Southgate Pening Memikirkan Tentang Pemainnya Yang Belum Menerima Suntikan Vaksin C0V-19

Pemain England yang masih belum menerima suntikan vaksin sepertinya bakal disingkirkan dari skuad The Three Liones pada aksi saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Gareth Southgate pada ketika ini agak pening kepala untuk membuat keputusan, kerana ramai pemain utamanya yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Saingan Piala Dunia Qatar akan bermula 128 hari dari sekarang, dengan England dijadualkan akan bertemu Iran pada hari pembukaan nanti.

Qatar juga akan turut turun bertemu Ecuador pada hari sama, dengan empat perlawanan akan dilangsungkan pada hari pembukaan kempen Piala Dunia tahun ini.

Southgate mempunyai masalah besar yang perlu beliau fikirkan, terutama mempertimbangkan tentang skuadnya yang diundi berada dalam kumpulan maut.

Disamping itu, para penyokong England sendiri pada ketika ini turut sudah hilang kepercayaan kepada Southgate dan mendesak FA supaya memecat legenda negara mereka itu.

Walaupun beliau berjaya memimpin England ke peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia dan perlawanan akhir saingan Euro 2020, namun para penyokong tetap merasakan yang Southgate tak layak untuk terus memimpin skuad.

Para peminat menggesa pihak FA supaya memecat Southgate dan melantik Graham Potter sebagai pengurus baharu mereka.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi oleh Gareth Southgate pada ketika ini, dengan Daily Mail melaporkan pengurus England itu berdepan masalah lebih besar pada ketika ini.

Pengurus England itu pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk tidak membawa pemain-pemain yang masih belum menerima suntikan vaksin C0V-19.

Laporan sama turut mendakwa yang ada beberapa pemain dari skuad England yang dijangka akan disingkirkan dari skuad utama kerana mereka masih belum menerima suntikan vaksin.

Qatar pada ketika ini mendesak para pemain yang mahu masuk ke negara mereka supaya menerima suntikan vaksin terlebih dahulu.

Seandainya para pemain tidak menerima suntikan vaksin, mereka sepertinya perlu menjalani sesi kuarantin wajib terlebih dahulu.

Skuad The Three Liones dijangka akan tiba di Qatar enam hari sebelum sepak mula kejohanan, dengan saingan Premier League juga hanya akan mula berhenti dua hari sebelum itu.

Dengan skuad England akan bermain pada hari pembukaan, maka para pemain mereka sepertinya perlu membuat persiapan rapi lebih awal lagi.

Mereka jelas sekali tiada masa untuk menjalani sesi kuarantin wajib kerana mereka perlu segera menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan mereka.

Hal itu sedikit sebanyak membuatkan Gareth Southgate pening kepala dan perlu mempertimbangkan untuk menurunkan skuad kedua bertemu Iran, atau meninggalkan sahaja pemain tak vaksin di England.

FIFA pada ketika ini sedang melobi Qatar supaya meringankan peraturan berkait C0V-19 dengan para peminat berharap agar meminta tuan rumah supaya membenarkan mereka untuk minum di stadium.

Kelab dari saingan Premier League turut berdepan masalah sama selepas para pemain mereka terlibat dengan aksi jelajah Asia dan Amerika pada pra musim ini.

Crystal Palace meninggalkan beberapa pemain utama mereka di England ketika mereka melakukan sesi jelajah Singapura, namun hal itu dikatakan tiada kaitan dengan vaksin.

Mereka dikatakan disingkirkan oleh pihak kelab kerana tidak memenuhi syarat untuk masuk ke negara tersebut dan tiada kaitan dengan vaksin atau masalah kecederaan.

Chelsea meninggalkan Ruben Loftus Cheek dan N’Golo Kante ketika sesi jelajah Amerika dengan kedua-dua mereka dibenarkan untuk bermain bersama skuad akademi bertemu Boreham Wood.

Manchester City meninggalkan IIkay Gundogan, Phil Foden, John Stones di Manchester ketika sesi jelajah mereka, namun hal itu tidak dapat dipastikan mengapa hal itu berlaku.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Southgate: Pintu Masih Terbuka Untuk Joe Hart Wakili England Pada Masa Hadapan