Liverpool telah melepaskan pemain terbaik kelab, Luis Suarez ke Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £75 juta pada musim panas tahun 2014.
Musim 2013/14 dianggap sebagai musim terbaik untuk bintang Uruguay itu sepanjang kariernya bersama Liverpool.
Suarez pada ketika itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau hampir saja membantu Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga.
Luis Suarez in 2013-14 is the greatest individual season the Premier League has ever seen.
Discuss. pic.twitter.com/YTBClVIWFT
— Goal (@goal) April 29, 2020
Bekas bintang Barcelona itu berjaya menjaringkan 31 gol dan turut mencatatkan 17 assists hanya dari 33 penampilan sahaja bersama Liverpool dalam saingan Premier League.
Beliau ketika itu telah berjaya menjaringkan 31 gol dan mencatatkan 17 assists hanya dari 33 penampilan sahaja dalam saingan Premier League.
Luis Suarez dianggap sebagai pemain terbaik dunia pada ketika itu, selepas melihat bagaimana beliau memikul Liverpool di atas bahunya untuk mencabar kejuaraan liga.
Ketika Suarez sah meninggalkan kelab, ramai yang percaya Brendan Rodgers dan Liverpool sendiri bakal berdepan dengan tugasan yang sangat berat.
Tapi apakah cabaran yang dimaksudkan itu? Ya. Cabarannya adalah bagaimana untuk mereka mendapatkan pemain pengganti terbaik untuk menggantikan Suarez.
31 – In 2013-14, Liverpool’s @LuisSuarez9 (31 goals) became just the second player in Premier League history to score 30+ goals in a season without any coming from the penalty spot, after Andy Cole in 1993-94 (34 goals, none from the spot). Superb. #OptaPLSeasons pic.twitter.com/LMFd0S0Vfs
— OptaJoe (@OptaJoe) April 21, 2020
Para peminat sangat berharap agar Liverpool mampu membelanjakan duit hasil penjualan Suarez dengan bijak dan bakal bertemu dengan calon pengganti terbaik.
Liverpool dilihat sangat sibuk menghadapi jendela perpindahan pada musim panas ketika itu, dalam usaha mereka untuk menghadapi saingan musim 2014/15.
Malang sekali, Liverpool sepertinya telah membuat keputusan yang tidak begitu bijak dalam membelanjakan dana hasil dari penjualan Luis Suarez itu.
Sang penakluk dunia ketika itu telah menandatangani lapan pemain menerusi perjanjian tetap pada jendela perpindahan musim panas pada tahun 2014.
ON THIS DAY IN 2014: Luis Suarez was named PFA Player of the Year for the 2013/14 season.
Matches: 33
Goals: 31
Assists: 12He was truly unplayable that season. pic.twitter.com/GEFKh0Vlet
— Footy Accumulators (@FootyAccums) April 27, 2021
Lebih teruknya lagi, boleh dikatakan hampir kesemua pemain yang mereka tandatangani pada ketika itu tidak mampu untuk dianggap sebagai pengganti Luis Suarez.
Bahkan dari kesemua lapan pemain tersebut, hanya seorang sahaja yang masih kekal beraksi bersama Liverpool sehingga ke hari ini.
Berikut merupakan lapan pemain yang ditandatangani oleh Liverpool selepas menjual Suarez dengan pihak kelab secara keseluruhannya telah membelanjakan £124.77 juta untuk mendapatkan khidmat mereka.
Rickie Lambert
Rickie Lambert merupakan salah seorang dari tiga pemain yang ditandatangani oleh Liverpool dari Southampton pada tahun 2014 yang lalu.
Lambert yang awalnya dianggap mampu menggalas tugas sebagai penjaring gol utama kelab, jelas gagal untuk memberikan impak seperti apa yang diharapkan.
Rickie Lambert's incredible 6 year rise and fall:
2011- League One
2012- Championship PotY
2013- 15 Premier League Goals (7th most in PL)
2014- World Cup with England & joins Liverpool
2015- 1 Goal in 19 for WBA
2016- Joins Cardiff
2017- Released, can't find new club, retires pic.twitter.com/ihyC29Otv2— HITC Sevens (@HITCSevens) April 20, 2019
Beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 36 penampilan bersama Liverpool, sebelum beliau dijual ke West Brom pada tahun 2015.
Pemain yang kini berusia 39 tahun itu telah mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada tahun 2017, selepas mengharungi aksi selama satu musim bersama Cardiff City.
Emre Can
Can merupakan antara penandatanganan terbaik dari kesemua lapan pemain ini. Pemain kebangsaan Jerman itu telah menjadi watak terpenting untuk Liverpool sepanjang empat tahun kariernya di Anfield.
Ramai peminat yang kecewa ketika melihat beliau menandatangani perjanjian bersama Juventus pada tahun 2018, selepas kontraknya bersama The Reds tamat.
BREAKING: @LFC midfielder Emre Can passes medical ahead of move to Juventus. #SSN pic.twitter.com/8uBpZv3WPw
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 21, 2018
Pemain berusia 27 tahun itu ketika ini sedang beraksi bersama Borussia Dortmund, yang mana beliau masih lagi mempamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama gergasi Bundesliga itu.
Divock Origi
Jurgen Klopp sendiri menganggap Origi sebagai legenda Liverpool dan para peminat turut tidak akan lupa sumbangan beliau ketika membantu The Reds menjuarai saingan Champions League pada musim 2018/19.
Dua gol jaringan beliau ketika aksi bertemu Barcelona dan satu gol ketika aksi perlawanan akhir bertemu Tottenham Hotspur merupakan pengaruh terbesar sebalik kejayaan Liverpool menjulang Champions League pada ketika itu.
.@ptgorst on Divock Origi:
"Liverpool will be open to the right offers. I am sure. The issue is there doesn't seem to be a slew of teams queuing up around the block for him. His stock is nowhere near as high as two years ago. Or even 12 months ago." #awlive [liverpool echo] pic.twitter.com/muwvZj18lf
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 30, 2021
Namun begitu, secara keseluruhannya pemain kebangsaan Belgium itu tidak pernah lagi menjadi pengganti Suarez yang sempurna.
Beliau hanya mampu menjaringkan 35 gol sahaja dari 157 penampilan bersama Liverpool, dan menyebabkan ramai peminat meminta kelab melepaskannya pada musim panas ini.
Alberto Moreno
Liverpool berjaya mendapatkan pemain full-back yang memiliki kemampuan menyerang yang sungguh menakjubkan ini dari Sevilla dengan yuran perpindahan bernilai £16.20 juta.
Sayangnya beliau juga menjadi antara penandatanganan gagal yang pernah ditandatangani oleh Liverpool selepas penjualan Suarez.
Alberto Moreno sings Liverpool anthem You’ll Never Walk Alone after winning Europa League final #LFC https://t.co/Qo3D3OoaJt
— talkSPORT (@talkSPORT) May 27, 2021
Moreno sepertinya gagal untuk beradaptasi dengan baik, dan selepas ketibaan Andy Robertson, beliau dilihat lebih sering memanaskan bangku simpanan sahaja.
Pemain berusia 29 tahun itu akhirnya memutuskan untuk kembali ke Sepanyol pada tahun 2019, dan beraksi bersama Villarreal.
Mario Balotelli
Oleh kerana kelab sudah melepaskan Suarez, maka mereka harus mencari pemain penyerang berkualiti tinggi yang boleh menghasilkan gol yang banyak.
Penandatanganan Balotelli disambut dengan sangat baik oleh para penyokong yang merasakan bintang Itali itu akan menjadi mesin peledak gol yang sempurna untuk kelab.
Sayangnya, beliau hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dari 28 penampilannya bersama Liverpool pada musim 2014/15.
Mario Balotelli's contract at Liverpool:
£500,000 bonus to avoid trouble on and off pitch
£400,000 If he finished Premier League top scorer
£150,000 bonus for every 5 games played
£85,000 per week salary
£5,000 per goal
Via @hughwizzy pic.twitter.com/WCIJ7oqX8k
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) November 10, 2018
Selepas itu, beliau telah dipinjamkan ke AC Milan dan karier Balotelli mula tidak menentu dengan beliau kemudiannya turut beraksi bersama Nice, Marseille, Brescia dan Monza, dan kelab terbarunya ketika ini adalah Adana Demirspor.
Lazar Markovic
Pemain sayap Serbia ini telah ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £22.50 juta dan tiba ke Anfield dengan reputasi yang cukup tinggi.
Mungkin kerana aksi cemerlang beliau bersama Benfica, peminat sedikit kecewa melihat aksi hambar Markovic sepanjang kariernya bersama Liverpool.
Lazar Markovic at Liverpool 🔴
✍️ £20 million fee
⚽️ 34 appearances
📆 Last game May 2015
💰 Cost club £332,000 per game
👋 4 loan moves
🤑 Earned £9.75 million since last appearance pic.twitter.com/sd2KdPcu7g— Goal (@goal) February 1, 2019
Beliau hanya sempat membuat 34 penampilan sahaja untuk skuad utama Liverpool, dan turut dipinjamkan untuk beraksi bersama pasukan seperti Hull City dan Sporting Lisbon.
Beliau menyertai Fulham menerusi perjanjian perpindahan secara percuma pada tahun 2019, sebelum kembali ke Partizan Belgrade tujuh bulan selepas itu.
Dejan Lovren
Sama seperti Lambert, Lovren turut ditandatangani oleh Liverpool dari Southampton pada tahun 2014, dan pemain pertahanan Croatia itu telah banyak mencipta detik menakjubkan sepanjang beraksi di Anfield.
Walau bagaimanapun, beliau juga sering dikecam oleh para peminat kerana terlalu sering melakukan kesilapan yang menyebabkan gawang gol Liverpool dibolosi.
July 22: Dejan Lovren lifts the Premier League for Liverpool
August 7: Dejan Lovren lifts the Russian Supercup for Zenit
He played the full 90 minutes for Zenit too. 🏆 pic.twitter.com/5v1TKrxpx1
— Squawka Football (@Squawka) August 7, 2020
Beliau turut dilepaskan oleh pihak kelab untuk beraksi bersama gergasi dari Rusia, Zenit Saint Petersburg, selepas tidak lagi mendapat tempat di Anfield.
Adam Lallana
Pemain midfield yang lincah dan berbakat ini telah ditandatangani dari Southampton dengan nilai £27.90 juta.
🔴 OFFICIAL !
Adam Lallana leaves Liverpool and signs to Brighton.
Thanks for everything and good luck, Adam 🙏❤️#LFC 🔴 pic.twitter.com/rcyELE0kF7
— Liverpool FC 🔴 (@Reds_ENG) July 27, 2020
Beliau sempat menjadi pemain terpenting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp, namun dek kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, Lallana sering diketepikan.
Kerana merasakan khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi, Liverpool telah membenarkan Lallana untuk menyertai Brighton secara percuma sahaja pada tahun lalu.
Sumber: GMS