Taktikal 5-5-0 Simeone Cetus Perdebatan Hangat Peminat Di Media Sosial

Taktikal Diego Simeone ketika aksi pertemuan antara Atletico Madrid bertemu Manchester City di peringkat suku akhir saingan Champions League awal pagi tadi telah mencetuskan perdebatan hangat para peminat di media sosial.

Beliau dilihat bermain dengan sistem 5-5-0 ketika aksi leg pertama yang dilangsungkan di Etihad itu.

Atletico Madrid sebelum ini berjaya menewaskan Manchester United di pusingan 16 terbaik dan kini mereka kembali ke bandar Manchester untuk bertemu jiran setan merah.

Ketika bertemu United, Atletico mungkin tidak begitu berdepan dengan serangan bertubi-tubi dari jentera serangan lawan.

Walau tak berdepan serangan bertubi-tubi namun Atletico ketika itu masih tetap bermain dengan corak permainan ultra defensive.

Berbeza dengan aksi bertemu Man City, Diego Simeone jelas sekali sedar yang Pep Guardiola memiliki corak permainan menyerang yang sangat menyeramkan.

City sangat terkenal dengan gaya permainan menyerang mereka dan gergasi La Liga itu mahu memastikan mereka tak bolos banyak dan bakal bawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik di Wanda Metropolitano nanti.

Para peminat di media sosial perasaan yang Simeone bermain tanpa menggunakan pemain penyerang dan beliau bermain dengan sistem ultra defensive.

Satu-satunya hal mengapa beliau melakukan hal itu adalah untuk memastikan jentera serangan City tak terlalu bermaharajalela dan mengelak dari bolos banyak.

“Bermain ultra defensive, memang taktik kuno dan membosankan. Simeone patut main dengan lebih berani.”

“Saya menyampah dengan cara penakut Simeone. Adakah dia rasa masih relevant untuk bermain taktikal ultra defensive seperti ini?”

“Kebiasaannya taktikal terlalu bertahan akan memakan diri dan mereka akan kalah sebab terlalu beri tumpuan untuk bertahan.”

“Dah memang semula jadi dia tak berani main secara terbuka, ini pentas Champions League bukan La Liga, mereka patut lebih berani bermain di pentas Eropah.”

“Corak permainan terlalu bertahan ni membosankan, saya rasa dia patut berhenti main cara macam ini. Dia patut lebih berani lagi.”

Tidak keterlaluan untuk katakan yang taktikal Diego Simeone sebenarnya agak berhasil dengan beliau berjaya memastikan City tak kenduri gol dalam perlawanan ini.

City bergelut untuk melancarkan serangan ke kubu Atletico Madrid terutama pada aksi babak pertama permainan.

Ketika awal aksi babak kedua, pasukan pelawat nyaris mahu menjaringkan gol pertama namun malangnya jentera serangan City gagal untuk memanfaatkan kesempatan yang ada.

Namun pada minit ke-70 permainan, Manchester City akhirnya berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Kevin De Bruyne yang cemerlang menyempurnakan hantaran cantik dari Phil Foden.

Ketika ramai peminat yang mempertikaikan tentang taktikal bertahan Simeone, ada juga segelintir peminat yang tampil mempertahankan sistem permainan pengurus Atletico Madrid itu.

“Kenapa kalau menang dengan taktikal menyerang tanpa henti dipuji dan disanjung tapi bila main bertahan di keji dan dihentam?”

“Saya tak faham, kenapa perlu hentam dia main bertahan? Kenapa tak nak akui yang keputusan dia bijak? Dia bolos satu sahaja dan lepas ni akan main di halaman mereka sendiri.”

“Saya keliru sebenarnya, bila main pressing, menyerang, orang tak cakap apa-apa yang buruk, tapi kenapa main bertahan dikritik?”

“Bukankah bertahan itu juga sebenarnya satu hal yang dituntut dalam bola sepak? Bila dia ada perancangan untuk menang dan rancangan itu perlu main bertahan, kenapa perlu kritik?”

“Dalam bola sepak sekarang saya rasa taktikal menyerang sahaja yang akan dipuji, taktikal bertahan memang akan dikritik sepanjang masa.”

Jelas sekali corak permainan 5-5-0 Atletico Madrid telah mencetuskan perdebatan hangat para peminat di media sosial pada ketika ini.

Adakah salah untuk Atletico Madrid main terlalu bertahan? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  [VIDEO] Seorang Pemain Dibuang Padang Kerana Meniru Keraian Gol 'Cojones' Simeone