Pengurus England, Gareth Southgate memberi bayangan dan merasakan bahawa pemain pertahanan paling power di alam semesta, Trent Alexander-Arnold boleh bermain di bahagian tengah England.
Gareth Southgate hanya mengumumkan senarai nama awal 33 pemain England bagi menghadapi saingan kejohanan paling agung di Eropah iaitu kejohanan European Championship (EURO) 2020 yang akan berlangsung jun ini.
Pada awalnya Gareth Southgate dilaporkan akan mengumumkan senarai 26 pemain rasmi England namun pengumuman itu telah ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu 1 Jun dengan mengumumkan skuad sementara.
Ahead of naming his final #EURO2020 squad next week, Gareth Southgate has selected 33 players to join up with the #ThreeLions from this weekend as our preparations for this summer's tournament get under way.
— England (@England) May 25, 2021
Penangguhan ini disebabkan oleh kecederaan pemain dan juga tiga pasukan England masih belum tamat musim mereka apabila terlibat dalam perlawanan akhir Champions League serta Europa League.
Untuk menutup mulut peminat Liverpool, Southgate telah menamakan kembali Trent Alexander Arnold yang dikatakan sangat hebat dan mampu membawa England bergelar juara.
Dalam skuad sementara diumumkan Southgate untuk posisi righ-back, Trent Alexander-Arnold diletakkan bersama tiga lagi pemain pilihan iaitu Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James.
Southgate suggests Trent can play right back, wing back and central midfield for England.
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) May 25, 2021
Ketika sidang media pengumuman skuad sementara itu, Gareth Southgate seakan memberi bayangan akan menggunakan Trent Alexander-Arnold sebagai pemain tengah.
“Sangat mudah untuk aku bercakap mengenai sebilangan individu yang akan berada dalam senarai 26 pemain dan kemudian aku akan terheret dalam masalah.”
“Apa yang aku nak katakan adalah bahawa anda melihat empat bek kanan, dan aku tahu ada orang menganggap aku obses dengan bek kanan.”
“Aku hanya melihat empat pemain bola sepak yang bagus. Trippier boleh bermain dari bek kanan atau kiri, Trent boleh bermain di bek kanan, sayap belakang … aku rasa dia boleh bermain ditengah.”
🗣 "Those sorts of flexible players that can fulfil different roles, but are good footballers are going to be hugely important for us."
🏴 Gareth Southgate was asked whether Trent Alexander-Arnold has done enough to book a place in his final 26-man squad pic.twitter.com/hAmMSSswdt
— Football Daily (@footballdaily) May 25, 2021
Gareth Southgate seperti mahu mengutamakan pemain yang fleksibel yang mampu bermain bermain dibeberapa posisi yang berlainan.
“Beberapa hari kebelakangan ini, aku juga melihat Reece James bermain di sebelah kanan pertahanan bertiga di sayap belakang di tengah antara pemain tengah.”
“Kami pergi ke kejohanan dan jenis pemain yang fleksibel dapat beraksi di posisi yang berbeza dan pemain bola yang baik sangat penting bagi kami.”
“Kami benar-benar tidak tahu bagaimana dalam beberapa minggu akan datang dari segi persediaan, kecederaan dan sistem terbaik kami adalah dengan menggunakan pemain yang ada. Kami mempunyai terlalu banyak persoalan ketika aku duduk di sini hari ini.”
Southgate: “I think he [TAA] can play in midfield.”
There’s always a big tournament shock decision and I reckon Trent may start in midfield- if Henderson is not fit in time. #englandsquad pic.twitter.com/lyjoYeUg2N
— Jack Bibb (@JackBibb_) May 25, 2021
Gareth Southgate kini menunggu perlawanan final Champions League dan Europa League yang melibatkan tiga pasukan Inggeris tamat bagi memuktamadkan pasukan dengan harapan tiada pemain yang cedera.
“Tetapi itu akan menjadi jauh lebih jelas – kami tahu apa yang ingin kami lakukan dan kami mempunyai banyak kemungkinan.”
“Dengan skuad ini, kami mempunyai keseimbangan pemain muda yang baik yang akan mendapat pengalaman yang baik dengan kami, tetapi kami juga sedang menuju musim panas yang sangat menarik dan kami harus mencipta pasukan yang boleh menang, jadi kami berusaha untuk mengimbangkan semua keputusan itu.”
🗣 "We have injuries that are at various stages. We felt that more time would help us make better decisions."
🏴 Gareth Southgate explains why he selected a 33-man provisional squad instead of the final 26 pic.twitter.com/9aEVTjMdIB
— Football Daily (@footballdaily) May 25, 2021
Berikut merupakan senarai 33 skuad sementara England sebelum menjadi 26 orang:
Penjaga Gol (4 Pemain):
Dean Henderson (Manchester United)*, Sam Johnstone (West Bromwich Albion), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Sheffield United)
Pemain Pertahanan (12 Pemain):
Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Chelsea)**, Conor Coady (Wolverhampton Wanderers), Ben Godfrey (Everton), Reece James (Chelsea)**, Harry Maguire (Manchester United)*, Tyrone Mings (Aston Villa), Luke Shaw (Manchester United)*, John Stones (Manchester City)**, Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City)**, Ben White (Brighton & Hove Albion)
Pemain Tengah (7 Pemain):
Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United), Mason Mount (Chelsea)**, Kalvin Phillips (Leeds United), Declan Rice (West Ham United), James Ward-Prowse (Southampton)
Pemain Penyerang (10 Pemain):
Dominic Calvert-Lewin (Everton), Phil Foden (Manchester City)**, Jack Grealish (Aston Villa), Mason Greenwood (Manchester United)*, Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United)*, Bukayo Saka (Arsenal), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City)**, Ollie Watkins (Aston Villa)
* Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Europa UEFA
** Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Juara-Juara UEFA