Minggu lalu Virgil Van Dijk telah digelar sebagai angkuh kerana memandang rendah lawan dan kini serangan ke atas pemain pertahanan Liverpool berterusan lagi apabila telah dilaber sebagai malas dan tidak serius dengan bersikap acuh tak acuh ketika melakukan kesilapan.
Tidak dapat dinafikan lagi, pemain berusia 29 tahun itu merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia namun beliau telah dilabel dengan pelbagai gelaran sejak musim baru kembali bersambung.
Sebelum ini pengulas Sky Sports yang merupakan bekas pemain Liverpool telah membidas Van Dijk sebagai angkuh ketika berjaya menewaskan Leeds 4-2 pada perlawanan pertama Premier League musim 2020/21.
Liverpool's Virgil van Dijk branded 'lazy' and 'nonchalant' in bizarre attack by former Ajax starhttps://t.co/2hMCSln6lS
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 21, 2020
Kini bekas bekas pemain pemain PSV, Wim Kieft telah membuat serangan terbaru ke atas Virgil Van Dijk dengan tuduhan lebih berat. Menurut Wim Kieft:
“Dia tidak sharp(tajam), bersama skuad Liverpool dan Belanda, dia berkelakuan seperti seorang bintang yang besar, jurulatih yang hebat dan jelas menunjukkan beliau tidak menyukai rakan-rakan sepasukannya.”
“Pada masa yang sama juga, cara permainnya sangat malas dengan sikap acuh tidak acuh. Van Dijk melakukan kesilapan dan selalu meninggalkan kerja seorang pertahanan dalam perlawanan. Dengan status beliau sepatutnya beliau berada di depan untuk menghadapi lawan.”
Van Dijk branded ‘lazy and nonchalant’ as former Netherlands star Kieft takes aim at Liverpool defender https://t.co/jPiuwDcm1a pic.twitter.com/NsrKao6VqA
— Goal Africa (@GoalAfrica) September 21, 2020
Wim Kieft turut mencadangkan supaya Van Dijk terus berusaha untuk meningkatkan prestasi secara berterusan dan tidak berasa selesa selepas berada di puncak.
“Van Dijk mengambil masa yang lama untuk mengecap puncak peringkat antarabangsa, beliau kini berada di puncak untuk tempoh dua musim sekarang, tetapi yang paling penting Van Dijk sangat kritikal dengan diri sendiri dan persekitaran juga memain peranan penting dalam hal ini.”
“Namun segalanya okay jika pelatih Van Dijk berterusan menyedarkan beliau.”
Sikap malas dan acuh tidak acuh Van Dijk ketika bermain digelar ‘too casual’ oleh kebanyakkan peminat Liverpool yang pantang apabila Van Dijk dikritik lalu membuat senarai panjang trofi dan anugerah dikecap Van Dijk.
Apa yang diutarakan oleh Wim Kieft adalah kebimbangan beliau jika sikap ini berterusan dipamerkan Van Dijk dan selesa dengan pencapaiannya kini akan membantutkan prestasi pemain pertahanan itu.
Impaknya akan turut dirasai oleh skuad Belanda. Teguran dari bekas pemain Belanda yang memegang 42 caps adalah untuk kebaikan semua supaya Van Dijk tidak lupa diri dan besar kepala.
Van Dijk Angkuh
Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk telah membalas semula kritikan yang dilemparkan ke atas beliau apabila dilabel sebagai angkuh ketika perlawanan menentang Leeds United.
Ekoran kesilapan bodoh, dungu dan tidak berakal yang mengakibatkan Leeds United mendapat jaringan kedua yang gratis, kebanyakkan pengulas sukan menggelar Van Dijk sebagai angkuh.
Liverpool dan Leeds telah menyajikan satu permainan yang penuh menghiburkan dan menakjubkan pada hari pembukaan Premier League musim 2020/21.
Aksi kejar mengejar pasukan yang menjadi pendatang baru Premier League ke atas penyandang juara nyata sesuatu yang akan diingati dan akhirnya seperti biasa kemenangan menjadi milik Liverpool.
Mohamed Salah mencetak hatrik dalam perlawanan ini dan dua daripadanya adalah dari sepakan penalti, kini penalti sudah diiktiraf oleh penyokong Liverpool sebagai sebahagian dari bola sepak.
Penalti tidak lagi menjadi hak mutlak Manchester United.
ex Aston Villa's Agbonlahor: "Van Dijk is a great defender but yesterday’s performance was arrogant;, but when people start putting him in the Kompany & Rio Ferdinand bracket… I think people forget how good certain players were as time goes by. He isn't in that bracket yet."
— M•A•J (@Ultra_Suristic) September 13, 2020
Virgil Van Dijk merupakan seorang lagi penjaring Liverpool dalam perlawanan itu, namun aksi malas dan bersahaja(too casual) beliau telah mendapat kritikan.
Namun Van Dijk membalas semula kritikan itu dalam temuramah bersama beIN Sports.
“Ini adalah salah satu daripadanya, satu situasi yang boleh terjadi.”
“Aku sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan itulah yang aku lakukan. Malangnya gol telah terhasil dari situasi itu dan aku tak bimbang pun tentang perkara ini.”
Best in world apparently pic.twitter.com/UBobHPmSKG
— Mctominesque (@dentonreds6805) September 12, 2020
Kemudian Van Dijk menambah lagi dan berbicara mengenai perlawanan menentang Leeds United.
“Kami sudah menjangkakan perlawanan akan berlangsung sengit.”
“Tiada ada seorang pun yang mahu bolos tetapi ini merupakan perlawanan yang sengit untuk kedua-dua pasukan. Kami telah berlatih untuk menghadapinya dan kami tahu ini boleh terjadi.”
“Kutipan mata sangat penting, Leeds akan mendatangkan masalah kepada banyak pasukan di liga, aku fikir sangat bagus bagi kami untuk untuk mendapat 3 mata. Tapi masih ada benda yang perlu diperbaiki.”
Itulah jawapan balas Van Dijk kepada kritikan yang menyatakan beliau angkuh dan mengakui perkara sedemikian akan selalu terjadi dalam perlawanan.
Jamie Redknapp Insan Pertama Melabel Van Dijk Angkuh
Pengulas Sky Sports, Jamie Redknapp merupakan insan dan manusia pertama melabel pemain pertahanan terbaik dunia dan Liverpool sebagai pemain yang angkuh.
Ketika berbicara semasa perlawanan Jamie Redknapp tanpa berselindung atau takut diserang penyokong Liverpool yang cepat koyak berkata:
“Itu tindakan yang sangat angkuh.”
🎙️ "This could be 7-7! Van Dijk, that is too arrogant!"
From hero to villain! Van Dijk nonchalantly tries to bring down an innocuous long ball but gifts it to Bamford! 🎁
📺 Watch on Sky Sports PL
📱 Follow #LIVLEE here: https://t.co/phYFPLE2op
📲 Download the @SkySports app! pic.twitter.com/z3eE4imT9I— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 12, 2020
“Van Dijk cuba melakukan satu flick berbanding berdepan dengan bola. Mungkin ini kerana Leeds United pasukan baru dan Van Dijk menganggapnya terlalu mudah.”
“Tetapi Patrick Bamford telah diberikan hadiah oleh Van Dijk.”
Selain Redknapp bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher dan bekas peyerang Aston Villa, Gabriel Agbanlahor juga turut melabel Van Dijk sebagai angkuh.
Mirror: https://t.co/AvE0APFD8A – Virgil van Dijk responds to Jamie Carragher labelling him "arrogant" #LFC
— Anfield Road (@anfieldroad) September 14, 2020
Itulah pendapat Redknapp yang menanggap Van Dijk angkuh kerana memandang rendah kepada pendatang baru Prmeier League, Leeds United, tetapi akhirnya di hukum. Mujur menang.
Untuk rekod, Satu kesilapan yang dipanggil ‘errors leading to goals’ dilakukan oleh Van Dijk pada setiap musim bermula musim 2018/19.
1. 2018/19 vs. Fulham (Away)
2. 2019/20 vs. Arsenal (Away)
3. 2020/21 vs. Leeds (Home)