Solskjaer Lebih Bagus Berbanding Ralf Rangnick Sebagai Pengurus Man United

Manchester United sekarang lebih teruk berbanding ketika era mereka di bawah kendalian legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Legenda Arsenal, Ian Wright percaya yang Manchester United di bawah kendalian Ralf Rangnick pada ketika ini merupakan skuad yang lebih huru hara berbanding ketika mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Beliau mengeluarkan dakwaan yang telah mencetuskan sensasi di internet itu selepas tamat aksi kekalahan 1-0 Arsenal di tangan Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Wright percaya beliau melihat skuad setan merah pada ketika ini berada di tahap yang sangat teruk, bahkan lebih teruk berbanding ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Legenda Arsenal yang kini berusia 58 tahun itu menegaskan yang beliau langsung tak faham dengan corak dan gaya permainan yang cuba diterapkan oleh pengurus interim Man Utd itu.

“Sekali lagi, saya sedang menonton perlawanan yang mana jika mereka di bawah kendalian Ole (Gunnar Solskjaer) orang-orang akan kata, ‘corak permainan apa ini? Apa yang mereka sedang lakukan?’ saya sekarang nampak benda yang sama ketika di bawah kendalian Ralf Rangnick.”

“Saya tak nampak apa dia mahu lakukan. Saya tak nampak apa-apa perbezaan berbanding apa yang pernah berlaku sebelum ini. Ia sebenarnya nampak lebih teruk.”

Jelas Ian Wright kepada Optus Sport.

Ian Wright juga turut tidak gembira melihat cara bagaimana Ralf Rangnick menguruskan pertukaran pemain ketika aksi bertemu Wolves dengan beliau menganggap pengurus dari Jerman itu tidak bijak dalam memilih pemain.

Beliau turut mendedahkan yang sistem United pada ketika ini sebenarnya langsung tidak sesuai dengan corak dan gaya permainan Aaron Wan-Bissaka.

Hal ini kerana bekas bintang Crystal Palace itu langsung tidak mempunyai kemahiran dalam melakukan hantaran terutama hantaran silang ke dalam kotak penalti.

Mungkin kerana itu jugalah Wan Bissaka telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar ketika bertemu Wolves awal pagi semalam.

Wright kemudian menambah lagi bahawa:

“Kamu lihat pada Man United dan kamu fikir sendiri, saya tak boleh faham mengapa dia mengeluarkan (Mason) Greenwood, tak boleh faham mengapa dia kekal dengan (Scott) McTominay dan (Nemanja) Matic untuk tempoh yang lama.”

“Saya rasa sistem yang dia mainkan ini jelas sekali melemahkan Aaron Wan-Bissaka, kerana dia dapat banyak bola dan itu bukan kekuatan dia.”

Selain mengutuk dan mengeji taktikal United di bawah kendalian Ralf Rangnick, Ian Wright turut memberikan pujian yang menggunung kepada Wolves atas aksi hebat yang mereka persembahkan.

Beliau percaya yang Wolves sememangnya berhak untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut, atas aksi hebat yang mereka persembahkan.

“Sungguh menakjubkan dari Wolves. Ketika kamu lihat cara bagaimana mereka bermain, mereka bermula dari belakang, bahagian midfield sangat padat, bahagian serangan, terutama dari Daniel Podence tersangat bagus hari ini.”

Manchester United berdepan kekalahan 1-0 di tangan Wolverhampton Wanderers dan ia merupakan kekalahan pertama mereka di bawah kendalian Ralf Rangnick.

The Red Devils sebelum ini berjaya mencatat tiga kemenangan dan merekodkan satu keputusan seri sepanjang beraksi di bawah kendalian pengurus interim mereka itu.

Man Utd jelas sekali didominasi oleh Wolves dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu dengan pemain midfield Portugal, Joao Moutinho muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk skuad kendalian Bruno Lage.

Skuad Manchester United sudah merekodkan enam kekalahan dalam saingan Premier League setakat musim ini.

Pada ketika ini, Manchester United sedang berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Premier League, dengan mereka berjaya mengutip 31 mata dari 19 perlawanan.

Kekalahan bertemu Wolves ini sedikit sebanyak merencatkan usaha mereka untuk berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.

Bahkan jika Manchester United menang baki perlawanan yang masih mereka belum mainkan, mereka masih belum mampu untuk memintas Arsenal yang kini sedang berada di kedudukan keempat.

Setan merah selepas ini bakal turun beraksi bertemu Aston Villa, sebelum mereka akan turun beraksi bertemu West Ham United pada 22 Januari nanti.

Tidak dinafikan yang kedua-dua pasukan ini bakal memberi saingan yang sengit kepada United, memandangkan mereka juga sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Ralf Rangnick sudah tentu akan berusaha sehabis daya beliau untuk memastikan United tidak keciciran mata lagi, dan terus bersaing untuk menempatkan diri di kedudukan empat teratas dalam carta liga.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Solskjaer Tak Kisah Dimaki Kerana Meletakkan Ronaldo Di Bangku Simpanan