Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berpura-pura tak kenal siapa Antonio Rudiger ketika beliau ditanya tentang kebarangkalian bintang Chelsea itu ke Santiago Bernabeu pada musim panas ini.
Kontrak bintang Jerman yang kini berusia 29 tahun itu bersama Chelsea akan tamat pada penghujung musim ini dan beliau sepertinya tidak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Selepas menolak untuk menandatangani kontrak baru, Rudiger jelas sekali bakal meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada musim panas ini.
‘Antonio Rudiger… who is this?’ – Ancelotti’s amazing reply as Real Madrid boss refuses to confirm transfer from Chelseahttps://t.co/1e1LTdP15M
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) April 27, 2022
Beberapa kelab gergasi di benua Eropah sangat berminat mahu mendapatkan Rudiger pada musim panas ini seperti Barcelona, Juventus, Paris Saint Germain dan Bayern Munich.
Walau bagaimanapun, Real Madrid dilaporkan sudah berjaya mendapatkan persetujuan dari bintang Jerman itu dengan Rudiger akan ke Santiago Bernabeu pada penghujung musim ini.
Manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano telah mendedahkan bahawa:
“Rundingan antara Antonio Rudiger dan Real Madrid telah mencapai kata sepakat untuk perjanjian selama empat tahun, sah sehingga Jun 2026.”
Carlo Ancelotti: “Toni Rüdiger? Toni who? Who’s this?! [laughs]”. ⚪️ #RealMadrid
“He’s STILL a Chelsea player… I can’t say anything about this”, Carlo added.
The agreement has been reached this week: Rüdiger will join Real Madrid. 🤝
Ancelotti’s face here with @beINSPORTS_EN: pic.twitter.com/hBIN8f10Fg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 26, 2022
“Ketika ini berada di fasa akhir sebelum menandatangani kontrak. Tiada pengumuman rasmi sebelum berakhir musim ini walaupun Toni tandatangani kontrak pada Mei ini.”
Ancelotti telah ditanya tentang dakwaan tersebut selepas tamat aksi kekalahan 4-3 bertemu Manchester City dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League awal pagi tadi.
"Antonio Rüdiger… Who is this?!" 😏
The reaction from Carlo Ancelotti should tell you all you need to know about that potential transfer!
🎤 @AndyKerrtv #beINUCL #UCL #MCIRMA
Watch Now 👉 https://t.co/NRYe31nXnO pic.twitter.com/jhcJdp3WcJ
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) April 26, 2022
📸 Ancelotti's face when he was asked about Rudiger. @FabrizioRomano @beINSPORTS_EN pic.twitter.com/nyXkUPEBkA
— Madrid Xtra (@MadridXtra) April 26, 2022
Melihat cara bagaimana Ancelotti menjawab soalan tersebut, para peminat yakin yang Antonio Rudiger sudah hampir pasti akan ke Santiago Bernabeu.
“Toni Rudiger? Toni siapa? Siapa dia?”
Jelas Ancelotti sambil bergurau ketika menjawab persoalan dari media itu.
“Dia masih pemain Chelsea. Saya tak boleh kata apa-apa tentang itu.”
Real Madrid terpaksa akur dengan kekalahan bertemu Manchester City itu, namun mereka tetap mampu menarik nafas lega kerana berjaya membawa bekalan 3 gol ke Santiago Bernabeu.
Karim Benzema berjaya meledak dua gol sementara satu lagi gol berjaya dijaringkan oleh Vinicius Jr.
Dua gol Benzema terutama gol menerusi sepakan penalti itu sememangnya dipuji ramai kerana ia membuktikan beliau memiliki kualiti yang sungguh menakjubkan.
Antonio Rudiger has recently confirmed he will be leaving Chelsea at the end of the season #CFC https://t.co/5QxSTSWngb
— talkSPORT (@talkSPORT) April 27, 2022
Benzema dedah alasan mengapa beliau memilih Panenka untuk berdepan Ederson
Karim Benzema telah menjelaskan tentang mengapa beliau memilih untuk mengambil sepakan penalti Panenka ketika aksi bertemu Manchester City awal pagi tadi.
Bintang handalan Real Madrid itu dengan tenang menewaskan Ederson untuk menjaringkan gol ketiga Real Madrid dalam aksi kekalahan 4-3 bertemu Man City di Etihad.
Beliau berjaya memperdaya Ederson yang sudah merebahkan badan ke arah yang salah dengan menggunakan teknik Panenka.
Con el Madrid perdiendo 4-2 en semifinales de Champions, y después de haber fallado dos penaltis en su último partido, Benzema hizo esto… #UCL https://t.co/nw0L6Qs5C0
— MARCA (@marca) April 26, 2022
Beliau jelas sekali gugup untuk mengambil sepakan penalti itu kerana beliau sebelum ini telah gagal untuk menyempurnakan dua sepakan penalti ketika aksi bertemu Osasuna sebelum ini.
Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, pemain berusia 34 tahun itu mendedahkan sebab mengapa beliau memilih Panenka ketika berdepan Ederson.
“Semua penjaga gol dah baca cara saya ambil sepakan penalti dan saya perlu ubah itu.”
Jelas Benzema.
“Penalti itu dari saya adalah penalti yang ‘cold blooded’.”
Karim Benzema; the coolest man in football 🥶#UCL pic.twitter.com/2SwoPyh1Kr
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 26, 2022
Carlo Ancelotti telah menghamburkan pujian yang menggunung kepada Benzema kerana mempunyai kekuatan mental yang menakjubkan ketika memilih untuk mengambil penalti Panenka.
“Saya rasa dia tukar kerana dua penalti terakhir dia tak begitu bagus.”
Jelas Ancelotti kepada wartawan.
“Dia ubah dan cuba ketika sesi latihan. Saya sendiri tak tahu cara bagaimana dia akan sepak. Dia pilih itu dan ia berjalan dengan sempurna.”
“Personaliti dan karakter yang kuat. Ia bukan mudah untuk lakukan penalti seperti itu di pentas separuh akhir Champions League seperti ini.”
Bekas bintang Real Madrid, Steve McManaman turut memuji Panenka Benzema dengan menyatakan:
“Dia gagal untuk sempurnakan dua penalti sebelum ini bertemu Osasuna, penjaga gol selamatkan sepakan penalti itu.”
Jelas McManaman.
😬 He misses two penalties at the weekend in La Liga
😲 His team is 4-2 down in a #UCL semi-final first leg
😏 He stills goes for the Panenka from the penalty spotKarim Benzema has ice in his veins! ❄️🥶#BBCFootball
— BBC Sport (@BBCSport) April 27, 2022
“Dia berkemungkinan merasakan Ederson sudah tahu di mana dia mahu hantar bola. Dia dah ambil banyak penalti. Musim ini saja dia sudah empat kali gagal. Berbanding memilih ke kiri atau ke kanan, dia mungkin fikir, ‘Kamu nak tahu, sekarang adalah masanya.”
“Mereka bukan sedang mendahului 4-0, mereka sedang ketinggalan 4-2 ketika dia melakukan itu. Jika dia gagal itu, maka semuanya berakhir.”
“Walaupun beliau sudah mencapai rekod yang sungguh menakjubkan musim ini, Benzema jelas sekali akan tetap dihentam andai beliau gagal sempurnakan sepakan penalti itu.”
Sumber: SPORTbible