Senarai Pembelian Terbaik Manchester United Selepas Era Alex Ferguson

Juan Mata telah dinamakan sebagai pembelian terbaik Manchester United sejak pemergian Sir Alex Ferguson oleh peminat melalui sesi undian atas talian.

Pemain Sepanyol itu mula sertai setan merah dari Chelsea pada Januari 2014 dengan nilai perpindahan £37 juta.

Sepanjang kariernya bersama United, Mata telah berjaya menjaringkan 48 gol dari 249 penampilan bersama pasukan.

Walau Mata tidak lagi menjadi pemain utama ketika ini, para peminat setan merah tetap menganggap beliau yang terbaik dan telah berbakti untuk pasukan dengan sangat baik.

BBC Sport telah membuat satu undian untuk menentukan penandatanganan terbaik setan merah sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Juan Mata menerima undian yang tertinggi antara yang lain dengan lebih dari 34.2 ribu undian.

Zlatan Ibrahimovic menduduki kedudukan kedua dalam senarai dengan menerima lebih dari 31.2 ribu undi dari peminat untuknya.

Zlatan Ibrahimovic berjaya menjaringkan 29 gol dari 53 perlawanan bersama United ketika mereka berjaya memenangi gelaran trble pada musim 2016/17.

Penjaga gol kedua United yang telah mempamerkan aksi cukup mantap sebagai pengganti De Gea, Sergio Romero berada dikedudukan ketiga dengan menerima lebih dari 29.9 ribu undian.

Tempat keempat menjadi milik penandatanganan United pada musim panas lalu, Aaron Wan Bissaka dengan menerima lebih dari 28.9 ribu undian.

Beliau kini sering diberi kepercayaan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebagai pemain utama sejak ditandatangani dari Crystal Palace dengan nilai £50 juta tahun lalu.

Ander Herrera berada dikedudukan kelima dengan menerima lebih dari 28.5 ribu undian. Ini membuktikan bahawa para peminat sebenarnya masih menyayangi beliau dan sangat kecewa kerana dilepaskan oleh United kepada PSG secara percuma.

Dua lagi penandatanganan baru setan merah pada musim panas lalu, Daniel James dan Harry Maguire menduduki kedudukan ke enam dan tujuh dalam senarai dengan masing-masing menerima 28.2 ribu dan 24.2 ribu undian.

Victor Lindelof dan Daley Blind pula menduduki kedudukan ke lapan dan sembilan senarai dengan masing-masing menerima 23.8 ribu dan 22.9 ribu undian.

Romelo Lukaku melengkapkan senarai 10 penandatanganan terbaik setan merah dengan mendahului satu anak tangga diatas Anthony Martial dan penandatanganan termahal United, Paul Pogba pula berada di kedudukan ke-18 dalam senarai.

Radamel Falcao telah diundi sebagai penandatanganan paling gagal dengan menduduki kedudukan ke-28 dalam senarai.

Falcao menandatangani perjanjian bersama setan merah dari Monaco pada musim 2013/14 namun beliau gagal memberi impak untuk pasukan seperti yang diharapkan.

Alexis Sanchez berada dikedudukan kedua tercorot dalam senarai dan pemain seperti Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian, Angel di Maria dan Memphis Depay kesemuanya berada di kedudukan terbawah dalam senarai.

Penandatanganan Januari seperti Bruno Fernandes dan Odion Ighalo tidak dicalonkan dalam undian ini kerana mereka belum sempat beraksi selama separuh musim pun lagi untuk setan merah.

Berikut merupakan senarai keputusan undian peminat di BBC Sport untuk penandatanganan terbaik United sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Senarai penandatanganan terbaik Manchester United:

1. Juan Mata – 34.2 ribu undian

2. Zlatan Ibrahimovic – 31.2 ribu undian

3. Sergio Romero – 29.9 ribu undian

4. Aaron Wan-Bissaka – 28.9 ribu undian

5. Ander Herrera – 28.5 ribu undian

6. Daniel James – 28.2 ribu undian

7. Harry Maguire – 24.2 ribu undian

8. Victor Lindelof – 23.8 ribu undian

9. Daley Blind – 22.9 ribu undian

10. Romelu Lukaku – 21.2 ribu undian

11. Anthony Martial – 20.8 ribu undian

12. Nemanja Matic – 19.7 ribu undian

13. Diogo Dalot – 16.9 ribu undian

14. Marouane Fellaini – 15.9 ribu undian

15. Fred – 15.57 ribu undian

16. Luke Shaw – 11.3 ribu undian

17. Eric Bailly – 9,189 ribu undian

18. Paul Pogba – 6,152 ribu undian

19. Victor Valdes – 4,604 ribu undian

20. Bastian Schweinsteiger – 3,394 ribu undian

21. Henrikh Mkhitaryan – 3,126 ribu undian

22. Marcos Rojo – 2,643 ribu undian

23. Memphis Depay – 2,227 ribu undian

24. Angel di Maria – 2,128 ribu undian

25. Matteo Darmian – 1,893 ribu undian

26. Morgan Schneiderlin – 1,316 ribu undian

27. Alexis Sanchez – 989 ribu undian

28. Radamel Falcao – 939 ribu undian

BACA:  Lima Pemain Asing Terhebat Dalam Saingan Premier League