Sungguh Jahat Dan Kurang Ajar Gol Ketiga PSG Jaringan Neymar

Neymar telah menutup ruang kebangkitan Manchester United untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri dengan gol ketiga PSG melalui satu goi yang sungguh jahat dan kurang ajar gayanya.

Gol ini terhasil melalui satu serangan balas pantas ketika Manchester United leka menyerang bagi mencari gol penyamaan tapi sayang, Neymar berjaya merampas bola.

Sebelum itu satu serangan balas pantas telah diperoleh PSG melalui satu larian kencang Kylian Mbappe tetapi bocah ajaib itu memilih untuk mencuba sendiri.

Percubaan Kylian Mbappe sedikit tersasar ketika Neymar sudah sampai untuk memberi bantuan dan menerima hantaran ketika tidak dikawal.

Tidak lama masa berselang Neymar berjaya merampas bola dan berjaya melepasi empat pemain Manchester United yang datang menerkam dengan gelecekan yang menggiurkan.

Neymar kemudian menghantar bola kepada Mbappe yang menyambung larian kilat sebelum membelah pertahanan Setan Merah dengan hantaran lolos.

Rafinha membawa bola hantaran Mbappe ke kiri gawang memaksa David De Gea meluru keluar dan melakukan hantaran kepada Neymar yang berada di ruang selesa.

Harry Maguire cuba menyekat dan menutup ruang kerana De Gea sudah keluar namun beliau telah jatuh tersungkur dan mudah Neymar menolak leret bola ke gawang.

Meleleh saja bola itu masuk diantara De Gea dan Maguire yang nyata tidak terdaya untuk melakukan apa-apa kecuali melihat bola masuk.

Nyata Neymar dan Mbappe menjadi duri dalam dagin buat Manchester United dalam perlawanan ini apabila memaksa Fred dan Scott McTominay melakukan kekasaran.

Scott McTominay(5) dan Fred(4) telah melakukan 9 kekasaran ke atas pemain PSG dan secara total satu pasukan PSG hanya mencatatkan 10 kekasaran.

Manchester United bermain agak baik dalam perlawanan ini selepas Neymar membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 perlawanan.

Berpunca daripada rembatan Anthony Martial yang ditepis Keylor Navas bola telah sampai ke kaki Aaron Wan Bissaka yang terus menghantar kepada Marcus Rashford.

Rembatan Ranshford telah terbias kaki pemain PSG dan membuatkan Keylor Navas akhirnya tertewas untuk gol penyamaan.

Fred mencuri tumpuan pada separuh masa pertama apabila pertengkaran mulut kepada satu reaksi balas fizikal dan Leandro Daniel Paredes telah rebah gelepar dodam-dodam di tanah.

Satu tindakan bodoh dari Fred mujurlah melalui rujukan Video Assistant Referee(VAR) hanya kad kuning dilayangkan.

Fred terselamat buat kali kedua selepas melakukan terjahan lewat dan telah memijak kaki Leandro Daniel Paredes namun Fred akhirnya terciduk di babak kedua.

Sejurus selepas gol kedua PSG daripada Marquinhos, Fred dilayangkan kad merah kerana terjahan entah apa-apa.

Entah kenapa Ole Gunnar Solksjaer tidak menukar Fred di awal separuh masa kedua kerana bunga-bunga kad merah sudah jelas.

Bermain 10 orang dan dengan pertukaran boleh dilakukan sehingga 5 orang tidak menjadi masalah untuk PSG menambah lipas kudung di dalam perlawanan.

Dan perlawanan berakhir dengan gol yang jahat lagi kurang ajar dari Neymar. Padan muka! Matang dan Sejahtera konon!

BACA:  Neymar Dedahkan Lima Pemain Yang Berkemahiran Teknikal Sepertinya