Syahmi Safari Penjaring Gol Terbaik Piala AFF 2018

Di kejohanan Piala AFF Suzuki edisi 2018, pemain pertahanan Malaysia, Syahmi Safari telah terpilih sebagai pemenang penjaring gol terbaik kejohanan di Malam Anugerah AFF 2019.

Gol tersebut telah dijaringkan oleh Syahmi Safari dalam perlawanan menentang Thailand di separuh akhir kedua di Stadium Rajmengala, Thailand.

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) mencadangkan gol tersebut untuk dihantar untuk anugerah PUSKAS. Lepas tu tiada khabar berita.

Syahmi yang tidak hadir ke anugerah tersebut kerana berada di kem latihan pusat bersama pasukan Harimau Malaya, bersyukur dengan kemenangan ini dan mengutuskan ucapan terima kasih.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang menghadiri majlis berkenaan telah menjadi wakil Syahmi bagi menerima anugerah itu.

Selain itu Syahmi juga telah dipilih berada dalam Kesebelasan Terbaik AFF(BestXI) yang turut menyenaraikan dua lagi pemain Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Syamer Kutty Abba.

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tersenarai sebagai tiga calon akhir bagi Jurulatih Terbaik yang dimenangi ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo.

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya juga turut tercalon dalam senarai tiga calon akhir bagi Pasukan Terbaik Lelaki tetapi tewas kepada Vietnam.

Bagaimana Gol Padu Syahmi Safari Terhasil?

Gol padu dan cantik Syahmi Safari terhasil menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018.

Gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan deras Syahmi.

Gol tersebut merupakan gol penyamaan dari Syahmi selepas pasukan negara jiran, Thailand terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-21 hasil jaringan Thitipan Puangchan.

Harimau Malaya tidak perlu menunggu lama apabila 7 minit kemudian pemain pertahanan Syahmi Safari menyamakan kedudukan.

Syahmi Safari merembat kencang menewaskan penjaga gol Thailand dan bola masuk penjuru gawang lalu terkulai layu.

1. Gol ini bermula dari bawah di mana penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias telah menghantar bola kepada Shahrul Saad, kemudiannya bola dihantar kepada Nazirul Naim.

2. Nazirul Naim tidak memegang lama lalu menghantar pula bola kepada Akram Mahinan dan segera membuat larian untuk kembali menerima bola.

3. Selepas menerima bola kembali, Nazirul Naim segera menghantar kepada Syamer Kutty Abba sebelum Nazirul kembali mendapat bola sekali lagi dan terus menghantar kepada Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo.

4. Matyo memilih menghantar bola kepada Syahmi Safari yang membuat larian dari bawah di sebelah kanan.

5. Larian dibuat Mohamadou Sumareh dan Zaquan Adha Abd Radzak yang terus naik ke atas telah berjaya menarik pemain Thailand dan memberi masa serta ruang secukupnya kepada Syahmi untuk melepaskan rembatan.

6. Boom!! Satu jaringan padu terhasil dan gol Syahmi Safari telah terpilih sebagai gol terbaik kejohanan.

Pada edisi 2018 Malaysia berjaya ke Final untuk bertemu Vietnam dalam dua perlawanan akhir yang sungguh sengit, Malaysia seri 2-2 dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam perlawanan kedua Malaysia tewas tipis 1-0 dan melayakkan Vietnam bergelar juara dengan agregat 3-2 dan meraih gelaran juara Piala AFF buat kali kedua.

Penyokong Vietnam Menyantuni Ekor Harimau Malaya

Penyokong Vietnam memenuhi segenap ruang jalanraya bagi meraikan kejayaan selepas berjaya muncul juara Piala AFF Suzuki 2018 yang merupakan gelaran kedua mereka.

Laluan yang sama dilalui oleh sekumpulan penyokong Malaysia untuk pulang dan sepanjang perjalanan itu mereka menyantuni Ekor Harimau Malaya dengan penuh hormat.

Mereka memberi laluan kepada Ekor Harimau Malay. Ada yang bersalaman dan berpelukan tanda penghormatan antara satu sama lain.

#respect

BACA:  Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam