Germain) 39
8. Thiago AlcΓ‘ntara (Bayern Munich) 27 mata
9. Joshua Kimmich (Bayern Munich) 26 mata
10. Cristiano Ronaldo (Juventus) 25 mata