Jika sebelum ini kita dah lihat senarai pemain yang menerima gaji terlalu tinggi tetapi tidak memberi sumbangan kepada pasukan(Rujuk link)
Kini kita akan senaraikan pula senarai pemain hebat dan berguna untuk pasukan Tetapi mendapat gaji yang agak rendah.
Berikut adalah 5 pemain yang agak underpaid di Eropah.
1. Sadio Mane – Liverpool
Mane adalah pemain yang telah menikmati dua musim yang cemerlang bersama pasukan Liverpool. Beliau antara nadi serangan utama untuk pasukan Liverpool bersama Firmino dan Mo Salah.
Hebatnya Sadio Mane ni sampai Lionel Messi sendiri mengundi beliau untuk menjadi pemain terbaik di dunia. Beliau berada di ranking ketiga Ballon d’Or pada tahun 2019 dan menjadi pemain terbaik Afrika musim ini.
Sadio Mane hanya menerima £100,000 seminggu di Liverpool pada ketika ini. Sebab itu Real Madrid sangat yakin dapat memujuk Mane menyertai mereka dengan gaji lebih lumayan.
Namun buat masa ini, bekas pemain Southampton ini selesa di Anfield, walaupun gajinya lebih rendah daripada Adam Lallana dan Naby Keita.
Mungkin dalam kontrak baharu beliau akan mendapat lebih £200,000 seminggu? Siapa Tahu kan.
2. Trent Alexander Arnold – Liverpool
Pemain ini dianggap antara bek kanan terbaik di dunia ketika ini kerana kecerdasan dalam melakasanakan taktikal.
Trent Alexander-Arnold's game by numbers vs. West Ham:
100 touches
34 successful passes
19 crosses
6 chances created
4 shots
3 tackles
2 assistsLiverpool's playmaker extraordinaire. 🎩 pic.twitter.com/Ct3B4gprql
— Squawka Football (@Squawka) February 24, 2020
Beliau menjadi bek sisi yang sangat kreatif dengan menyumbang banyak assist untuk Liverpool.
Namun begitu, Trent Alexander Arnold hanya menerima £40,000 seminggu ketika ini.
Pastinya pada kontrak baharu beliau akan meningkat mendadak kerana pencapaiannya.
3. Lautaro Martinez – Inter Milan
Antara penyerang paling on form musim ini. Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan terutama sekali Barcelona.
Barcelona might want Lautaro Martinez 💰
But he doesn't want them…apparently 🤷♂️
— Goal News (@GoalNews) February 16, 2020
Ketika ini Martinez menikmati gandingan yang cemerlang bersama dengan Romelu Lukaku di Inter Milan.
Penyerang kebangsaan Argentina ini hanya menerima £50,000 seminggu di dalam kontrak yang ada klausa pelepasan sekitar £100 juta itu.
Namun Inter Milan percaya pemain itu akan melanjutkan kontrak baharu di Inter Milan dengan bayaran lebih lumayan.
4. Jadon Sancho – Borussia Dortmund
Pemain kebangsaan England ini terus cemerlang bersama Borussia Dortmund musim ini.
Sancho agent was at Anfield tonight pic.twitter.com/uF08L4w4Rx
— AnfieldView (@james79rigby) February 25, 2020
Musim lalu Borussia Dortmund meletakkan tanda harga £90 juta untuk pemain remaja tersebut.
Dan musim ini angka itu dinaikkan kepada £100,000 juta.
Tanda harga yang tinggi tidak bermaksud pemain ini memiliki gaji yang tinggi. Beliau menerima hanya £38,000 seminggu di Signal Iduna Park.
Dikaitkan dengan perpindahan kembali semula ke EPL. Beliau menjadi perhatian Man United, Chelsea dan sang penakluk dunia, Liverpool.
5. Leroy Sane – Manchester City
Beliau menjadi nadi penting Manchester City dalam mempertahankan kejuaraan liga dua musim berturut-turut.
Sane merupakan pemain sayap yang laju dan lincah. Beliau dikatakan sedang berusaha untuk pulang semula ke Jerman untuk menyertai Bayern Munich.
Pemain kebangsaan Jerman itu dikatakan hanya menerima £90,000 di Man City. Mungkin angka itu agak besar.
Leroy Sane’s 17/18 premier league season was one of the best for a 22 year old. He had 10 goals and 15 assists in the premier league. Only De Bruyne had more assist than him that season (16). pic.twitter.com/BcJYczxNyf
— myfootballopinions (@myfootballopin3) February 17, 2020
Cuma dibandingkan dengan rakannya yang lain menerima £300,000 seminggu – iaitu Raheem Sterling.
Dan pemain seperti John Stones serta Otamendi menerima gaji jauh lebih besar daripada beliau.
Semoga saja pihak pengurusan setiap pasukan mengambil berat isu ini dan meneliti semula gaji yang terlalu rendah untuk pemain berguna seperti ini.