Siapakah Pemain Premier League Yang Paling Banyak Bazirkan Peluang?

Penyedia data, Understat telah mengeluarkan senarai pemain Premier League yang paling banyak membazirkan peluang di depan gol sekaligus menafikan kehadiran jaringan yang dinantikan peminat bola sepak.

Dengan menggabungkan jumlah gol yang telah dijaringkan bersama dengan dengan Expected Goals(xG) metrik iaitu jangkaan gol maka nilai pembaziran seorang pemain di depan gol akan terhasil.

Expected Goals(xG) merupakan satu revolusi baru dalam metrik bola sepak dimana xG membolehkan penilaian prestasi pasukan dan pemain dilakukan.

Expected Goals(xG) merupakan ukuran statistik yang mengambil faktor kualiti peluang yang dicipta dan bolos serta menjadi kaedah paling tepat untuk menilai kualiti percubaan.

Untuk menghasilkan ramalan rangkaian algoritma sejumlah set data yang besar telah digunakan melibatkan lebih 100,000 percubaan yang merangkumi 10 parameter untuk setiap percubaan.

Faham tak? Apa yang aku faham Algoritma yang wujud dari xG ini membolehkan jangkaan jaringan terhasil ketika percubaan dilakukan.

Contoh dalam 10 perlawanan dalam semua peluang kau dapat yang sepatutnya menghasilkan gol adalah 8 kali tapi hanya 4 gol sahaja kau jaringkan.

Maka di sini Expected Goals(xG) kau sama dengan 8 dan gol kau jaringkan adalah 4 sahaja yang membawa perbezaan kepada +4 gol yang dibazirkan.

Oleh sebab itu daripada metrik baru dalam bola sepak ini keluar lah senarai pemain yang paling banyak membazirkan peluang mengalahkan setan di Premier League bagi musim 2020/21.

Agak mengejutkan apabila pemain perancang Machester City, Kevin De Bryune berada di tangga teratas senarai ini.

Menurut jangkaan gol atau xG Kevin De Bruyne sepatutnya telah menjaringkan 8.37 gol setakat ini namun hanya 3 gol sahaja berjaya dijaringkan De Bruyne dari peluang yang diperolehi.

Dengan expectation yang tinggi, secara realitinya hanya 3 gol dijaringkan membawa perbezaan tertinggi di Premier League dengan +5.37 perbezaan.

Timo Werner yang sebelum ini kemarau gol agak panjang tidak mengejutkan apabila berada dalam senarai ini dikedudkan kedua.

Jika senarai ini hanya melibatkan pemain penyerang maka Timo Werner lah pemenangnya. Ko tengok sendirila senarai ni.

1. Kevin De Bruyne (3 goals, XG: 8.37) +5.37 perbezaan

2. Timo Werner (5 goals, XG: 9.78) +4.78 perbezaan

3. Roberto Firmino (6 goals, XG: 10.5) +4.5 perbezaan

4. Neal Maupay (7 goals, XG: 11.23) +4.23 perbezaan

5. Michail Antonio (7 goals, XG: 10.01) +3.01 perbezaan

6. Trezeguet (0 goals, XG: 3.07) +3.07 perbezaan

7. Leander Dendoncker (0 goals, XG: 2.95) +2.95 perbezaan

8. Che Adams (4 goals, XG: 6.91) +2.91 perbezaan

9. Danny Welbeck (2 goals, XG: 4.64) +2.64 perbezaan

10. Jamie Vardy (12 goals, XG: 14.48) +2.48 perbezaan

11. Ollie Watkins (10 goals, XG: 12.45) +2.45 perbezaan

12. Oliver McBurnie (1 goal, XG: 3.43) +2.43 perbezaan

13. Aaron Connolly (2 goals, XG: 4.39) +2.39 perbezaan

14. Anthony Martial (4 goals, XG: 6.38) +2.38 perbezaan

Dalam senarai 10 penjaring terbanyak hanya 5 pemain sahajat yang mempunyai perbezaan yang negatif iaitu Mohamed Salah (-3.08), Bruno Fernandes (-3.12), Harry Kane (-1.20),Son Heung-Min (-4.58) dan Ilkay Gundogan (-3.27).

Perbezaan negatif bermakna kualiti peluang yang wujud dalam perlawanan tidak cantik dan teruk serta dalam sudut atau ruang yang sukar namun percubaan yang dilakukan tetap mampu emnghasilkan gol.

BACA:  Lima Penyerang Berkelas Dunia Yang Bergelut Dengan Masalah Prestasi