Perdebatan mengenai siapa pemain pemain terhebat, Greatest Of All Time atau G.O.A.T sentiasa menjadi perdebatan dan pertikaian dunia bola sepak dan kadang kala menjadi satu perbalahan di media sosial.
Antara perdebatan paling hangat sudah pasti perseteruan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi walaupun pertikaian siapa lebih handal antara Pele dan mendiang Diego Armando Maradona belum menemui titik noktah.
Perdebatan tiga penjuru siapa pemain tengah paling handal melibatkan Paul Scholes, Steven Gerrard dan Frank Lampard walaupun tidak sepopular figura diatas namun tidak pernah selesai jua.
🇨🇴 18. James Rodriguez – 122 goals
🇳🇱 14. Georginio Wijnaldum – 135 goals
🇧🇷 7. Kaka – 161 goals
🏴 2. Steven Gerrard – 206 goalsWait… does this settle the Lampard vs Gerrard vs Scholes debate? 😳https://t.co/UDf9yyfFgM
— GiveMeSport (@GiveMeSport) March 2, 2021
Dalam rancangan Monday Night Football yang bersiaran di saluran televisyen Sky Sports pada tahun 2019, jawapan Thierry Henry telah mencetuskan perdebatan di laman sosial.
Pada mulanya, Henry hanya ditanya siapa pemain idaman yang beliau mahu beraksi bersama sebelum ditanya lagi adakah pemain pilihannya itu lebih hebat berbanding pemain lain.
Selepas ditanya siapa pemain yang beliau ingin main bersama dalam satu pasukan dengan pantas Henry menjawab tanpa perlu berfikir panjang.
“Paul Scholes.” Ujar Henry
Gerrard at 35 vs Scholes at 35 🤐 pic.twitter.com/oC9Czp4cCI
— Koby (@UTDKoby) March 2, 2021
Bekas pemain pertahanan dan legenda Liverpool, Jamie Carragher kemudian cuba menguji Henry dengan soalan yang membandingkan Paul Scholes dan Steven Gerrard.
“Kau fikir Paul Scholes lebih baik berbanding Steven Gerrard?” Satu soalan berbentuk provakasi dari Carragher.
Henry cuba berdalih dengan tidak menjawab soalan Carragher itu secara terus yang mungkin akan mencetuskan perdebatan hangat.
“Aku hanya nak cakap, pemain seterusnya yang ingin aku beraksi bersama -sangat dekar- sudah pasti Stevie G.” Jelas Henry.
“Aku tetap memilih Paul Scholes dan aku sukakan Stevie G.”
Jamie Carragher: "Do you think Paul Scholes was better than Steven Gerrard?"
Thierry Henry: "I have to go with Paul Scholes, i love Steve G but Paul Scholes was just ahead in his head, he was making them tick he was making Manchester United tick" pic.twitter.com/Os0uHEXCEq
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) November 16, 2019
Henry kemudian menjelaskan kenapa beliau memilih Paul Scholes dan sangat mendambakan pemain tengah itu dengan satu penjelasan yang ringkas.
“Kepala otak Paul Scholes sentiasa berada di depan. Scholes menjadikan Manchester United kebal.”
“Setiap kali bermain menentang mereka, kami perlu mencari jalan untuk menyekat Scholes.”
“Aku fikir Stevie G hampir sehebat Scholes tapi Paul Scholes tetap akan menang.”
Among the Premier League's all-time top 10 players for total assists, Kevin De Bruyne leads the way for assists-per-game 🎯 pic.twitter.com/eugLSnsree
— ESPN FC (@ESPNFC) March 2, 2021
Jamie Carragher seperti tidak berpuas hati dengan pilihan Henry dan Henry kemudian mengangkat tangan tangan dan bertegas dengan pilihannya.
“Aku hanya cakap, Paul Scholes, Paul Scholes.”
Gary Neville yang merupakan bekas rakan sepasukan Paul Scholes di Manchester United nyata gembira dan tersenyum mendengar pemain pilihan Henry.
Jika dibandingkan populariti antara Paul Scholes dan Steven Gerrard sudah pasti legenda Liverpool itu jauh mendahului legenda Manchester United itu.
Paul Scholes career stats vs Steven Gerrard career stats pic.twitter.com/afQxi5Eefz
— Mike (@UTDMike__) February 19, 2021
Kisah Scholes jarang terpampang di media massa kecuali melibatkan aksinya dipadang dan mungkin pada ketika penghujung karier Scholes media sosial baru mula berkembang.
Bagi penulis siapa lebih hebat tak penting namun dapat menyaksikan aksi kedua pemain legenda ini suatu ketika dulu satu memori indah buat peminat bola sepak.
Lagipun siapa nak ambil peduli dengan pilihan penulis kan?
Yang pasti kedua-dua pemain legenda ini sangat cemerlang di kelab dan gagal membawa England ke puncak kejayaan.
Peminat Teragung Liverpool Ini menjelaskan Kenapa Gerrard
Peminat Liverpool paling agung di Malaysia ini yang terkenal dengan teori setanding Albert Einstein bahawa Premier League bermula pada tahun 2016 menjelaskan kenapa Steven Gerrard lebih hebat berbanding Paul Scholes.
Peminat Liverpool paling agung di Malaysia ini dengan penuh yakin dan berkeras telah menyatakan bahawa English Premier League(EPL) telah dijenamakan semula dan bermula pada tahun 2016 dalam program bual bicara Berbulu Dengan Burn.
Namun dalam rancangan yang sama juga, peminat ini sudah pasti telah memilih Steven Gerrard dan menyatakan sebab musabab kenapa Gerrard?
Selain statistik jaringan, assist dan penampilan Gerrard yang lebih baik dari Scholes, peminat Liverpool ini menjelaskan faktor kepimpinan Gerrard antara faktor utama beliau memilih Gerrard.
Gerrad sememangnya dikenali sebagai salah seorang ketua pasukan Liverpool yang paling hebat untuk Liverpool yang bertaraf legenda.
Istanbul 2005 antara permainan yang menampilkan kehebatan Gerrard selaku pemain dan tidak lupa kepada FA Cup Final 2006 menentang West Ham United.
Liverpool mencipta kebangkitan sensasi selepas ketinggalan 2-0 namun bangkit mengejar di mana Gerrard telah menjaringkan gol dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Lantaran kehebatan Gerrard itu dalam perlawanan itu, Final FA Cup 2006 juga dikenal sebagai Steven Gerrard Final.