Selepas Chelsea Evra Pula Troll City, Liam dan Noel

Patrice Evra meneruskan aksi troll ke atas kekalahan Manchester City kepada Chelsea di final Champions League, adik beradik Gallagher, Liam dan Noel tidak terlepas dari kutukan Evra.

Noel Gallagher dan Liam Gallagher merupakan bekas ahli kumpulan rock legenda Oasis juga terkenal sebagai penyokong tegar pasukan Manchester City sejak berzaman lagi.

Jika Chelsea secara halus menganjing Manchester City dan adik beradik Gallagher, Evra tidak berlapik lagi dan terus menembak tepat ke kepala, headshot.

Serangan berunsur dendamm peribadi serta troll daripada Evra berbentuk peribadi dan ditujukan terus kepada Noel Gallagher dan Liam Gallagher.

Memainkan lagu popular Oasis ‘Wonderwall’ sebagai musik latar, Evra memakai rambut palsu dan kaca mata menyerupai penampilan Gallagher.

Evra memulakan serangan dengan mengungkit kekurangan kisah sejarah dan bilangan trofi yang ada dalam kabinet Manchester City.

Bekas pemain pertahanan Manchester United itu turut menyanyi lagi Wonderwall sebelum memberi pesanan:

“Liam, kau kat mana? Kau ingat lagi tak bila kau ketawakan aku ketika Manchester United kalah? Sekarang giliran kau pulak.”

“Jangan cemburu. Aku nak berkongsi. Ini hari isnin yang istimewa untuk kau Liam. Berhenti la cakap Manchester tu biru. Aku ada lagi banyak trofi dari kelab kau.”

“Noel! Noel!.” Jerit Evra sambil mencekik leher sendiri.

Pemenang Premier League sebanyak lima kali itu kemudian menyambung nyanyian lagi Wonderwall ikut kepala dan lirik sendiri.

“Sorry for the remix, it is time,” he continued.🎵🎶

“I said maybeeeee… you’re going to win it when I’m nintteeeyyyy.🎵🎶

“And after all… you’re my noisy neighbouuurrrssss.🎵🎶

“I love this game! 🎵🎶 ”

Bukan setakat buat video upload sahaja malah Evra juga telah menanda Noel Gallagher dan Liam Gallagher supaya mereka mendapat notifikasi akan video tersebut.

Ini bukanlah pertama kali Liam Gallagher saling ngata mengata di media sosial dan selepas kekalahan 6-1 Manchester United kepada Tottenham Hotspur Evra pernah berkata:

“Never! City tidak akan sesekali menang Champions League. Aku sangat hormati muzik kau, aku pernah nak bertumbuk dengan pemain Manchester United kerana aku dengan lagu Wonderwall sebelum game.”

Sejurus kekalah Manchester City kepada Chelsea Evra terus memuat naik gambar yang disunting bersama Sir Bobby Charlton memegang trofi Champions League.

“Aku kena tanya Sir Bobby untuk periksa sekali lagi!! Selamat malam semua.”

“Sir Bobby boleh kau periksa nama City sekali lagi? dan Sir Bobby menjawab: ‘Tidak, masih tiada Pat..'”

Sampai masanya nanti Adik beradik Gallagher pasti membuat serangan balas ke atas Evra.

Sebelum Evra menyerang, Chelsea terlebih dahulu berada di hadapan dan lebih pedih lirik lagu Oasis telah digunakan Chelsea untuk menganjing.

Chelsea telah menggunakan lirik daripada lagu Oasis yang berjudul Live Forever sebagai kapsyen ciapan dengan gambar Cesar Azpilicueta mencium trofi.

“You and I are gonna live forever.”

Ciapan kedua di Twitter rasmi Chelsea masih menggunakan lirik lagi Live Forever dengan lirik sedikit ditukar dan diubah.

We see things they’ll never see ditukarkan kepada We see things you’ll never see. Perkataan they ditukar kepada you.

“We see things you’ll never see”

Ciapan ketiga pula menggunakan lirik daripada lagu Oasis yang berjudul Acquiesce disertakan gambar pasukan Chelsea menjulang piala di bilik persalinan.

Bait lirik itu berbunyi begini jika dinyanyikan:

“Because we need each other, we believe in one another”

Ciapan terakhir tidak menggunakan lirik lagu tetapi telah menganjing gaya ciapan Liam Gallagher yang kebelakang ini mengakhiri ciapan dengan LG x.

Gambar N’Golo Kante yang jelas kelihatan malu dan segan untuk mengangkat piala dikelilingi rakan sepasukan telah digunakan.

“Champions of Europe. As you were. NG x”

Ramai yang menyukai troll yang dilakukan oleh admin Twitter Chelsea ini dan ada mengan ini troll yang sangat epik dan halus permainannnya.

BACA:  Ronaldo Tipu Evra Kononnya Akan Kembali Bersama Sir Alex Di Man Utd