Senarai 10 Pemain Paling Kerap Menangis Dalam Dunia Bola Sepak

Senarai pemain yang paling kerap menangis dalam sejarah dunia bola sepak telah didedahkan, dengan mereka yang selalu menitiskan air mata ketika aksi dalam perlawan penting berada di senarai tertinggi.

Beremosi tak semestinya ‘koyak’ atau mengamuk dengan menangis juga sebenarnya turut dianggap sebagai beremosi tidak kira lah sama ada menangis kegembiraan atau pun menangis kesedihan.

Pengurus skuad wanita Northern Ireland, Kenny Shiels pernah mendedahkan yang pemain wanita sebenarnya lebih  beremosi berbanding pemain lelaki, namun hal itu sama sekali tidak dipersetujui oleh Laura Woods.

Hakikatnya lelaki juga boleh menangis dan terikut-ikut dengan emosi mereka tidak kira dalam situasi apa sekalipun.

Bukti paling nyata lihat saja bagaimana aksi antara Man City bertemu Atletico Madrid kemarin, dengan para pemain kedua-dua pasukan bergaduh dari perlawanan berlangsung hinggalah selepas tamat perlawanan tersebut.

Hal itu sudah cukup untuk membuktikan yang lelaki juga mampu terikut-ikut dengan emosi dan hilang pertimbangan dek kerana kegagalan mereka itu.

Walaupun Stefan Savic antara pemain paling samseng dalam perlawanan itu, dengan beliau dilihat menarik rambut Grealish dan turut mengajak bintang England itu bertumbuk, namun beliau sebenarnya tidak tersenarai dalam senarai pemain paling beremosi dalam sejarah dunia bola sepak.

Diego Simeone sementara itu sememangnya layak untuk dianggap sebagai pengurus paling beremosi dalam dunia bola sepak kerana hal itu sangat jelas dan ketara.

Baru-baru ini, Bonusfinder telah membuat analisis dan menyenaraikan senarai pemain paling kerap menangis dengan mengambil kira siapa yang kerap menangis dalam perlawanan penting, menangis ketika perlawanan terakhir sebelum bersara, tersingkir di pusingan kalah mati dan aksi dalam perlawanan akhir.

Melihat kepada semua itu, maka tak mengejutkan sama sekali untuk melihat nama Neymar berada di kedudukan teratas dalam senarai ini kerana bintang Brazil itu sememangnya sering gagal untuk menahan air matanya setiap kali beliau berdepan situasi yang membolehkan beliau untuk menangis.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pula berada di kedudukan kedua dalam senarai ini dengan beliau juga sebenarnya memiliki jiwa yang hampir sama seperti Neymar.

Senarai 10 pemain paling kuat menangis:

10- Mario Balotelli

9- David Beckham

8- Mohamed Salah

7- John Terry

6- Lionel Messi

5- Sergio Aguero

4- Paul Gascoigne

3- Luis Suarez

2- Cristiano Ronaldo

1- Neymar

Kebanyakan pemain sememangnya terkenal dengan detik kerap menangis dengan rata-rata mereka dalam senarai ini sudah berkali-kali menangis di depan kamera atas pelbagai alasan.

Detik paling terkenal melibatkan Neymar adalah ketika aksi kekalahan PSG bertemu Bayern Munich dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2020 yang lalu.

Ronaldo pula sering dilihat menangis ketika skuadnya bermain dengan sangat teruk atau ketika beliau gagal untuk melakukan apa-apa untuk membantu skuadnya.

Namun sekarang beliau dah tak menangis, sebaliknya beliau meluahkan rasa kecewanya dengan menghempas telefon bimbit peminat.

Nama Ronaldo hangat dibualkan selepas aksi kekalahan Man United di tangan Everton sebelum ini, kerana beliau ketika itu dengan sengaja telah menghempas telefon bimbit milik penyokong pasukan tuan rumah ketika sedang berjalan menuju ke terowong selepas tamat perlawanan.

Di kedudukan ketiga merupakan Luis Suarez dan peminat akan segera teringat bagaimana tangisan beliau ketika Liverpool keciciran mata dan menyebabkan mereka gagal untuk menjuarai saingan Premier League sebelum beliau akhirnya memilih untuk sertai Barcelona.

Musim lalu, Luis Suarez turut dilihat mengambil masa yang panjang melayan air mata, ketika meraikan kejayaan Atletico Madrid menjuarai saingan La Liga pada musim lalu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kesebelasan Utama Terbaik Yang Pernah Dilatih Carlo Ancelotti