Senarai Lima Pemain Paling Banyak Catat Assists Dalam Saingan La Liga Dalam Tempoh Sedekad Ini

Premier League, Serie A, Bundesliga, Ligue 1 dan La Liga merupakan lima liga utama di benua Eropah dan tidak keterlaluan untuk katakan ia juga yang terbaik di dunia.

La Liga mungkin tidak mempunyai nama yang lebih besar berbanding Premier League, namun saingan liga mereka menghasilkan begitu ramai pemain berkelas dunia.

Ramai bintang-bintang besar dalam dunia bola sepak menjadikan La Liga sebagai rumah kedua dan platform untuk mereka mencipta nama.

Dua kuasa besar dalam dunia bola sepak, Barcelona dan Real Madrid dianggap gergasi besar dalam saingan La Liga, begitu juga dengan Atletico Madrid.

La Liga juga tidak sehebat Premier League dari segi marketing dan kewangan, namun tidak dinafikan mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Antara kelebihan yang nyata dan pasti adalah La Liga senantiasa dibanjiri dengan pemain yang penuh dengan teknik dan berkemahiran tinggi.

Kebanyakan legenda terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak pernah menghabiskan masa mereka untuk beraksi dalam saingan liga bola sepak di Sepanyol.

Menariknya lagi, kebanyakan pemenang anugerah Ballon D’or juga merupakan pemain yang beraksi dalam saingan La Liga, dan itu adalah bukti nyata yang mereka sememangnya saingan liga yang paling banyak menghasilkan pemain berbakat.

Kebanyakan pemain yang beraksi dalam saingan La Liga juga merupakan pemain yang paling ikonik pernah ada dalam sukan ini, dan sering dianggap antara yang terbaik dari yang terbaik.

Messi antara pemain paling banyak memenangi anugerah Ballon D’or

Bermula pada 2011 hingga 2021 ini sahaja, La Liga sebenarnya telah banyak menghasilkan detik-detik yang membuatkan para penonton teruja untuk menyaksikan saingan liga utama Sepanyol itu.

Seperti kebiasaannya, Barcelona dan Real Madrid merupakan kuasa besar di Sepanyol, namun Atletico Madrid juga harus diberi perhatian atas kebangkitan mereka sejak kebelakangan ini.

Los Rojiblancos yang dikendalikan oleh Diego Simeone dianggap antara pasukan terhebat di benua Eropah ketika ini dengan mereka telah berjaya memenangi dua kali gelaran La Liga dalam tempoh sedekad ini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo jelas sekali merupakan dua pemain terhebat dunia, terutama sekali ketika karier bintang Portugal itu bersama Real Madrid.

Kedua-dua mereka jelas mendominasi pentas dunia bola sepak dalam tempoh sedekad ini dan kerana itulah mereka dianggap pemain terhebat sepanjang zaman.

Selain memiliki ramai pemain penyerang klinikal dan mempunyai penyudah yang tajam, La Liga juga kerap menghasilkan pemain yang kreatif dan mampu mencipta assists secara konsisten.

Berikut merupakan senarai lima pemain paling banyak mencatatkan assists dalam saingan La Liga dari tahun 2011 hingga 2021.

1) Lionel Messi (Barcelona) – 136 assists

Sudah terang lagi bersuluh, nama Lionel Messi akan kekal menerajui segala carta yang ada dalam saingan La Liga atas persembahan dan kehebatan yang beliau pamerkan sepanjang beraksi bersama Barcelona.

Lionel Messi jelas sekali merupakan pemain paling kreatif dalam sejarah La Liga, bahkan boleh dianggap di mana saja di seluruh dunia.

Beliau boleh dikatakan telah mencatatkan statistik berganda berbanding pemain lain dan telah merekodkan assists yang jauh lebih banyak berbanding mana-mana pemain dalam tempoh sedekad ini.

Pemain kebangsaan Argentina itu dianggap sebagai pemain terbaik kelab sejak dari awal debutnya pada 17 tahun yang lalu.

Lionel Messi mendahului kesemua pemain dari segi jaringan terbanyak dalam saingan La Liga dan turut merekodkan assists terbanyak.

Jadi sangat jelas yang beliau bukan hanya mempunyai kualiti penyudah yang padu, namun turut mempunyai kreativiti yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bintang berusia 34 tahun itu memikul Barcelona di atas bahunya secara bersendirian sejak beberapa musim kebelakangan ini, dan kerana itulah pihak kelab sanggup lakukan apa saja untuk pastikan beliau kekal di Nou Camp.

Messi jelas dianggap pemain terhebat dalam sejarah La Liga selepas kejayaannya membantu Barcelona memenangi 10 gelaran liga dalam tempoh 17 tahun kariernya.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu telah berjaya mencatatkan 136 assists untuk Barca dalam saingan La Liga dalam tempoh sedekad ini.

Antara musim terbaiknya adalah pada musim 2019/20 yang mana beliau pada ketika itu berjaya mencatatkan 21 assists dalam saingan La Liga.

2) Karim Benzema (Real Madrid) – 83 assists

Legasi Karim Benzema dilihat semakin membaik dan menunjukkan peningkatan yang sangat positif dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau telah menunjukkan kemampuan sebenarnya dan telah menjadi pemain terpenting kelab selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo.

Pemain kebangsaan Perancis itu ketika awal kariernya, beliau sering dibayangi oleh Cristiano Ronaldo, dan menyebabkan beliau tidak begitu menonjol.

Kerja keras dan usaha beliau telah menjadi kunci mengapa beliau masih diperlukan oleh kelab dan turut mengharungi karier yang gemilang sejak menyertai Real Madrid pada tahun 2009 lalu.

Beliau berjaya menunjukkan kemampuannya baik dari segi menjaringkan gol dan juga mencatatkan assists untuk rakan sepasukannya.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menjadi penjaring terbanyak kelab dalam setiap musim sejak tiga musim kebelakangan ini, dan turut menunjukkan kreativiti beliau dalam mencatatkan assists.

Secara keseluruhannya, Karim Benzema telah mencatatkan 83 assists dalam saingan La Liga sejak sedekad lalu, dan turut menjadi pemain terpenting kelab pada ketika ini.

3) Cristiano Ronaldo (Real Madrid) – 69 assists

Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Real Madrid pada tahun 2018 yang lalu, namun beliau masih lagi berada di kedudukan ketiga sebagai pemain paling banyak mencatatkan assists dalam tempoh sedekad ini.

Pemain kebangsaan Portugal itu menghabiskan masa selama sembilan tahun di Santiago Bernabeu dan beliau pergi meninggalkan kelab sebagai salah seorang penjaring dan pemain terhebat dalam sejarah kelab.

Cristiano Ronaldo dianggap sebagai yang terhebat dari yang terhebat kerana kemampuan beliau untuk menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan.

Namun begitu, kemampuan beliau dalam mencatatkan assists juga tidak kurang hebatnya dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Pemain kebangsaan Portugal itu telah banyak membantu Real Madrid memenangi pelbagai kejuaraan dan beliau turut berjaya memenangi pelbagai anugerah peribadi sepanjang beraksi bersama Los Blancos.

Cristiano Ronaldo telah berjaya mencatatkan 69 assists dalam saingan La Liga dari tahun 2011 hingga 2018, dengan beliau turut berjaya membantu kelab memenangi dua kali gelaran La Liga sepanjang tempoh tersebut.

4) Luis Suarez (Barcelona / Atletico Madrid) – 66 assists

Luis Suarez telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika kariernya dalam saingan Premier League, walau terlibat dengan beberapa isu kontroversi.

Beliau kemudiannya melengkapkan perpindahan mega menyertai Barcelona pada tahun 2014 dan turut berjaya mengekalkan aksi cemerlangnya di Nou Camp.

Pemain kebangsaan Uruguay itu awalnya dilihat agak sukar untuk membiasakan diri, namun beliau berjaya juga untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di Nou Camp.

Musim kedua bersama Barca, beliau berjaya membantu kelab untuk memenangi gelaran treble, seterusnya menjadi peledak utama skuad.

Selama beberapa tahun, beliau membentuk gandingan bersama Neymar dan Messi dengan trio mereka digelar ‘MSN’ berjaya mendominasi dunia bola sepak.

Beliau masih kekal menjadi penjaring gol utama kelab selepas pemergian Neymar untuk menyertai Paris Saint Germain.

Suarez tidak memerlukan masa yang lama untuk dianggap sebagai legenda kelab, dengan kehandalan beliau berjaya membantu Barcelona memenangi pelbagai kejuaraan.

Beliau walau bagaimanapun telah berdepan dengan kritikan teruk dan dijual tanpa maruah oleh kelab pada tahun lalu.

Namun begitu, bekas bintang Ajax itu telah membuktikan yang beliau masih tajam dan berbisa dengan membantu Atletico untuk menjuarai saingan La Liga musim lalu.

Barcelona tentunya menyesal melepaskan beliau kepada Atletico, apa lagi selepas melihat aksi hebatnya beraksi bersama skuad kendalian Diego Simeone itu.

Luis Suarez telah berjaya mencatatkan 66 assists dalam saingan La Liga, dan beliau mencatatkan rekod tersebut walau hanya baru beberapa musim beraksi di Sepanyol.

5) Koke (Atletico Madrid) – 60 assists

Koke dianggap sebagai salah seorang pemain yang paling underrated tetapi tak dinafikan beliau juga seorang pemain paling efektif dalam dunia bola sepak.

Dalam erti kata lain, pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan salah seorang pemain terpenting untuk Atletico Madrid dibawah kendalian Diego Simeone.

Pemain berusia 29 tahun itu menghabiskan masa selama 11 tahun di akademi Atletico sebelum diserap masuk ke skuad utama pada tahun 2011.

Sejak itu, beliau telah membuat 502 penampilan dalam semua pertandingan untuk Atletico Madrid, dan juga dianggap nadi penting dalam kebangkitan kelab sepanjang sedekad ini.

Koke tidak dinafikan lagi merupakan salah seorang pemain midfield paling konsisten dalam saingan La Liga dalam tempoh sedekad ini.

Dengan vision beliau yang luar biasa menakjubkan dan ditambah pula dengan tekniknya yang mengagumkan, Koke banyak membantu Atletico ketika memenangi dua gelaran La Liga mereka dalam tempoh sedekad ini.

Beliau banyak belajar dan mendapat bimbingan dari Gabi di posisi midfield sejak beberapa tahun awal debutnya, sebelum mengetuai kelab untuk memenangi gelaran La Liga musim lalu.

Koke juga merupakan salah seorang pemain serba lengkap dalam dunia bola sepak, dengan beliau begitu efektif ketika melancarkan serangan, dan berkemampuan untuk mematahkan serangan lawan.

Beliau dalam tempoh sedekad ini telah berjaya mencipta 60 assists dan telah dianggap sebagai salah seorang legenda untuk Atletico Madrid.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Senarai 10 Pengurus Terbaik UCL Sepanjang Zaman