Ini kisah benar walaupun seperti tidak masuk akal apabila sebuah syarikat di UK bakal berdepan kerugian besar hampir RM2 juta (£360,000) kerana telah mencetak sebanyak 18,000 helai baju England yang tertera perkataan ‘England World Cup Winners’.
Agak boleh diterima akal jika individu dan bukan syarikat yang membuat perkara seperti ini, satu percaturan berani mati dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Ini bukanlah pra-tempahan tetapi stok tersedia dan sudah boleh dibeli oleh penyokong England namun satu dunia sudah tahu England telah selamat pulang ke rumah dari Piala Dunia.
Perjalanan England di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar berakhir di peringkat suku akhir di kaki juara bertahan Perancis.
Company faces ‘major loss’ after buying 18,000 ‘England World Cup winners’ shirts https://t.co/Bz6VD0v7uH
— The Independent (@Independent) December 12, 2022
Seluruh England berdukaan dengan kegagalan mereka dan buat seorang ahli perniagaan bernama Karl Baxter yang berpangkalan di Dorset kekecewaannya mungki ganda 23 dan bukan kepalang lagi.
Encik Baxter, pengarah urusan Wholesale Clearance UK yang berpangkalan di Dorset, ingin menjual t-shirt sebanyak 18,000 helai stok tersedia pada harga £29.99 setiap satu tetapi kini terpaksa menukarnya pada harga yang jauh lebih rendah.
Apakah mesej pada baju itu? Cetakan di baju itu jika dibaca dengan kuat berbunyi:
“England, pemenang Piala Dunia 2022. Ia [Bola sepak] akhirnya pulang.”
Orang ramai kini boleh mendapatkan baju kenang-kenangan itu hanya dengan harga potongan serendah £9.99. Apa tunggi lagi kesian Encik Baxter.
Encik Baxter menjelaskan dalam kenyataan akhbar:
“Saya benar-benar kecewa kerana England telah tersingkir daripada Piala Dunia.
“Saya sangat kagum dengan prestasi England di Qatar dan pasti mereka akan memenangi kejohanan tahun ini. Apabila didekati oleh pembekal untuk menjual baju itu, saya langsung tidak boleh berkata, ‘Tidak.'”
Dengan mengalami kekecewaan berganda dan kepercayaan kepada harapan yang bukan-bukan, kini Encik Baxter berada dalam kebuntuan apakah tindakan terbaik perlu diambil selepas membuat tindakan tanpa berfikir panjang.
“Tetapi sekarang saya telah ditinggalkan dengan 18,000 baju yang mengatakan mereka telah menang, dan saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan.”
“Saya ingin merayu kepada peminat England untuk membeli salah satu jersi, untuk mengekalkannya sebagai secebis sejarah dan peringatan betapa baiknya pasukan kami bermain sepanjang kejohanan.”
“Walaupun mereka belum menang, mereka masih pemenang dalam mata saya.”
A company is facing losses of €419,000 after making 18,000 England World Cup winner shirts before Gareth Southgate's side were dumped out of the tournament #WorldCup2022 #WorldCup https://t.co/ZqN7C2FvQZ
— Irish Mirror Sport (@MirrorSportIE) December 13, 2022
Untuk menyedapkan hati sendiri mungkin, Encik Baxter menyatakan bahawa England tetap pemenang baginya walaupun poketnya koyak teruk untuk mendapatkan kembali RM2 juta (£360,000).
Dalam laman sesawang Wholesale Clearance Stock di mana baju ini turut dijual telah memaparkan ayat menjual yang begitu yakin akan kemampuan England bergelar juara.
“Sebaik sahaja kita berurusan dengan Perancis pada hari Sabtu 10hb – tidak akan ada yang menghalang raksasa Inggeris…atau sekurang-kurangnya itulah yang kita fikirkan! Kami sangat yakin bahawa England akan memenangi Piala kali ini, kami akan mengeluarkan baju pemenang unik kami!”
“Jadi inilah peluang anda untuk menjadi yang pertama memakainya dengan kebanggaan singa dan berada di sana menunjukkan warna anda apabila Harry mengangkat trofi yang terkenal itu.”
“Kita boleh dengar sekarang…Juara Dunia…ENGLAND!!”
Selepas kekalahan England ayat penerangan untuk menjual baju ini telah diedit dengan kenyataan tambahan yang sangat menghiburkan dan belilah untuk mencuci tingkap:
“Nah…ini tidak berjalan seperti dirancang! Terima kasih kepada beberapa keputusan yang meragukan, impian piala England berakhir sehingga kejohanan seterusnya.
“Kami telah mengurangkan harga barangan unik ini kerana kami pastinya tidak akan mendapat apa-apa lagi! Jadi pakai dengan bangga, tambah koleksi anda, guna untuk bersihkan tingkap…kami tak tahu :(”
“England masih menang di mata kita. Rahsia Santa sesiapa?”
Spekulasi mengenai kedudukan Southgate sebagai pengurus telah berkembang sejak kebelakangan ini dan semoga Encik Baxter tidak mencetak baju Southgate pula.