Romain Saiss Terlepas Peluang Terhidang Luas

Bagaimana pemain pertahanan, Wolverhampton Wanderers, Romain Saiss boleh terlepas peluang terhidang luas ketika jarak bola dengan gawang hanya 2-3 kaki sahaja?

Kegagalan Romain Saiss meletakkan bola ke gawang ini menjadikan aksi beliau mungkin calon juara miss of the season atau kerinduan terhebat musim ini.

Agak padu juga boleh terlepas peluang terhidang terbuka sebegitu rupa, memang tak tidur malam la Romain Saiss kerana itu boleh menjadi gol kemenangan.

Bermula dari satu hantaran lintang yang disusuli dengan satu tandukan tajam dan cantik namun bola terkena tiang dan melantun ke tengah kotak penalti.

Bola cantik dan mesra mendekati Romain Saiss yang tidak dikawal dan hanya menunggu satu tolakan serta sentuhan manja sahaja untuk masuk.

Namun percubaan Romain Saiss bertukar menjadi petaka apabila bola hampir tegak menuju ke langit ke tujuh.

Satu peluang mudah menjadi begitu sukar dan dibazirkan begitu sahaja.

Romain Saiss sendiri tidak dapat menerima kenyataan daripada perbuatan kakina dan terbaring di padang.

Rakan sepasukan Saissm Willian Jose tampil membantu untuk Saiss kembali berdirinya dengan kakinya yang melakukan pembaziran.

Perlawanan menentang Aston Villa ini perlu diteruskan kerana kedudukan masih terikat tanpa jaringan dan kedudukan ini kekal hingga tamat permainan.

Satu peluang gol bertukar menjadi satu clearance pada saat genting dari pemain kebangsaan Maghribi itu.

BACA:  Berapakah Gaji Pengadil Premier League dan Liga Eropah Yang Lain?