Senarai Kekayaan 20 Pemilik Pasukan Premier League Selepas Newcastle Diambil Alih

Senarai pemilik pasukan terkaya dalam premier league bakal berubah selepas proses penjualan pasukan Newcastle oleh Mike Ashley berjaya disempurnakan.

Newcastle akan memiliki pemilik terkaya di Liga Perdana, sekiranya Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyelesaikan pengambil alihan sensasinya.

Hal ini kerana era Mike Ashley bersama Newcastle dilaporkan bakal berakhir selepas Public Investment Fund Of Saudi Arabia semakin menghampiri untuk mengambil alih pasukan dengan nilai £300 juta.

TalkSPORT telah menyenaraikan senarai kekayaan yang menampilkan pemilik terkaya dari semua 20 kelab Liga Perdana, dengan Putera Mahkota Arab Saudi mendahului senarai.

Menurut laporan sama juga, jumlah kekayaan pemilik baru Newcastle adalah sekitar £260bn, jauh meninggalkan pemilik pasukan City yang berada di kedudukan kedua dengan kekayaan bernilai £23.3bn.

Mansour dan Abu Dhabi United Group telah membeli City pada tahun 2008 dan mereka telah membawa suasana berbeza di sana.

Mereka juga telah menaikkan taraf Manchester City sebagai salah sebuah pasukan gergasi di dunia kini.

Berikut adalah senarai kekayaan 20 pemilik pasukan di Premier League yang dikeluarkan oleh TalkSPORT.

Senarai Kekayaan Pemilik Pasukan Premier League:

20. Norwich City: Delia Smith dan Michael Wynn-Jones (£23 juta)

19. Burnley: Mike Garlick (£62 juta)

18. Watford: Gino Pozzo (£93 juta)

17. Sheffield United: Prince Abdullah bin Musa’ed (£198 juta)

16. Bournemouth: Maxim Demin (£900 juta)

15. West Ham United: David Sullivan dan David Gold (£1.2bn)

14. Brighton and Hove Albion: Tony Bloom (£1.3bn)

13. Everton: Farhad Moshiri (£1.5bn)

12. Liverpool: John Henry (£2.1bn)

11. Crystal Palace: Joshua Harris (£2.7bn)

10. Southampton: Gao Jisheng (£3.1bn)

9. Manchester United: Glazers (£3.6bn)

8. Tottenham Hotspur: Joe Lewis (£3.9bn)

7. Leicester City: Aiyawatt Srivaddhanaprabha (£4.6bn)

6. Aston Villa: Nassef Sawiris (£5bn)

5. Wolverhampton Wanderers: Guo Guangchang (£5.2bn)

4. Arsenal: Stan Kroenke (£6.8bn)

3. Chelsea: Roman Abramovich (£9.6bn)

2. Manchester City: Sheikh Mansour (£23.3bn)

1. Newcastle United: Public Investment Fund of Saudi Arabia (£260bn)

Sejak kebelakangan ini ramai pemain bintang dikaitkan untuk sertai Newcastle.

Kylian Mbappe,Moussa Dembele, Boubakary Soumare dan Kyle Walker, Edinson Cavani, Dries Mertens dan Arturo Vidal antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle.

Mereka dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas pengurus pasukan Juventus Massimiliano Allegri dan Mauricio Pochettino untuk menggantikan Steve Bruce.

BACA:  10 Pemain Bola Sepak Yang Juga Pemilik Kelab