Suluhan Laser Jadi Punca Mesir Tewas Di Tangan Senegal

Senegal berjaya menewaskan Egypt ketika aksi perlawanan akhir play-off pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar awal pagi tadi.

Juara saingan AFCON 2021 itu berjaya mendapatkan tempat untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar, sementara Mesir terpaksa akur tersingkir di pusingan play-off.

Senegal mencatat kemenangan menerusi aksi penentuan sepakan penalti, dengan para pemain mesir berdepan masalah suluhan laser ke muka mereka ketika mereka mahu mengambil sepakan penalti tersebut.

Perlawanan tersebut seolah-olah perlawanan ulangan aksi perlawanan akhir saingan AFCON antara Mesir dengan Senegal dan kali ini pemenang juga ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Mesir berjaya memenangi aksi leg pertama dengan keputusan 1-0, namun Senegal berjaya mengikat kedudukan dengan memenangi aksi leg kedua dengan keputusan sama.

Gol sendiri jaringan Hamdi Fathi sudah cukup untuk bantu Senegal mengikat Mesir 1-1 seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

Kedua-dua pasukan gagal untuk mencari gol tambahan dan pemenang perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan gagal untuk menyempurnakan dua sepakan penalti awal mereka dengan Kalidou Koulibaly menjadi pengambil sepakan pertama Senegal, dan Salah pengambil sepakan pertama Mesir.

Saliou Ciss dan Zizo kemudiannya turut gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti masing-masing sebelum Ismaila Sarr jadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol.

Amr El Solia kemudiannya turut berjaya menjaringkan gol untuk Mesir seterusnya menambah kesengitan pertembungan antara kedua-dua pasukan ini.

Bamba Dieng kemudiannya meledak gol untuk Senegal sebelum Mostafa Mohamed gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Mesir.

Sadio Mane sekali lagi menjadi wira kemenangan Senegal dengan beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti kelima, untuk membawa negaranya ke Piala Dunia.

Sepertinya ini kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan beliau membuat sahabatnya, Mohamed Salah menangis ketika beraksi di pentas bola sepak antarabangsa.

Walau bagaimanapun, para peminat sepertinya tidak menerima kenyataan yang pemain tetap perlu meneruskan aksi penentuan sepakan penalti, walau diganggu dengan suluhan laser.

“Bagaimana pengadil boleh meneruskan aksi penentuan sepakan penalti itu? Bukan satu dua laser, sampai penuh muka pemain dengan suluhan laser itu.”

“Suluhan laser dari penyokong Senegal ke arah muka Mohamed Salah itu sangat memalukan, dan saya hairan mengapa hal itu seolah tak dipedulikan.”

“Mengarut, macam mana Salah nak bagi perhatian kalau laser tu betul-betul dekat muka dia? Piala Dunia jadi pertaruhan dan hal macam ini dibenarkan. Memang tak adil.”

“Salah jarang sepak penalti tersasar jauh macam itu, jelas sekali ini semua punca dari suluhan laser itu. Kenapa benda tu nampak biasa saja di mata mereka?”

“Saya tak rasa keputusan itu adil, laser tu memang mengganggu pemandangan dan tumpuan. Adakah hal itu dibenarkan sekarang? Memalukan.”

Kemenangan ini berjaya membawa Senegal untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti dan mereka jelas sekali menjadi antara pasukan kegemaran pada musim ini.

Selepas menjuarai AFCON pada Februari lalu, skuad Senegal sendiri turut sangat berharap agar mereka akan mampu untuk mengharungi kempen yang lebih baik pada Piala Dunia Qatar ini nanti.

Senegal menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari saingan Piala Dunia 2018 berdasarkan peraturan fair play.

Kerana itulah mereka kali ini mahu memastikan skuad Senegal bakal mara sejauh yang mungkin dan turut berharap untuk muncul sebagai Juara.

Senegal kali ini memiliki skuad yang sungguh menakjubkan dengan mereka dibarisi oleh pemain-pemain berkelas dunia.

Dari penjaga gol, pertahanan, tengah hingga ke penyerang, Senegal memiliki barisan pemain berkelas dunia yang akan membantu mereka bersaing di pentas Piala Dunia nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Persekutuan Bola Sepak Mesir Nafi Dakwaan Salah Mahu Bersara Dari Arena Antarabangsa