Ralf Rangnick Mencadangkan Supaya Man Utd Ubah Cara Pemilihan Ketua Pasukan

Ralf Rangnick tampil mencadangkan kepada Manchester United supaya merancang untuk menukar ketua pasukan mereka pada musim hadapan.

Pengurus interim kelab itu mencadangkan supaya United mengkaji semula cara bagaimana mereka memilih ketua pasukan selepas melihat kesukaran yang dihadapi oleh Harry Maguire sepanjang musim ini.

Maguire teruk dihentam oleh pelbagai pihak atas aksi dungu yang beliau persembahkan sepanjang musim ini dan jelas sekali tak ada satu perlawanan pun yang berjaya beliau harungi tanpa melakukan apa-apa kesalahan sepanjang musim ini.

Walaupun beliau mendakwa yang beliau sentiasa dipilih kerana aksinya yang bagus, namun harus diakui yang persembahan beliau sepanjang musim ini sememangnya sangat huru-hara.

Pemain pertahanan itu bukan sahaja mempamerkan aksi dungu dan hambar dengan beliau juga turut berkali-kali mencederakan rakan sepasukan sendiri.

Terlalu banyak sebenarnya hal yang Maguire lakukan yang telah membuatkan ramai peminat tertanya-tanya adakah beliau benar-benar pemain bola sepak atau bukan.

Untuk menunjukkan betapa teruknya beliau, seramai 40,000 peminat telah menandatangani petition untuk menggesa pihak kelab supaya melucutkan jawatan beliau sebagai ketua pasukan.

Untuk mengeruhkan keadaan lagi, bintang kebangsaan England itu turut menerima ancaman maut dari para peminat, yang mendakwa telah memasang bom di rumahnya.

Terbaru, Ralf Rangnick yang sememangnya sering jujur ketika memberi komen serta pandangan beliau itu telah tampil mencadangkan supaya Manchester United mengubah cara bagaimana mereka melantik ketua pasukan.

Bercakap menjelang aksi Manchester United bertemu Chelsea, pengurus interim kelab itu telah ditanya adalah Harry Maguire akan terus menjadi ketua pasukan atau tidak.

“Saya faham soalan kamu, tapi sekali lagi saya rasa ia tak masuk akal kerana kamu tak tahu pemain macam mana yang akan ada di sini, apa akan jadi kepada pasukan ini.”

Jelas pengurus interim kelab itu.

“Saya hanya boleh kata apa yang sudah saya lakukan sebelum ini ketika saya masih ketua jurulatih atau pengurus, kerana di Jerman ia dianggap ‘match kapitan’, jadi itulah ketua pasukan.”

“Saya sangat percaya yang ketua pasukan sepatutnya dipilih oleh pasukan kerana dia akan jadi kepala dan kami selalu lakukan itu.”

“Kami selalu ada pimpinan seramai empat ke lima pemain, kami panggil sebagai ‘spielkapitan’, ia dipilih oleh pemain, pemain yang dapat undian paling tinggi akan dilantik menjadi ketua pasukan.”

“Itulah cara bagaimana saya lakukan itu, saya tahu tak ramai pengurus yang melakukan cara yang sama.”

Maguire jelas alasan mengapa beliau tetap diturunkan

Temu bual Harry Maguire menjelang aksi bertemu Liverpool minggu lalu sepertinya telah membangkitkan kemarahan para penyokong Manchester United.

Ketua pasukan setan merah itu tampil menjawab kritikan dari pelbagai pihak yang mengkritik persembahan beliau dan meminta agar beliau tidak diturunkan lagi.

Pemain pertahanan England itu sememangnya kerap dihentam kerana sering mempamerkan aksi hambar sepanjang musim 2021/22 ini.

Beliau kerap melakukan kesilapan yang menyebabkan gawang gol United dihukum dan beliau juga sering mengancam keselamatan rakan sepasukannya sendiri.

Baru-baru ini beliau telah dipersalahkan atas gol penyamaan Norwich City yang dijaringkan oleh Teemu Pukki ketika aksi kemenangan 3-2 setan merah menewaskan The Canaries itu.

Dalam perlawanan sama, beliau turut melakukan aksi dungu yang menyebabkan berlakunya pendarahan di kepala rakan sepasukannya, Paul Pogba.

Para peminat turut yakin yang David De Gea sendiri sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Maguire dan kerana itulah penjaga gol itu kerap mengelak dari menghantar bola kepada ketua pasukannya itu.

Terbaru beliau turut dipersalahkan menjadi punca mengapa United bolos dua gol ketika beraksi bertemu Liverpool di Anfield awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama Sky Sports, Maguire tampil menjawab segala kritikan yang dilempar kepadanya dengan beliau mendakwa ada sebab mengapa beliau tidak digugurkan dari skuad.

“Saya tak mungkin akan bermain setiap perlawanan untuk Manchester United sebagai pemain utama jika saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan atau tak bermain dengan baik.”

Jelas Maguire.

“Ada sebab mengapa kedua-dua pengurus meletakkan saya dalam kesebelasan utama mereka dalam semua perlawanan.”

“Tapi saya juga faham yang saya ketua pasukan kelab ini, saya dibeli dengan nilai yang besar, dan ketika semuanya tak berjalan seperti diharapkan dan kami bolos banyak, mereka semua kritik saya.”

Melihat ketenangan Maguire yang merasa dirinya bagus itu telah menyebabkan beliau berdepan kritikan lebih pedas dari para peminat di media sosial.

BACA:  Ten Hag Senaraikan Aspek Yang Buatkan Dirinya Kagum Dengan Maguire