Terry: Chelsea Tidak Menyesal Lepaskan De Bruyne, Lukaku dan Salah

Bekas kapten Chelsea, John Terry menegaskan kelab lamanya itu tidak menyesal dengan keputusan mereka melepaskan bekas pemain yang kini menjadi tonggak utama pasukan lawan.

Chelsea telah dikritik kerana melepaskan pemain muda seperti Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne dan Mohamed Salah kepada kelab luar. Ketiga-tiga bekas pemain ini kini menjadi tonggak utama kepada pencabar Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris ketika.

Permata berharga yang dilepaskan Chelsea

De Bruyne dilepaskan Chelsea untuk menyertai Wolfsburg di Jerman . Beliau tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan kepada Chelsea apa yang mereka lepaskan selepas menyerlah bersama kelab Jerman tersebut dalam masa yang singkat. Persembahan De Bruyne telah menarik minat Manchester City dan pengurus City ketika itu, Manuel Pellegrini cepat bertindak untuk menandatangani pemain ini sebelum disambar kelab besar yang lain.

Perjalanan karier Lukaku dan Salah hampir serupa dengan apa yang dilalui De Bruyne. Lukaku berkelana ke Everton selama beberapa musim sebelum Mourinho mengambil keputusan untuk mendapatkan pemain yang dilepaskan beliau ketika menguruskan Chelsea.

Salah pula berhijrah ke Itali untuk bermain bersama AS Roma dan disana, beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk membantu Roma meraih tempat ke-2 liga musim lepas. Jurgen Klopp adalah indivindu yang bertanggungjawab membawa pemain ini kembali ke England, dan Liverpool kini sedang menuai hasil dengan pemain ini mendahului senarai penjaring terbanyak liga ketika ini.

Mourinho terpaksa menjilat kembali air ludahan beliau ketika di Chelsea

Polisi perpindahan Chelsea telah dikritik kerana melepaskan pemain berbakat ini pada usia yang muda. Walaubagaimanapun, John Terry berpendapat kegagalan ketiga-tiga pemain ini untuk menyerlah ketika di Chelsea membuktikan yang pasukan lamanya tidak harus membazirkan masa memikirkan keputusan mereka.

Apabila diajukan soalan oleh Skysposrts adakah Chelsea menyesal dengan keputusan yang telah dibuat, Terry dipetik berkata:

“Tidak, kerana pada ketika itu pemain-pemain ini tidak menjadikan kami [Chelsea] sebagai pasukan yang lebih kuat. Jangan lupa Chelsea pada ketika itu adalah antara pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris pernah saksikan dan mereka ini baru sahaja menyertai kami. Jadi, mereka menyertai pasukan yang sudah sedia ada kuat dan membuatkan keadaan lebih sukar.”

“Apabila mereka tiba, adakah mereka mampu melakukan impak yang besar untuk mendapat tempat dalam kesebelesan utama? Jawapannya adalah tidak. Amat sukar untuk melakukan perkara tersebut ketika itu.”

Pembelian bagus buat Chelsea, menurut Terry

Terdapat laporan mengatakan Chelsea kini menyertai Manchester City dan Liverpool dalam perlumbaan untuk mendapatkan khidmat pemain Southampton, Virgil van Dijk. Apabila ditanya mengenai minat Chelsea terhadap van Dijk, Terry berkata:

“Jika kamu melihat kesebelasan utama Liverpool, van Dijk akan terus diletakkan dalam kesebelasan utama. Arsenal juga sama. Untuk Chelsea, pemain ini akan menjadikan skuad mereka bertambah baik.”

“Manchester City pula, pemain ini akan terus berada dalam kesebelasan utama. Sama juga untuk Manchester United. Saya berpendapat pemain ini akan berada dalam kesebelasan utama setiap pasukan dan membuatkan pasukan menjadi lebih baik.”

BACA:  John Terry Menganjing Rio Ferdinand Yang Mengaku Dirinya Pertahanan Terhebat Sepanjang Zaman