Penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny telah mendedahkan bahawa di kalah €100 selepas bertaruh dengan Lionel Messi bahawa pengadil tidak akan memberikan sepakan penalti kepada Argentina.
Keputusan sebaliknya telah dibuat oleh pengadil dan ketika berbicara kepada wartawan dari Norway, Arilas Ould-Saada penjaga gol Poland itu berkata:
“Aku kalah pertaruhan kepada Messi.
“Aku tak tahu jika ini (bertaruh) dibenarkan di Piala Dunia. Aku berkemungkinan akan dikenakan denda kerananya. Aku tak peduli sekarang.
Når du taper veddemål mot Messi, men nekter å betale😅
🎤@arilasos pic.twitter.com/fe6Bc6iH2q— TV 2 Sport (@tv2sport) November 30, 2022
Wojciech Szczesny menyatakan bahawa di tidak akan membuat bayar kepada Messi dan Mesi pun tak kisah.
“Aku juga tidak akan membayar kepada Messi. Messi pun tak ambil kisah tentang €100 tu.”
Penalti itu telah memberi peluang kepada Argentina yang pastinya mahukan kemenangan untuk berada dihadapan dan Messi tampil memikul tanggungjawab.
Tidak pasti Wojciech Szczesny akan diambil tindakan oleh FIFA atau tidak kerana pemain tidak dibenarkan untuk terlibat dalam pertaruhan dan ini mungkin hanya satu gurauan sahaja.
Wojciech Szczęsny tells @tv2sport he bet Lionel Messi €100 the penalty wouldn’t be given and he will “probably be banned” for admitting this.😂 pic.twitter.com/VFBap9xPLy
— Ben Jacobs (@JacobsBen) November 30, 2022
Penjaga gol berusia 32 tahun itu telah dipersalahkan oleh pengadil kerana telah mengasari Messi dalam situasi yang tidak boleh dielakkan dan disengajakan.
Argentina telah dihadiahkan sepakan penalti yang agak kontroversi ketika Lionel Messi cuba melakukan tandukan namun telah tersasar.
Malang buat buat Wozniak Szczesny yang cuba menyelamatkan situasi melayangkan badan untuk menghalang dan tangannya terkena kepala Messi.
Pengadil buat tak tahu saja untuk meneruskan perlawanan namun campur tangan VAR telah merubah keputusan itu kepada penalti.
Sangat lembut untuk diberikan penalti tetapi cukup syarat untuk diberikan kerana terjadi kekasaran ketika bola sudah hampir keluar.
Tidak logik juga untuk Wozniak Szczesny yang berada di udara untuk mengelak kerana semuanya terjadi dengan pantas.
Namun pertimbangan untuk menentukan samada penalti atas tidak bergantung kepada penilaian akhir pengadil dan pengadil memberikan sepakan penalti untuk Argentina.
Wozniak Szczesny telah menafikan sepakan penalti Lionel Messi dengan hadangan tangan kiri yang gagah perkasa seperti Hell Boy.
Szczesny Tahu Arah Sepakan Messi
Selepas yakin bahawa pengadil tidak akan berikan penalti kepada Argentina sehingga sanggup bertaruh tetapi kalah, keyakinan diri Szczesny tidak pernah berkurang.
“Aku segera memberitahu pengadil, aku ada menyentuh Messi dengan tangan di muka tetapi hanya menyentuh bahagian tepi je.”
“Aku juga memberitahu dia ada sentuhan tapi aku tidak fikir itu penalti. Pengadil buat keputusan sebaliknya dan nak buat lagu mana aku terpaksa la aku menunjuk-nunjuk.
Wojciech Szczesny told everyone to calm down before he saved Messi's penalty 🥶 pic.twitter.com/AIFA2wBQAe
— ESPN FC (@ESPNFC) November 30, 2022
Szczesny telah mendedahkan dalam satu temurahma selepas perlawanan kepada TV 2 Sport, bahawa dia sentiasa tahu ke mana arah sepakan penalti Lionel Messi.
“Sekarang aku boleh cakap aku tahu ke mana Messi akan rembat, masa tu aku tak pasti sangat.”
“Leo akan lihat kepada penjaga gol dalam sesetengah penaltinya dan akan merembat deras. Aku tahu Messi akan merembat deras yang lebih ke arah kiri aku.”
“Aku lihat dia tidak berhenti, jadi aku terbang, aku rasai, aku pertahankan. Aku gembira penalti ini memberi makna besar di akhir perlawanan.”
“Kepuasan yang sangat besar. Aku berhutang budi dengan pasukan.
Before he stopped Lionel Messi on a PK and likely rescued Poland in the World Cup, Wojciech Szczęsny seemed to know he'd make the save 👀https://t.co/mKHjN2Dd7Z
— For The Win (@ForTheWin) November 30, 2022
Telahan dan penakkulan dari penjaga Poland itu tepat, Messi membuat sepakan ke arah kirinya dan layangan badan ke arah tepat dilakukan Szczesny menepis keluar rembatan keras Messi dengan sebelah tangan.
Awal babak kedua, Alexis MacAllister akhirnya berjaya menewaskan Wozniak Szczesny dengan satu rembatan leret yang gagal diselamatkan selepas menerima hantaran Nahuel Molina.
Tanpa aksi melawan dari Poland Julian Alvarez menggandakan kedudukan pada minit yang ke-67 dan Argentina gagal menambah jaringan walaupun banyak percubaan hadir selepas itu.
Poland tewas 2-0 namun mengiringi Argentina ke pusingan 16 terakhir, Mexico menewaskan Arab Saudi 2-1 dan jaringan saguhati lewat permainan Arab Saudi membolehkan Poland layak dengan perbezaan gol.
Group C kept us on the edge of our seats! #ARG and #POL are heading to the last 16.
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 30, 2022
Sebab itulah Szczesny berkata bahawa penyelamatan sepakan penalti itu memberi makna besar di akhir perlawanan dan Poland layak melalui perbezaan gol.
Jika Arab Saudi tidak menjaringkan gol lewat permainan, perbezaan gol akan terikat dan Poland tetap layak melalui rekod fair play.
Diperingkat kumpulan Mexico mengutip 7 kad kuning berbanding Poland hanya mengutip 5 kad kuning.