Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Mengikut Posisi

Senarai penjaring terbanyak untuk setiap posisi telah didedahkan. Bermula dari penjaga gol yang paling banyak menjaringkan gol hingga ke posisi penyerang paling banyak menjaringkan gol.

Terdapat beberapa pemain yang sudah bergelar legenda turut berada dalam senarai ini. Sepanjang karier mereka, kesemua legenda ini banyak menyumbangkan gol untuk pasukan yang mereka wakili.

Pendahulu kepada kesemua pemain didalam senarai ini sudah pastinya legenda terkenal Brazil, Pele yang telah berjaya menjaringkan 727 gol sepanjang 21 tahun kariernya.

Berikut adalah senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman mengikut posisi masing-masing.

Senarai penjaring terbanyak mengikut posisi:

Penjaga Gol – Rogerio Ceni (131 gol dari 1990 – 2015)

Pertahanan kanan – Graham Alexander (107 gol dari 1988 – 2012)

Centre-back – Ronald Koeman (253 gol dari 1980 – 1997)

Pertahanan kiri – Paul Breitner (113 gol dari 1970 – 1983)

Central midfield kanan/Central midfield – Frank Lampard (274 gol dari 1995 – 2016)

Midfield kiri – John Wark (223 gol dari 1975 – 1997)

Sayap – Cristiano Ronaldo – (539 gol dari 2002 – kini)

Penyerang – Pele (727 gol dari 1956-1977)

Rogerio Ceni beraksi lebih dari 1000 perlawanan dari 25 tahun kariernya dan rekod yang telah beliau cipta itu sepertinya sangat sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana penjaga gol masa kini.

Pengurus pasukan Belanda, Ronald Koeman merupakan seorang pertahanan terbaik di eranya dengan berjaya menjaringkan 200 gol sepanjang kariernya.

Antara musim paling cemerlang sepanjang kariernya adalah dimusim 1987/88 dimana beliau menjaringkan 26 gol untuk PSV dari posisi centre-back.

Tiada yang mengejutkan apabila melihat nama Cristiano Ronaldo dan Pele berada didalam senarai pendahulu sebagai penjaring terbanyak memandangkan kepada reputasi mereka berdua.

Rekod jaringan yang dicipta oleh Pele sangat mengagumkan dan beliau juga antara legenda yang masih dikenang sehingga ke hari ini oleh semua peminat bola sepak.

Cristiano Ronaldo pula masih lagi aktif bermain untuk pasukan Juventus kini dan beliau juga masih tajam dihadapan gol. Jadi tidak mustahil untuk Ronaldo terus mencipta rekod yang lebih baik.

Musim lalu, pemain kebangsaan Portugal itu agak kurang menjadi dan hanya sekadar menduduki kedudukan ketiga dalam senarai pemenang Ballon d’or dibelakang Messi dan Van Dijk.

Musim ini Ronaldo kembali bangkit dan mempamerkan aksi mantap membantu Juventus untuk terus kekal menguasai saingan Serie A.

BACA:  Kenapa Pemain Gantian Jaring Gol Lebih Banyak Di Qatar Berbanding Edisi Yang Lalu?