Sarri Dedahkan Bahawa Beliau Hisap Rokok 60 Batang Sehari

Merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum. Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti. Tak Percaya? Boleh cuba.

Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.

Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!

Rokok berdaging bukanlah untuk lelaki normal macam kau. Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri yang terkenal sebagai seorang perokok tegar telah cuba meraikan kejayaan Chelsea dengan menghisap sebatang cerut(cigar) di padang.

Dengan muka riang gembira seperti kanak-kanak mendapat Kinder Bueno Sarri membuka cerut itu.

Sarri yang kini telah bercerai berai dengan Chelsea telah bertemu jodoh baru di liga Itali bersama pasukan juara bertahan Juventus dan kemudian diceraikan sekali lagi selepas semusim.

Sarri digantikan dengan Andrea Pirlo dan mungkin jumlah rokok dihisap Sarri bertambah kerana kebosanan tanpa kerja atau mungkin juga berkurangan kerana tiada tekanan kerja.

Bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia.

Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu.

“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”

“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”

“Aku mempunyai masalah sakit belakang seminggu ini, tapi sekarang dah rasa elok.”

Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari.

BACA:  Kisah Suka Duka Pasukan Bola Sepak Wanita Jepun Menjuarai Piala Dunia 2011