Sherwood Minta Penyokong United Tenang Sikit, Tiada Orang Pun Nakkan Rangnick Mereka

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Tim Sherwood percaya Ralf Rangnick boleh dianggap “bertuah” dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United yang baharu.

Menurut Sherwood, ianya selepas United gagal mendapatkan ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino ke kelab itu pada pertengahan musim. Maka mereka beralih kepada Rangnick untuk mengambil alih tugas sehingga akhir musim, sebelum dia akan mengambil jawatan perunding pada musim panas.

Pengurus yang berasal dari Jerman yang berpengalaman itu telah membawa beberapa perubahan sejak tiba di Old Trafford. Ini termasuk menggunakan sistem berwajah baharu dengan formasio 4-2-2-2, mempamerkan prestasi terbaik dan pencapaian mereka musim ini setakat ini.

Selain itu Manchester United turut bermain dengan high pressing di atas padang. Seterusnya, Manchester United mulai bernafsu untuk mengawal dan menguasai perlawanan berbanding dengan taktikal yang tidak tentu hala.

Walaupun memulakan kehidupan dengan aksi yang memberangsangkan di Old Trafford, malang sekali Tim Sherwood tetap tidak yakin dengan keputusan United untuk melantik pengurus berusia 63 tahun itu.

Dia tidak nampak di mana relevannya mereka melantik Rangnick.

Sherwood memberitahu Sky Sports: “Saya rasa penyokong Man United perlu tenang sedikit, jangan teruja sangat [dengan beberapa kemenangan dicapai].”

“Jika mereka bermain dengan cara yang dia mahukan, bermain menentang kalangan pasukan teratas dan menang, maka barulah kamu boleh memberikanya pujian.”

“Saya fikir dia telah bernasib baik untuk berada di tempat dia berada. Dia bertuah menjadi pengurus Man United, memaksukannya.”

“Sebab sebelum ini tiada orang lain yang mahukan dia [Rangic]. Lepas tu tiada perebutan dengan kelab lain untuk mendapatkannya. Dia tersedia dan mereka fikir dia adalah orang yang terbaik untuk mereka.”

“Dia kelihatan sangat baik bercakap dengan media – dia mengubah keadaan dengan cemerlang.

“Saya bukan peminat dan saya fikir adalah wajar untuk saya berhati-hati mengenainya [tentang komen saya ke atas pengurus mereka].”

“Saya telah melihat pengurus mereka ni bercakap dengan sangat baik. Perbincangan perlu dilakukan di atas padang dan kita perlu melihat peningkatan dalam Man United.

Seterusnya menurut Sherwood, prestasi Manchester United yang sekarang adalah perkar yang bukan luar biasa. Kerana sebelum ini mereka cuma gagal mencapai standard prestasi sepatutnya mereka berada.

Sambil menyatakan bahawa ilmu pengurusan Rangnick lebih baik daripada Ole. Itu yang membezakannya.

“Mereka gagal menyerlah, itu sahaja, dan saya menyatakannya berulang kali: seni pengurus yang baik adalah untuk mendapatkan yang terbaik daripada individu yang anda miliki.”

Setelah menggunakan sistem yang akan memberi tumpuan kepada kualiti pemain United yang high pressing di atas padang, Sherwood percaya United akan kelihatan lebih baik sebaik sahaja pemain seperti Raphael Varane kembali cergas.

Sherwood menambah: “Kunci untuk itu ialah, ketika dia terus bercakap tentang tekanan tinggi [high pressing] ini, sejauh mana pertahanan anda boleh bertahan di atas padang? Adakah anda mempunyai bahagian tengah yang boleh mempertahankan satu lawan satu sendiri?

“Pemain tengah anda kemudiannya akan lebih dekat dengan penyerang anda dan ia menjadikannya lebih mudah.”

“​​Kemudian pemain seperti [Cristiano] Ronaldo yang berusia 36 tahun akan dapat terhubung dengan rakan yang lain dan akan dapat menekan lawan.”

“Tetapi apabila Varane kembali, itu akan membantunya, kerana dia mempunyai rentak permainan yang sesuai. Di mana ia akan lebih baik daripada Harry Maguire masih belum dapat dilihat kualitinya setakat ini dalam gaya permainan ini.”

Nampaknya Tim Sherwood sengaja cari pasal ni.

BACA:  Jawapan Balas Padu Rangnick Kepada Ronaldo