Spain Dakwa Padang Sevilla Yang Menjadi Gelanggang Sendiri Teruk, Beri Kelebihan Kepada Lawan

Keadaan permukaan padang di Estadio de La Cartuja telah menjadi bahan bualan di Sepanyol selepas skuad kendalian Luis Enrique mencatat dua keputusan seri di saingan peringkat kumpulan E di Kejohanan Eropah (Euro 2020) setakat ini.

Setakat ini Sepanyol berada di kedudukan ketiga Kumpulan E dengan dua mata selepas seri tanpa jaringan menentang Sweden sebelum diikat 1-1 oleh Poland.

Bukan kerana pemain

Rata-rata muka baharu menjadi harapan pasukan Sepanyol dan kurang pemain berpengalaman, dengan Alvaro Morata di depan, agak mengerikan dikenangkan pengalaman penyerang itu.

Buat kali pertama dalam sejarah, tiada seorang pun pemain Real Madrid tersenarai untuk membawa cabaran skuad kebangsaan Sepanyol bagi menghadapi kejohanan utama.

Pengurus La Roja, Luis Enrique membuat keputusan kontroversi dan mengejutkan itu sewaktu mengumumkan senarai 24 pemain yang akan dibawa ke Euro 2020.

Bakat dan potensi ada pemain yang dibawa oleh Luis Enrique ini tidak boleh dipertikaikan lagi dan Euro 2020 ini mungkin menjadi pendedahan terbaik buat mereka.

Apa berlaku menentang Sweden?

Segalanya bagus dan menarik permainan yang ditampilkan oleh Sepanyol dengan penguasaan permainan yang tidak boleh bawa bincang.

Perencanaan serangan yang dilakukan Sepanyol cukup rasa, cukup rencah dan umami dengan kepantasan dan ketepatan hantaran namun tiada hasil.

Alvaro Morata telah melakukan tiga percubaan namun tiada satu pun menjadi percubaan tepat dan melepaskan satu peluang terbaik untuk menghasilkan gol.

Segalanya sudah dilakukan Sepanyol dengan 85 penguasaan permainan melakukan 917 hantaran dengan 91% ketepatan.
Sebanyak 17 percubaan dilakukan namun gol yang dicari tidak tiba, Morata terus menjadi Morata.

Tiada jaringan dihasilkan dalam perlawanan ini.

Apa pula cerita lawan Poland?

Sepanyol yang tampak terdesak mencari kemenangnan selepas seri menentang Sweden turun untuk perlawanan kedua bertemu Poland sebuah pasukan yang agak sederhana.

Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-25 dan gol itu pada mulanya dibatalkan apabila penjaga garisan mengangkat bendera keranan offside.

Namun Video Assistant Referee (VAR) kembali mengesahkan jaringan tersebut dan memberi jaringan pertama untuk Sepanyol.

Empat minit kemudian Sepanyol telah memperolehi sepakan penalti selepas Jakub Moder telah memijak kaki Gerard Moreno.

Gerard Moreno gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila cubaannya terkena tiang dan tindakan susulan Morata ke laut.

Walaupun menguasai perlawanan sehingga 76 peratus hanya 10 percubaan yang berjaya dilakukan Sepanyol dengan hanya lima percubaan tepat.

Sepanyol menguasai perlawanan dengan permainan hantaran pendek dan bermain dengan selamat serta takut mencuba melakukan gerakan yang kreatif.

Serba tidak kena dengan permainan Sepanyol, ketika menentang Sweden hanya penyudah menjadi masalah dan menentang Poland serba tidak menjadi.

Padang jadi punca?

Kem Sepanyol menafikan padang sebagai alasan untuk prestasi kurang memberangsangkan dalam dua perlawanan setakat ini, namun percaya ia merupakan penyebab La Roja gagal menampilkan corak permainan yang diharapkan.

“Sudah terbukti keadaan padang tidak berada pada tahap terbaik,” kata Rodri selepas perlawanan menentang Poland sebelum ini.

“Keadaan padang menyebabkan kami gagal bermain dengan baik, sebaliknya ia memberi kelebihan kepada Poland. Mujur kami masih mampu menghasilkan peluang.

“Andai kami menjaringkan penalti, kita semua akan gembira.”

Pemain tengah Sepanyol, Pablo Sabaria turut mempunyai pendapat beliau sendiri mengenai keadaan padang di stadium milik pasukan La Liga, Sevilla itu.

“Rumput juga satu lagi faktor. Ia bukannya alasan sebab kami seri, tetapi ia bukan keadaan yang kami mahukan,” komen beliau.

Ketua Jurulatih, Luis Enrique pula sebaliknya mahu perhatian tidak tertumpu ke arah padang semata-mata.

“Apa pendapat saya mengenai padang? Kita masih boleh bermain bola di atasnya, dan ada 22 pemain yang beraksi,” kata beliau penuh diplomasi.

“Ada pihak lain yang bertaggungjawab menjadikan padang itu lebih baik, dan saya gembira dengan perkhabaran ini.”

Sepanyol adalah satu-satunya pasukan yang menjadi juara Euro secara back-to-back atau dua kali berturut-turut dalam sekarah pertandingan.

Namun dengan keadaan sekarang, anak buah Luis Enrique tiada pilihan lain selain daripada menang menentang Slovakia untuk mara ke pusingan kalah mati.

BACA:  Casillas Anggap Oblak & Ter Stegen Sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia