Takumi Minamino Mengaku Sedang Pertimbang Soal Masa Depannya Di Anfield

Takumi Minamino akan mempertimbangkan masa depan beliau bersama Liverpool selepas berakhirnya aksi perlawanan akhir saingan Champions League di Paris hujung minggu ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan turun beraksi bertemu Real Madrid, dengan mereka bertekad mahu memenangi gelaran Champions League ketujuh kelab musim ini.

Perlawanan itu juga berpotensi untuk menjadi aksi perlawanan terakhir Takumi Minamino bersama Liverpool kerana beliau berpotensi meninggalkan Anfield musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Jepun itu ditandatangani oleh The Reds dari RB Salzburg pada jendela perpindahan Januari tahun 2020.

Beliau walau bagaimanapun kurang mendapat tempat dalam skuad utama dan lebih kerap digunakan ketika aksi dalam saingan Cup competition.

Sepanjang setahun setengah di Anfield, Takumi Minamino sepertinya tidak mendapat minit permainan yang mencukupi.

Selepas hanya membuat 19 penampilan sahaja dari 12 bulan pertama beliau di Anfield, Jurgen Klopp memutuskan untuk meminjamkan Takumi Minamino kepada Southampton pada Januari 2021.

Dalam perjanjian selama enam bulan sebagai pemain pinjaman itu, Takumi Minamino berjaya menjaringkan 2 gol dari 10 perlawanan bersama The Saints.

Walau sudah dipinjamkan ke luar, namun hal itu sepertinya tidak begitu membantu untuk pemain berusia 27 tahun itu sertai skuad utama musim ini.

Takumi Minamino pada musim ini hanya membuat 11 penampilan sahaja dalam saingan Premier League, dan beliau sepertinya sudah bertekad mahu meninggalkan Anfield penghujung musim ini.

“Saya ada perlawanan bersama Jepun juga (pada Jun) dan memang tak ada masa untuk berehat, tapi saya akan memikirkan tentang masa depan saya selepas perlawanan akhir Champions League.”

Jelas Minamino kepada Kyodo News.

“Pertama sekali saya perlu beri tumpuan kepada perlawanan.”

Klopp sebelum ini sangat terpukau dengan persembahan Minamino selepas beliau berjaya menjaringkan gol di Anfield dalam aksi kemenangan 4-3 Liverpool ke atas Salzburg ketika kariernya masih di Austria.

Tiga bulan sahaja selepas aksi hebat beliau bertemu Liverpool itu berlalu, Takumi Minamino kemudiannya segera di hubungi oleh Liverpool yant kemudiannya mengaktifkan klausa perlepasan beliau bernilai £7.25 juta itu.

Musim ini secara keseluruhannya beliau sudah berjaya menjaringkan 10 gol dari 24 penampilan dalam semua pertandingan dan tujuh gol darinya dijaringkan dalam saingan Cup competition.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Liverpool berjaya memenangi dua piala pada musim ini berkat kehebatan dan persembahan mantap yang dipersembahkan oleh Minamino.

Beliau memainkan peranan penting dalam usaha Liverpool untuk layak ke aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup dan FA Cup.

Tanpa Minamino, Liverpool belum tentu akan mampu memenangi dua piala itu dan jelas sekali andai beliau pergi The Reds akan terasa kehilangannya.

Selain Minamino Divock Origi juga merupakan pemain terpenting yang membantu Liverpool mara ke dua aksi perlawanan akhir saingan Cup competition musim ini.

Gandingan mereka berdua jelas sekali berjaya membantu menajamkan jentera serangan Liverpool dan walau digandingkan bersama skuad muda, namun kedua-dua mereka tetap mampu memberikan yang terbaik.

Divock Origi sudah sah akan meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini dengan bintang kebangsaan Belgium itu turut sudah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Liverpool selepas tamat aksi bertemu Wolverhampton Wanderers minggu lalu.

Tidak pasti ke mana destinasi beliau selepas ini, namun satu hal yang pasti, kehilangan Origi akan sangat-sangat dirasai oleh para penyokong dan skuad The Reds itu sendiri.

Dan seandainya Minamino juga turut pergi meninggalkan kelab, maka ia satu tamparan yang hebat untuk calon juara saingan Champions League 2022 itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jurgen Klopp Dedah Pemain Yang Paling Perit Untuk Dilepaskan