Peminat sukan terjun tentunya ada melihat beberapa insiden terjunan tak menjadi oleh para penerjun di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Terbaru tentunya ketika melihat bagaimana Pamela Ware gagal melakukan terjunan ketika aksi 3m papan anjal minggu lalu.
Walau bagaimanapun, sebenarnya ada satu terjunan yang lebih teruk dari itu pernah dilakukan oleh seorang atlet lelaki dalam sejarah sukan Olimpik ini.
Woke up and still can't get passed #PamelaWare epic fail. I feel soo bad for her😂😂😂 #diving #Olympics pic.twitter.com/26QLS8sZHZ
— Shaquille Omari (@shaq_omari) August 3, 2021
Antara aksi terjunan paling teruk dalam sejarah sukan Olimpik adalah terjunan dari Stephan Feck ketika beraksi di temasya Olimpik London pada tahun 2012.
Stephen ketika itu beraksi dalam acara 3m papan anjal lelaki, dengan beliau bersedia untuk melakukan terjunan ‘foward 3½ somersault dengan kesukaran 3.1.
Penerjun dari Jerman itu tampil penuh bersemangat dengan beliau benar-benar memberi tumpuan untuk terjunannya.
Walau kaki beliau sedikit tergelincir sebelum melayangkan diri ke udara, namun somersault yang dilakukan nampak agak menjadi.
It was three years ago but who can forget Stephan Feck's disastrous dive?
Watch: http://t.co/jPGxV8N3Bt#BBCRio2016 pic.twitter.com/FIABh5InUZ
— BBC Sport (@BBCSport) August 5, 2015
Namun penyudah untuk aksi terjunan beliau menemui kegagalan dan kebinasaan dengan belakang badannya terlebih dahulu masuk ke dalam air.
Mungkin ketika beliau mahu melakukan entry, tangannya masih memegang kakinya dan menyebabkan beliau hilang segala langkah untuk menghasilkan entry yang cantik.
Percikkan air juga terlalu besar seperti ombak di pantai Port Dickson, dan kerana itu, para pengadil memberikan markah kosong pada terjunan beliau dan Stephen terus tersingkir pada terjunan beliau yang seterusnya.
Mujur saja insiden itu tidak membuatkan beliau patah semangat kerana Stephen turut bertanding dalam acara sama ketika temasya Olimpik di Rio pada tahun 2016.
Ketika Pamela Ware melakukan kesilapan dalam terjunan akhirnya diperingkat separuh akhir, beliau telah membuat kenyataan di laman instagram miliknya dengan menyatakan:
“Apa yang kami lakukan dalam pertandingan ini hanyalah antara sedikit usaha yang kami lakukan untuk sampai di mana kami berada ketika ini. Saya sudah bersedia untuk pertandingan ini, dan saya melakukan kesilapan. Ia sebenarnya boleh berlaku pada sesiapa saja, tapi ia berlaku pada saya pada waktu yang salah.”
Yes!!!! Stephan Feck. #diving #rio2016 pic.twitter.com/hRH2lJmv0T
— Lady Laura (@LawaLaura) August 10, 2016
Jika Pamela melakukan kesilapan yang dianggap antara terjunan yang teruk dan Stephen Feck pula dianggap pernah melakukan terjunan paling teruk dalam sejarah, peminat beruntung kerana dapat melihat terjunan yang terbaik dari penerjun berusia 14 tahun di temasya Olimpik Tokyo ini.
Anak muda China, Quan Hongchan telah mempamerkan aksi terjunan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi peringkat akhir acara terjun 10m platform hari ini.
Pertama kali dalam sejarah, seorang atlet wanita mampu mencatatkan tiga markah sempurna (perfect 10) dari lima lompatan untuk memenangi pingat emas.
Quan ketika ini baru berusia 14 tahun dan beliau merupakan atlet paling muda dari kontijen China di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.
FUHH !! QUAN HONGCHAN PERFECT 10 !!
#Olympics pic.twitter.com/2PDJqbXKlX— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2021
Beliau berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan rakan senegaranya sendiri, Chen Yuxi dengan mengumpul 466.20 mata.
Rakan senegaranya, Chen Yuxi yang juga merupakan Juara Dunia dan turut memenangi pingat emas dalam acara 10m synchronised, mengakhiri acara ini dikedudukan kedua dengan mengumpul 425.40 mata.
Atlet dari Australia, Melissa Wu berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara ini selepas beliau mengumpul 371.40 mata, jauh dipisahkan dari Quan dan Chen, namun tetap yang terbaik dari atlet lain.
Sensational from #CHN's Quan Hongchan!
The 14-year-old receives two perfect 10 scores as she wins gold in the women's 10m platform #Diving.@fina1908 pic.twitter.com/1Y0badJv60
— Olympics (@Olympics) August 5, 2021
Quan telah diberikan markah penuh (perfect 10) dari kesemua tujuh pengadil pada lompatan kedua dan lompatan keempat beliau.
Untuk lompatan kelima beliau pula, enam pengadil telah memberikan marah penuh, sementara seorang lagi pengadil memberinya 9.5, namun ia cukup untuk menjadikan markahnya 90.00 mata.
quan hongchan, youre going places. shes only 14 OMGGGGG!!! #Olympics #Diving pic.twitter.com/J6ReQBGtuK
— yena (@yenanot) August 5, 2021
Quan sebenarnya pertama kali bertanding di luar dari China, namun hal itu sedikit pun tidak membuatkan beliau gentar atau berdebar.
Beliau dilihat sangat tenang beraksi sepanjang kejohanan ini dan ramai yang kagum dengan ketenangan yang Quan miliki walau beliau baru berusia 14 tahun.
Sumber: GMS