Sepp Blatter Mahu United Kingdom dan Ireland Anjur Piala Dunia 2030

Bekas presiden FIFA, Sepp Blatter percaya England dan negara ‘Home Nations’ yang lain merupakan calon pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia pada edisi 2030.

England mengalami kekecewaan dalam undian untuk menganjurkan Piala Dunia 2018 apabila hanya menerima dua undian dalam undian pusingan pertama yang dilakukan pada tahun 2010.

Hak untuk menganjurkan Piala Dunia 2018 diberikan kepada Russia selepas mengenepikan cabaran sengit daripada Portugal/Sepanyol dan Belgium/Netherlands.

Sepp Blatter percaya negara sehebat United Kingdom merupakan calon utama untuk menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2030

Blatter merupakan tetamu khas kepada Presiden Russia, Vladimir Putin tetapi tidak diketahui sama ada beliau akan menghadiri perlawanan di antara Portugal dan Morocco hari ini.

Ketika bercakap kepada Sky Sports, Blatter percaya United Kingdom merupakan calon pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

“Saya percaya England berhak menganjurkan Piala Dunia. Kali terakhir mereka menganjurkannya adalah pada tahun 1966, dan ia sangat lama.”

“Dengan gabungan Scotland, Wales, Ireland Utara, dan Ireland, mereka merupakan salah satu calon pilihan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.”

“Dengan 48 pasukan bakal beraksi dalam Piala Dunia, anda memerlukan lebih dari satu negara untuk menganjurkan kejohanan tersebut.”

Blatter merupakan presiden FIFA ketika badan bolasepak tersebut menganugerahkan hak untuk menganjurkan Piala Dunia 2018 kepada Russia.

Tidak lama selepas itu, Blatter terpalit dengan skandal rasuah dalam FIFA dan menyebabkan beliau meletakkan jawatan yang disandangnya selama 17 tahun.

Blatter juga mengkritik proses undian untuk menganjurkan Piala Dunia 2026 yang telah dimenangi gabungan 3 negara dari Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Undian kali ini juga merupakan kali pertama undian negara-negara yang mengundi didedahkan kepada umum.

“Pemilihan harus dilakukan melalui peti undi rahsia, ia merupakan undang-undang FIFA dan terkandung dalam peraturan. Anda tidak boleh mengumumkan siapa undi siapa.”

“Ia merupakan perkara normal untuk melihat hak penganjuran Piala Dunia 2026 diberikan kepada benua Amerika Utara memandangkan mereka sepatutnya menganjurkan pertandingan tersebut pada tahun 2022.”

Blatter terpalit dengan skandal rasua, menyebabkan beliau terpaksa melepaskan posisi yang disandangnya selepas sekian lama. Sultan Bolo yang sebenar

Blatter kini sedang menjalani penggantungan dari segala aktiviti bola sepak selama 6 tahun sejak didakwa atas salah laku dalam FIFA pada tahun 2015.

“Saya gembira untuk kembali kerana saya merasakan Piala Dunia ini seperti saya yang punya. Saya telah bergiat aktif dalam 10 Piala Dunia sebelum ini dan kali ini saya tiba sebagai seorang tetamu.”

“Tetapi saya gembira untuk kembali berada di sini dan ‘menghidu’ bolasepak dan suasananya. Saya berasa sedikit diabaikan kerana saya sedang menjalani penggantungan, tetapi saya masih lagi presiden yang dipilih negara-negara FIFA.”

BACA:  Raheem Sterling Pertahan Tindakan Cacah Tatu M16 Di Kaki