Roy Keane Anggap Gareth Southgate Berlebih-lebihan Dalam Mempertahankan Maguire

Roy Keane tampil membantai pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate kerana terlalu bersungguh mempertahankan Harry Maguire.

Ketika temu bual selepas tamat perlawanan bertemu Ivory Coast sebelum ini, Gareth Southgate mengutuk kesemua pengkritik Harry Maguire dan turut mempertahankan anak buahnya itu.

​Maguire ketika itu juga teruk kena boo dengan penyokong England sendiri dalam perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Wembley itu.

​Southgate mempertahankan anak buahnya dan mengkritik penyokong-penyokong yang memboo pemain pertahanan terbaik beliau itu.

Beliau menganggap tindakan penyokong membenci Maguire itu sebagai satu hal yang sungguh kelakar dan percaya ketua pasukan setan merah itu tak seteruk yang disangka.

Roy Keane walau bagaimanapun tak gembira dengan kenyataan dari Gareth Southgate dan menganggap pengurus England itu terlalu berlebih-lebihan dalam membela anak buahnya.

Bekas ketua pasukan Manchester United, Keane yang juga merupakan individu paling lantang mengkritik Harry Maguire sebelum ini tak faham sama sekali dengan kenyataan dari Southgate ketika temu bual tersebut.

Bercakap di studio ITV, Keane mendedahkan bahawa:

“Saya rasa Gareth telah memperbesarkan hal ini dari yang sepatutnya. Setiap pemain kena boo. Dah tentu akan ada orang bodoh dalam perlawanan bola sepak. Penyokong England ramai yang bodoh.”

“Dan jika mereka memilih untuk boo Harry Maguire, saya rasa Gareth sepatutnya dengan mudah boleh anggap itu bukan masalah besar. Dia sebenarnya bermain dengan baik, dah bagi tumpuan dekat itu sahaja.”

Keane kemudiannya membangkitkan insiden melibatkan Raheem Sterling dengan menuduh Gareth Southgate double standards.

“Saya rasa dia memperbesarkan masalah dari yang sepatutnya.”

Tambah Keane lagi.

“Dan Gareth selalu memilih-milih untuk mempertahankan pemain dia.”

“Raheem Sterling pernah bergaduh dua ke tiga tahun lalu, dia dibuang dari skuad. Dia biarkan pemain lain keluar.”

“Saya ingat ketika Harry dibuang padang pada Oktober 2020 bertemu Denmark. Dia tak betul-betul mempertahankan dia. Saya rasa ketika dia berjalan meninggalkan padang.”

“Jadi saya fikir Gareth sekadar memperbesarkan masalah dari yang sepatutnya. Dia patut terus tumpukan pada perlawanan. Dia bermain dengan baik! Dan dia akan dapat sokongan dari penyokong semula, bukan dengan cara Southgate yang mempertikaikan kenapa dia kena boo di media sosial. Lupakan tentang itu.”

“Jadi lebih besar dan lelaki dewasa dan teruskan permainan. Main dengan baik dan itulah hal yang paling penting.”

Jordan Henderson, Declan Rice dan Harry Kane merupakan antara pemain yang tampil mempertahankan Harry Maguire dari terus dihentam.

Jordan Henderson pertahankan Maguire

Jordan Henderson adalah seorang pemain yang bukan setakat mampu beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan, malah dia juga mempunyai karakter kepimpinan semulajadi yang bagus.

Bila bercakap tentang kepimpinan, ketua pastinya akan mempertahankan orang yang berada di sekelilingnya daripada ancaman dan anasir luar dan inilah yang dibuktikan oleh kapten Liverpool ini selepas perlawanan persahabatan antara pasukan England menentang Ivory Coast.

Dalam perlawanan tersebut, Harry Maguire telah dikutuk dan diejek oleh sebahagian penyokong dalam perlawanan di Stadium Wembley tersebut.

Tidak berpuas hati, Henderson menggunakan akaun laman sosialnya – Twitter dan Instagram – untuk menjawab kepada penyokong England yang bertindak mengeji pertahanan Manchester United tersebut.

Dalam perlawanan itu, England dengan mudah menewaskan Ivory Coast tiga gol tanpa balas menerusi gol daripada Ollie Watkins, Raheem Sterling dan Tyrone Mings.

Selepas perlawanan menentang Ivory Coast, Maguire telah memuat naik gambarnya beraksi di Wembley dan hanya menulis ciapan yang pendek;

“Minggu yang seronok dapat bermain untuk negaraku,” tulisnya ringkas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Mahu Tukar Suka Sama Suka Christian Pulisic Dengan Harry Maguire