Sungguh Gila dan Jahat Gol Patrik Schick, Gol Terbaik Euro 2020

Pemain Republic Czech, Patrik Schick telah menjaringkan gol yang sungguh gila dan sangat jahat ketika menentang Scotland di saingan Euro 2020 di dalam kumpulan D.

Ada yang menganggap gol ini sebagai gol terbaik Euro 2020 dan antara gol yang tercantik pernah dihasilkan dalam sejarah kewujudan Euro.

Tidak kurang juga ada yang mengangkat gol ini sebagai calon dan juga ada menyatakan gol ini layak untuk memenangi anugerah Puskas tahun 2021.

Scotland selaku tuan rumah telah melayani Republic Czech yang merupakan perlawanan pertama mereka di Euro 2020 dalam perlawanan yang berlangsung di Hampden Park, Mount Florida, Glasgow.

Ini merupakan penampilan pertama Scotland di Euro sejak tahun 1996 dan Scotland mara melalui pusingan kelayakan bukan atas tiket tuan Rumah.

Perlawanan berlangsung agak sengit dan Republic Czech terlebih dahulu menguji kubu Scotland melalui rembatan Patrik Schick namun berjaya ditepis penjaga gol Scotland, David Marshall.

Kemudian pemain pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson datang membalas dengan satu rembatan kencang ketika tidak dikawal berjaya ditepis Tomas Vaclik.

Republic Czech membuka tirai jaringan untuk berada dihapadan di penghujung separuh masa pertama hasil sundulan Patrik Schick yang menyundul masuk hantaran silang Vladimir Coufal.

Pemain pertahanan Scotland, Liam Cooper, gagal menghalang Patrik Schick walaupun cuba untuk mencabar bola hantaran Vladimir Coufal. Separuh masa kedua berlangsung dengan penuh aksi untuk tempoh 10 minit pertama.

Penjaga gol Scotland, David Marshall sekali lagi cemerlang apabila berjaya menepis keluar rembatan rendah jarak jauh dari Vladimir Darida.

Jack Hendry hampir sahaja menyamakan kedudukan namun rembatan sudah cukup lengkap segalanya namun nasib tidak menyebelahi apabila bola terkena palang.

Kemudian hantaran lolos Stuart Armstrong yang cuba mencari Lyndon Dykes selepas menerima hantaran dari Andy Robertson pula telah dipotong dengan tidak kemas oleh pertahanan Republic Czech.

Bola melambung tinggi menuju ke gawang sendiri ketika penjaga Republic Czech, gol Tomas Vaclik sudah keluar dari kawasan gol.

Namun Tomas Vaclik sempat berundur beberapa langkah lalu melayangkan badan kebelakang dengan melakukan satu tepisan sebelum Lyndon Dykes sempat menyambar bola tersebut.

Pada minit ke-52 cubaan rembatan jarak jauh Jack Hendry telah mengudang padah apabila bola terkena kaki pemain Republic Czech.

Bola melantun kembali ke kawasan Scotland dan Patrik Schick terus mengejar bola yang datang kepadanya dan Grant Hanley datang menghalang.

Namun Patrik Schick sudah membuat imbasan lebih awal mendapati penjaga gol Scotland, David Marshall telah keluar jauh ke atas meninggalkan gawang.

Usai melepasi beberapa kaki dari garisan tengan, Patrik Schick terus melakukan satu percubaan yang menyaksikan bola melencong dan terus masuk ke tengah gawang yang kosong.

Kecik kepala David Marshall mengejar namun tidak sempat untuk beliau melakukan apa-apa melainkan melihat bola itu masuka betul-betul dihadapan mata sendiri.

Gol yang sungguh gila lagi jahat telah terhasil selepas Andriy Yarmolenko menjaringkan gol yang diangkat sebagai calon gol terbaik ketika Ukraine menentang Belanda.

Jika gol Yarmolenko dianggap calon gol terbaik Euro 2020, gol Patrik Schick pula diangkat terus sebagai gol terbaik kejohanan dan boleh menjadi calon untuk anugerah Puskas.

Scotland Starting XI: Marshall, Hanley, Cooper, Hendry, O’Donnell, Armstrong, McGinn, McTominay, Robertson, Dykes, Christie.

Subs: McGregor, Adams, Gordon, Taylor, Turnbull, Nisbet, Fraser, McLaughlin, Patterson, Gilmour, Forrest, McKenna.

Czech Republic Starting XI: Vaclik, Coufal, Celustka, Kalas, Boril, Soucek, Kral, Masopust, Darida, Jankto, Schick.

Subs: Kaderabek, Brabec, Barak, Holes, Krmencik, Sevcik, Mandous, Zima, Hlozek, Vydra, Mateju, Pekhart.

Referee: Daniel Siebert (Germany).

Syarat Sah Pencalonan Anugerah Puskas

Jika diamati gol yang dijaringkan oleh Patrik Schick dan juga Andriy Yarmolenko tidak ada masalah dalam memenuhi syarat untuk dicalonkan untuk anugerah Puskas.

Menurut jumhur umara’ dari FIFA, mereka telah bersepakat bahawa terdapat empat rukun yang perlu dipenuhi untuk memenuhi syarat sah pencalonan.

1- Gol dijaringkan mestilah cantik.

Cantik itu subjektif. Antara gol yang boleh dikira sebagai cantik seperti gol jarak jauh, gol berpasukan, gol sepakan gunting, gol individu yang menggelecek 11 orang pemain lawan, gol guna hidung atau apa sahaja yang dikira sebagai cantik.

Nak tahu cantik tu macam mana, tepuk dada, tanya iman.

2- Gol mestilah dikira tanpa mengira kejohanan, jantina penjaring atau kewarganegaraan.

Gol yang dijaringkan perlu dimainkan di kejuaraan yang dianjurkan oleh FIFA atau badan bersekutunya. Jadi, kalau kau main liga Setia Alam atau liga Alumni kau jaringkan gol cantik macam mana sekalipun, kau tetap tak akan dicalonkan ke anugerah Puskas.

Jadi berhentilah mencuba.

Dalam kes Herold Goulon, golnya yang cantik layak untuk dipersembahkan oleh FAM kepada FIFA untuk pencalonan anugerah Puskas, walaupun dia bukan warganegara Malaysia.

Andai Alan Shearer kembali dari persaraan bermain untuk Melaka United dan jaringkan gol cantik, gol tersebut tetap layak untuk dicalonkan.

3- Gol mestilah bukan bernasib baik, hasil kesilapan, bola tertampan atau pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

Dengan kata lain, gol mestilah hasil kerja yang dirancang. Kalau pemain yang menjaringkan gol tersebut berada dalam keadaan ofsaid, meskipun gol tersebut dikira dalam perlawanan, ia tetap tidak sah untuk dibawa ke anugerah Puskas.

4- Gol mestilah mengikut lunas-lunas fair play.

Maksudnya di sini pemain yang menjaringkan gol atau terlibat dalam jaringan mestilah berperangai elok. Contohnya kau jaringkan gol dalam Liga Super di stadium Darul Makmur.

Selepas jaringan cantik sepakan gunting dari tengah padang, kau celebrate sambil berbogel, maka gol ini tidak akan dibawa ke tengah. Kalau kau balut dulu sebelum bermain dan disahkan positif, maka gol tersebut juga tidak akan dipandang mulia.

BACA:  Kerana Golongan Kayangan UEFA Tidak Mahu Kuarantin, Final EURO 2020 Mungkin Dipindahkan Keluar Dari England