Shawberto Carlos Tak Tersenarai Dalam Senarai Kesebelasan Terbaik Saingan Euro 2020

Bintang England, Kyle Walker, Harry Maguire dan Raheem Sterling kesemuanya tersenarai dalam senarai Euro 2020 Team Of The Tournament.

Harapan The Three Lions untuk menjulang kejuaraan Euro pertama mereka tahun ini terkubur selepas tewas di tangan Itali dalam aksi penentuan sepakan penalti di Wembley hujung minggu lalu.

UEFA kini telah mengeluarkan senarai Team Of The Tournament untuk pertandingan yang dilangsungkan pada musim panas ini, dengan tiga pemain England mendapat tempat.

Gianluigi Donnarumma yang telah dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan telah terpilih sebagai penjaga gol utama dalam senarai team of the tournament ini.

Beliau jelas layak untuk mengisi tempat tersebut memandangkan aksi hebat yang dipamerkan olehnya sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.

Di posisi centre-back pula, kedua-dua pemain yang beraksi di pentas perlawanan akhir, Leonardo Bonucci dan Harry Maguire telah terpilih untuk sertai senarai Team Of The Tournament ini.

Bonucci dan Giorgio Chiellini tidak dinafikan merupakan gandingan yang sungguh mantap sepanjang kejohanan ini hingga membantu Itali untuk menjuarai saingan Euro 2020.

Sementara Harry Maguire sendiri pula, beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di barisan pertahanan England.

Menyertai Bonucci dan Harry Maguire di posisi pertahanan dalam senarai ini adalah Kyle Walker dan bintang Itali, Leonardo Spinazzola yang diletakkan di posisi right-back dan left-back.

Walker telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan sepanjang kejohanan ini, dengan pengurus Roma, Jose Mourinho sendiri menamakan bintang Manchester City itu sebagai Player Of The Tournament pilihan beliau sendiri.

Shawberto Carlos dan Harry Kane tidak tersenarai dalam TOTT walau beraksi cemerlang

Spinazzola pula ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya di bawah kendalian Roberto Mancini, sebelum beliau mengalami kecederaan teruk ketika kejayaan menewaskan Belgium 2-1 di peringkat suku akhir.

Pemain full-back Itali yang ketika ini berusia 28 tahun itu berjaya menyingkirkan nama Luke Shaw untuk mendapat tempat sebagai kesebelasan terbaik saingan Euro 2020.

Shaw yang ketika ini berusia 26 tahun itu berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika aksi perlawanan akhir di Wembley, dan turut sering dipuji kerana mempamerkan aksi hebat sepanjang kejohanan ini.

Aksi mantap yang beliau pamerkan telah menyebabkan Shaw dianggap jelmaan semula legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos.

Bintang Itali, Jorginho yang dikatakan merupakan calon untuk menjadi penerima anugerah Ballon Dโ€™or tahun ini turut terpilih sebagai salah seorang pemain dalam senarai Team Of The Tournament ini.

Jorginho digandingkan bersama bintang muda Sepanyol, Pedri dan pemain midfield Denmark, Pierre-Emile Hojbjerg sebagai trio midfield dalam senarai Team Of The Tournament ini.

UEFA Euro 2020 Team of the Tournament

GK: Gianluigi Donnarumma (Itali)

RB: Kyle Walker (England)

CB: Leonardo Bonucci (Itali)

CB: Harry Maguire (England)

LB: Leonardo Spinazzola (Itali)

CM: Pierre-Emile Hojbjerg (Denmark)

CM: Jorginho (Itali)

CM: Pedri (Spain)

RW: Federico Chiesa (Itali)

ST: Romelu Lukaku (Belgium)

LW: Raheem Sterling (England)

Raheem Sterling menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan Euro 2020 ini satu gol dibelakang rakan sepasukannya, Harry Kane.

Namun begitu, beliau lebih dipilih untuk berada dalam Team Of The Tournament ini berbanding Harry Kane memandangkan bintang Manchester City itu telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup hebat dari awal mula saingan Euro 2020 ini.

Bintang Itali, Federico Chiesa dipilih sebagai pemain sayap kanan terbaik kejohanan dan digandingkan bersama penyerang Belgium, Romelu Lukaku yang dipilih sebagai penyerang terbaik.

Satu nama yang hilang dari senarai ini adalah penjaring terbanyak kejohanan Euro 2020, Cristiano Ronaldo yang mana skuadnya Portugal tersingkir di pusingan 16 terbaik kejohanan ini.

Terdapat banyak rumours yang mengatakan Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain yang tersenarai dalam senarai Team Of The Tournament ini namun kesemua berita itu hanyalah palsu semata-mata.

Cristiano Ronaldo menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini seterusnya memenangi anugerah kasut emas selepas mengatasi Patrik Schick dengan kelebihan satu assists selepas kedua-dua terikat dengan lima gol.

Romelu Lukaku menjaringkan empat gol dalam saingan Euro 2020 bersama Harry Kane, Emil Forsberg dan Karim Benzema.

Bagaimana dengan senarai Euro Team Of The Tournament ini? Selain Cristiano Ronaldo dan Shawberto Carlos nama siapa lagi yang sepatutnya ada? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

UEFA EURO 2020

BACA:ย  Lima Calon Kegemaran Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or